Thursday, 11 April 2013

Nik Aziz Umpama Quran Tersalah Cetak ?

Quran Tersalah Cetak ?
Dibawah adalah satu lagi komen menarik dari artikel terdahulu yang ingin saya kongsikan bersama ...

Assalamualaikum

Saya sangat menghormati Ulama ulama keluaran Darul Uloom Deoband,kerana sumbangan mereka yang sangat besar kepada umat Islam di seluruh dunia.



Nama nama seperti Maulana Rashid Ahmad Gangohi,Maulana Ashraf Ali Thanwi,Maulana Ilyas Kandhlawi,Maulana Hussein Ahmad Madani,Mufti Taqi Usmani,Maulana Abul Hassan Ali Nadwi adalah antara ulama2 dan masyaikh2 'heavyweight' keluaran Darul Uloom Deoband dan sumbangan mereka adalah amat besar kepada dunia Islam.


Tapi bagi TGNA, saya merasakan perasaan yang agak berbeza walaupun TGNA boleh lah dianggap sebagai alumni Darul Uloom Deoband yang paling mewah dan senang serta mempunyai pengaruh politik yang besar di Malaysia.


Untuk beliau, saya lebih untuk 'tidak menghiraukan' ajaran ajaran beliau yang saya fahami lebih kepada usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, dan bukanlah satu usaha yang komprehensif untuk mengikut secara keseluruhan apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.

Politik Nabi SAW telah membawa manusia kepada akhlak yang suci murni,dan hasilnya dapat kita lihat hanya dalam masa 10 tahun Nabi SAW di Madinah,manusia telah datang kepada Islam.


Akhlak mereka (sahabat Ra.hum) adalah akhlak Al Quran.Mereka digelar Al Quran bergerak kerana mengamalkan 100% perintah Allah. Melalui akhlak mereka yang terpuji, manusia datang kepada Islam. 

Musuh-musuh tertawan dengan budi pekerti sahabat ra.hum, dan memeluk Islam hanya dengan melihat akhlak2 mereka. Perkara ini datang hanya mengambil masa 10 tahun sahaja ketika baginda Nabi SAW di Madinah.

Inilah yang saya lihat tidak ada pada TGNA ( semoga Allah mengampuni saya), yang menjadikan saya lebih tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh beliau. Saya menganggap beliau seperti Al Quran yang tersalah cetak, tidak boleh dibuang dan tidak boleh dipakai. Hanya masih wajib dihormatinya dan harus meletakkannya di tempat yang tinggi.

 

Untuk PAS, maksud ilmu yang sebenar ialah hanya apa yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir. Jika segala Kitab kita telah khatam tetapi bukanlah seperti apa yang harus dijawab kepada Mungkar dan Nangkir, maka itulah kerugian yang sangat besar. Harus diingat, antara soalan itu adalah

 

"Siapa kah SAUDARA kamu?'.

 

Untuk PAS ,saya ulangi - SIAPAKAH SAUDARA KAMU? 
(dariblogdinturtle)

No comments: