Saturday 6 April 2013

MANTAN AHLI PARLIMEN MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT MEMALUKAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN DI KHALAYAK RAMAI!!!


.

 


JAMUAN MAKAN MALAM DENGAN PUAK CINA JERANTUT DI JERANTUT HILL RESORT SEMALAM MERUPAKAN MAJLIS UNTUK MEMALUKAN TIMBALAN  KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT.

KETUA  UMNO BAHAGIAN JERANTUT AZLAN ABU BAKAR TELAH MENGUMUMKAN DAN MENGISYTIHARKAN CABLE CANDIDATE MUHYIDDIN YASSIN IAITU RAMLAN HARUN SEBAGAI CALON PARLIMEN JERANTUT.

KALAU PRESIDEN PARTI YANG MENGUMUMKAN SENARAI CALON, AKAR UMBI AHLI PARTI BOLEH MENERIMANYA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN REDHA.KERANA ITU ADALAH UNTUK KEPENTINGAN PARTI.

TAPI KALAU LAIN DARI PRESIDEN PARTI  YANG MELAKUKANNYA ITU BERMAKNA ADA KEPENTINGAN PERIBADI DAN KRONI.PERLU DIUMUMKAN CEPAT-CEPAT SUPAYA JANGAN ADA YANG GANGGU GUGAT.

MASALAHNYA TIADA LANGSUNG PERASAAN HORMAT DAN MENJAGA PERASAAN ORANG LAIN.

MANTAN AHLI PARLIMEN JERANTUT ADALAH MANUSIA LIDAH BERCABANG.DAHULU DIA JUGA YANG MEMBUAT KENYATAAN AKHBAR IAITU CALON-CALON BARISAN NASIONAL  JERANTUT MESTILAH TERDIRI  DARI AHLI  JAWATANKUASA UMNO JERANTUT.JANGAN ORANG LUAR ATAU PAYUNG TERJUN.
SEKARANG APA SUDAH JADI WAHAI ORANG PEKAN???

DIA NI SERUPA AJE DENGAN MUHYIDDIN YASSIN YANG MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA CALON-CALON MESTILAH TERDIRI DARI KALANGAN HIRARKI PARTI.LIDAH BERCABANG JUGA RUPANYA.

MANTAN AHLI PARLIMEN INI LUPA KETIKA NAMANYA NAIK DAHULU SIAPA YANG MEMBANTU DIA KETIKA MAJORITI AJK BAHAGIAN MENSABOTAJ DIRINYA???SIAPA???

MANTAN AHLI PARLIMEN INI LUPA KETIKA MUSUHNYA MENGERJAKAN DIA DALAM PEMILIHAN KETUA BAHAGIAN DAHULU SIAPA YANG BANTU DIA???SIAPA???TAK KAN DAH LUPA???

SEKARANG  BILA DAH BERSARA ORANG YANG BANYAK MEMBANTU DIA DIPERMALUKAN DI DEPAN KHALAYAK RAMAI.HABIS MANIS SEPAH DIBUANG.KALAU TAK SUKAKAN DIA JANGAN LAH MEMALUKAN DIA.

JANGAN INGAT DIA TAK ADA SEDARA MARA.JANGAN INGAT DIA NI BANGSAT SANGAT.DASAR MANUSIA TAK MENGENANG BUDI.

TAK CUKUP DENGAN  PUAK DAN KRONI RAMLAN HARUN MENGHINA KELUARGA WAN AMIZAN DENGAN AYAT YANG SANGAT MEMEDIHKAN HATI IAITU:

"PUAK-PUAK WAN ADA 12 ORANG GILA DAN KEMARUK NAK JADI WAKIL RAKYAT.INGAT JERANTUT NI PUSAKA MAK BAPAK WAN PUNYA KE???"

DITAMBAH LAGI PENGHINAAN OLEH MANTAN AHLI PARLIMEN SENDIRI.

INI BUKAN LAGI SOAL POLITIK PARTI.INI SUDAH MENJADI SOAL MARUAH KELUARGA.PENGHINAAN TERHADAP KELUARGA WAN SUDAH MELAMPAU.

SEMUA ORANG TAHU KALAU SEMUA PUAK WAN LARI DARI UMNO PUN,UMNO TETAP MENANG BESAR DI JERANTUT.SEBAB TULAH MEREKA BEGITU BERANI MENGINJAK MARUAH KELUARGA WAN DITAPAK KAKI MEREKA.

DULU PUAK INI JUGA LAH YANG MENGHINA PUAK WAN TEMBELING SEBAGAI PARASIT DALAM PARTI UMNO.SEDANG PUAK WAN TEMBELING TAK PERNAH KACAU ORANG LAIN.

TETAPI YANG AMAT MEMEDIHKAN HATI BILA ORANG YANG DITOLONG SELAMA INI PUN BUAT PERKARA YANG SAMA.MENCALAR MARUAH ORANG LAIN.

TAK MENGAPALAH.KALAU DAH MAJORITI PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN BENCI DAN TIDAK MEMERLUKAN LAGI BANTUAN KELUARGA WAN TEMBELING KEPADA UMNO MAKA KELUARGA WAN TEMBELING AKAN RELA HATI MENGUNDUR DIRI DARI PARTI YANG DISAYANGI INI.

JAGALAH UMNO DENGAN BAIK.KELUARGA KAMI TIDAK DIPERLUKAN LAGI OLEH BN.SELAMAT TINGGAL UMNO.

CUMA AKU NAK MENGINGATKAN AZLAN ABU BAKAR BAHAWA KELUARGA AKU BERKORBAN NYAWA DAN AIR MATA,BERPERANG DEMI MENDAULATKAN KESULTANAN PAHANG.INI BALASAN KAMU KEPADA KAMI.

PUAK AKU TAK KEBULURLAH NAK JADI WAKIL RAKYAT.TAPI JANGAN LAH KETERLALUAN MENGHINA KELUARGA AKU SEDEMIKIAN RUPA SAMPAI FITNAH 12 ORANG PUAK WAN GILA NAK JADI YANG BERHORMAT.

TAK MENGAPALAH.AMBILLAH SEMUA BAGI KE PUAK AWAK.PARLIMEN AMBIL KE PUAK AWAK,DUN TAHAN PUN AMBILLAH KE PUAK AWAK,PULAU TAWAR  PUN AMBILLAH KE PUAK AWAK.

AMBILLAH SEMUANYA KE PUAK AWAK ANAK BERANAK.KAMI DAH TAK NAK CAMPUR DAH.MENANG ATAU KALAH BN PUN KAMI SEDANG INI JUGA.TAK KERJA TAK MAKAN.

PUAK AWAK CUMA KENA PASTIKAN PETI UNDI DIJERANTUT HILIR MENANG BESAR SEBAB SETIAP KALI PRU ASYIK KALAHAJE.JANGAN TAU NAK JADI CALON AJE TAPI MENGHARAPKAN PETI UNDI ORANG LAIN MEMENANGKAN AWAK.KALAU MASIH KALAH LAGI MAKA CA ALIF LAM TA LAH PUAK AWAK!!!!

KELUARGA AKU AKAN BEREHAT PANJANG KELUAR DARI KEPENINGAN POLITIK.

BYE BYE!!!!




.

12 comments:

Anonymous said...

apa masalahnya kalau Ramlan Harun yang bertanding??

Anonymous said...

Aikk !!!!!!!!!!! Anakanda Marah ?????? oleh kerana anakanda marah maka anakanda dan seluruh keluarga wan di Jerantut ini akan dijual seluruhnya. Theee...hee...heeee. Wowwww !!!!!!!!!!!

Kutukandewata said...

ini bukan soal ramlan harun bertanding atau tidak.itu hak dia.dia memang layak.soal sekarang ialah maruah keluarga.diperhina sebegitu rupa.

bertandinglah.aku tak kisah.cuma aku dan keluarga aku tak akan campur.

jangan bimbanglah,tanpa sokongan keluarga aku pun ramlah tetap menang besar sehingga 6000 majoriti.semoga berjaya!!!

Anonymous said...

Ini dikatakan takdir Ilahi. Nampaknya saudara telah melampau takdir. Jangan disebabkan nyamuk keseluruhan rumah dibakar. Ingatlah jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian masih dipikul. Kan itu lebih berfaedah, apahal lagi dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian ditambah pula dengan Exco PPUmno Malaysia. Selama ini jika itulah kesinambungan perjuangan nampak sangat inginkan sesuatu. Jangan terasa pedih. Begitulah jika ditegur oleh masyarakat, kita masih membuta tuli tak tahu nak bezakan perkhidmatan dengan khudrat. Aku tak duduk di mana2 pihak, namun mengfharapkan terus kejayaan di pihak yang bakal menerajui kepimpinan untuk terus "membela" rakyat bukan untuk "mendera" rakyat. Wallahualam Bisawob.

Anonymous said...

haaaa...mmber kawe mase smj dulu....maaf kawe pas dah....

Anonymous said...

mengarut betol letok ke ramlan haru..entoh ke sape2 ntoh..org yg byk bekeje x diangkat..shah jamlus 2 bapok bgusnye.

Anonymous said...

Bercakap pasal maruah , tapi tulisan penuh fitnah. Majlis makan malam dengan persatuan2 Cina Jerantut diJerantut Hill semalam dihadiri oleh 500 - 600 hadirin termasuk beberapa orang ahli dan AJK UMNO Bahagian termasuk Dato Wan Amizan. Majlis berjalan dalam suasana penuh harmoni dan tertib. Dalam ucapan Ku Lan, beliau bercakap mengenai betapa penting BN terus menang. Tak ada langsung sindir, perli atau hina sapa2, jauh sekali dari buat pengumuman calon. MP Jerantut. Ku Lan bukan bodoh dia faham dan tau apa yg dia patut dan tak patut buat. Sudah sudah lah dgn fitnah dan sebarkan perkara2 tak benar mcmni tak baik dan tidak membina.

Anonymous said...

Lar kas ingat ke betoi2lah pengumuman tuh. Namun kena faham jika tak ada "riam" di sungai tentunya tak ada batu hampir permukaan. Tak ribu mungkin pokok takan bergoyang. Istilah politik kena semua ambil tahu. Denyetuan nadi politik boleh membawa seribu satu musibah kenangan. Katakan manis itu madu katakan pahit itu hempdeu. Namun itulah hakikatnya percaturan politik. Jika dahulu "peria" itu pahit sekarang tidak lagi begitu, tapi ia tetap dinamakan peria. Jika peria itu tidak pahit maka tiadalah seni "peria" itu lagi. Wallahualm Bisawob.

Kutukandewata said...

soal fitnah atau tidak itu soal lain.soalnya mengapa penyokong ramlan harun buat provokasi kat saudara mara aku menyatakan ku lan buat pengumuman yang ramlan harun calon parlimen dan wan amizan terus bangun meninggalkan majlis tanpa bersalam dengan ku lan dan orang lain.

kemudian dia menganjing sedara mara aku bertanding bebas dengan mengatakan wan amizan dah habis.

apa semua ini???tak habis-habis nak menyakitkan hati orang.ramlan harun nak bertanding,bertandinglah.

tak ada orang nak halang.kalau gembira sangat calon pilihan awak dapat jadi calon janganlah menganjing orang.apa kome ni tak ada undi ke.

sape sape naik jadi calon puak aku akan sokong demi kepentingan parti.itulah yang terjadi setiap kali pru.

tapi nampaknya sekarang ada pulak puak kaduk naik junjung.menghina dan memperlekehkan orang lain.

nampak sangat puak dia yang gila dan kemaruk sangat nak jadi wakil rakyat.

kesian ramlan harun yang aku kenal baik sangat pekertinya dicemari oleh perangai gila penyokong-penyokongnya.inilah sokong bawak rebah.

tentang menganjing sedara mara aku agar bertanding calon bebas itu telah ada yang yang sanggup menyahut cabaran tersebut.dia dah bersedia dan sudah ramai yang sanggup jadi jentera.tunggu ajela nanti akan ada dun yang bertanding 3 penjuru.ada yang menjual tentu ada yang sanggup membeli.

aku dah puas dan sudah tak reti lagi nak pujuk mereka agar bersabar dan jangan bertindak terburu-buru.

kepada sahabat aku ramlan harun,ketika berkempen nanti jangan diusung penyokong2 awak yang kurang akal dan kurang ajar mulut celupar tu.

mudah-mudahan kau berjaya memenangkan BN nanti.amin!

Anonymous said...

Itulah yang hendak cuba diterapkan kepada ahli2..kene ada rasa semangat perjuangan..bagi saya, yang pernah pegang kerusi DUN sepenggal dua atau sekian lama aktif dalam cawangan.. apa salahnya terus beri sokongan bakal calon parlimen seperti yang dicadangkan (Ramlan Harun) ni untuk buktikan dia mampu memikul amanat rakyat., walaupun ali ini nama mereka tidak naik menjadi calon MP..seperti yang kita tahu..pastinya akan wujud rasa kecewa, panas hati, geram, punah harapan tu..tp insyaallah harap perkara itu cuma seketika sahaja dan pulih secepatnya..yang penting kita mahu warga BN, UMNO ni terus beri teladan baik...tidak ada sabotaj..serangan peribadi dan sebagainya..ingatlah, setiap pemimpin itu akan disoal dan tanggungjawab mereka cukup besar..sama2 kita menangkan parti BN Untuk kekal memerintah di bumi bertuah ini..elakkan mudah sangat nak berpaling tadah..sebabnya ia a at merugikan...

Kutukandewata said...

aku tak akan berpaling tadah.umno pahang barat bapak aku yang asaskan.sehingga pernah dapat anugerah pengumpulan ahli yang terbanyak seluruh persekutuan tanah melayu.

aku hanya hendak menyedarkan penyokong yang bengong dan celupar mulut ni agar bijak sikit berpolitik.jangan kerana mulut santan binasa.

nampak sangat bodoh berpolitik cakap berdegar-degar dikedai kopi.yang dia orang tahu hanya nak rebut keuntungan dari calon yang dia orang kempenkan.dah 33 tahun aku berpolitik tahu sangat perangai dubuk-dubuk penyibuk ni.

kepada calon-calon yang terpilih berhati-hati dengan dubuk-dubuk pariah ni jangan sampai imej kau orang tercemar kerana perangai buruk dubuk-dubuk pariah ni.

cukuplah dr shukri seorang yang teraniaya angkara dubuk-dubuk ni!!!

Anonymous said...

Yasok turkey.....kuala tahan....hidup ini hanya untuk umno selipar jepun pun tok najib pilih sure aku pangkah selipar... itulah punya kuatnya aku ngan umno