Apakah perasaan anda apabila berpeluang melihat kalimah Muhammad terbentuk di awan secara langsung di depan mata?
Sudah tentu ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini yang berlaku apabila jutaan hadirin di Pakistan berpeluang melihat ketika program International Mawlid Conference diadakan pada tahun 2007. Kalimah yang terbentuk ini memang sangat mengujakan.
Semasa Majlis Sambutan Maulid pada malam 12 Rabiul Awwal pada tahun 2007, Sheikh Dr Tahir ul-Qadri sedang berucap dihadapan berjuta-juta orang mengenai rahsia di sebalik nama Muhammad yang diberkati.
Ketika beliau sedang menjelaskan tentang rahsia tersebut, beliau menulis perkataan ini beberapa kali di udara dengan jarinya dan berkata:
“Saya harap saya mempunyai papan untuk menulis perkataan ini di atasnya, supaya saya boleh menjelaskan tentang bentuk perkataan ini dan bagaimana ia sepadan dengan Haqiqat e Muhammadiyya.”
Selepas daripada itu, tiba-tiba satu perkara yang sangat pelik berlaku. Nama “Muhammad” yang tertulis dalam bahasa Arab seolah-olah terbentuk pada awan.
Perkataan itu begitu jelas dan tiada siapa yang boleh menafikan kewujudannya. Beratus-ratus ribu menyaksikan adegan ini hidup di Minar-e-Pakistan, Lahore.
sumber: Facebook
1 comment:
Barang siapa yang mengenal dirinya, kenal lah ia akan tuhannya.
Beriman kepada ALLAH dan Muhammad Rasul Allah menunjukan bahawa ALLAH dan Muhammad tidak bersatu dan tidak bercerai...............
DekatNya tidak bersatu dan jarakNya tidak berantara. Subhanallah, Alhamdullilah, Allah Hu Akbar....Fikir-fikirkan lah!!!
Post a Comment