TERHANGAT!!! WAN AZIZAH BAKAL DEDAH KANDUNGAN SURAT??
Datin Seri Wan Azizah Ismail perlu memberi penjelasan berhubung isi
kandungan suratnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kelakuan dan
perangai Anwar Ibrahim semasa ketua pembangkang itu masih lagi
berkhidmat di dalam kerajaan.
Pengakuan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa beliau masih menyimpan surat isteri Ketua
Pembangkang itu mengenai aduan dan kekecewaan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim ternyata mengejutkan banyak pihak.
Dr Mahathir yang telah menyimpan rahsia itu sejak 15 tahun lalu
bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan surat 18 muka surat yang
ditujukan kepadanya itu demi menjaga nama baik dan memelihara aib Anwar.
Menurutnya ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak
mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting
kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media
alternatif.
“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi
kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang
tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih
individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang
sulit.
“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada
kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa
itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa
yang Wan Azizah kata,” katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar
atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka
surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas
Perdana Menteri itu boleh membantu.
Beliau juga berkata, kekhuatirannya itu timbul apabila individu
berkenaan berjaya memerintah negara ini, dan pada masa itu nanti barulah
beliau akan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan.
“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa
dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi
manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.
Dr Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun juga
menegaskan, walaupun dilempar cacian dan makian oleh pemimpin
pembangkang, beliau masih tidak mendedahkan surat berkenaan, beliau
bukanlah jenis yang suka memburukkan sesiapa.
Anwar dan pemimpin pembangkang kerap melemparkan dakwaan dan tuduhan
terhadap Dr Mahathir, namun atas dasar sesama manusia, beliau tidak
sekalipun mengambil peluang memalukan Anwar dengan mendedahkan kandungan
surat tersebut.
Sikap itu ternyata berbeza dengan pembangkang yang gemar menuduh,
memfitnah, dan menyebarkan berita palsu terhadap pemimpin negara.
No comments:
Post a Comment