Monday 22 April 2013

DALAM UMNO ADA KAFIR!!!RUPANYA DALAM PAKATAN RAMAI SYAITAN!!!!


Perebutan Kerusi : Apa Maksud Hadi Awang Mahu Usir 'Syaitan' Dalam Pembangkang???


alt


MARANG, 22 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat sebagai usaha menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

"Pas tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya tetapi kalau ada calon yang dikhuatiri 'tangkap muat' yang boleh menyebabkan berbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas perlu bertindak," katanya.

Beliau juga menegaskan Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara.


"Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi.

Hadi Awang turut menempelak golongan opportunis yang menjual nama-nama calon dalam pakatan pembangkang agar dicalonkan walaupun sudah dimuktamadkan nama-nama calon yang bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

No comments: