“Gerakan Seluar Dalam Putih” Dalang Video Seks!!!
APA pun orang nak cakap pasal video seks terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS ni, satu yang pasti, UMNO tidak terlibat.
Ini bukan style UMNO untuk menang pilihanraya sebab UMNO tak tahu pergerakan pemimpin PAS berkenaan pun. Yang tahu hanyalah orang-orang berkaitan dengan dia.
Lama dah pemimpin berkenaan berjuang dalam PAS, dah bertanding berapa pilihanraya pun malah pernah jadi Exco Kanan negeri Terengganu, kenapa pula sekarang baru UMNO nak jatuhkan dia dengan cara ini?
Tak masuk akal dan tak logik langsung.
Menyokong kenyataan tersebut, yang ditangkap polis kerana mengedarkan video ini bukan orang UMNO pun, tapi orang PKR.
Dengan status pemimpin berkenaan sebagai antara penggerak usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dulu, apa nak hairan kalau PKR terlibat dalam kerja-kerja macam ini.
Sebab itu kita yakin ini kerja orang dalam parti dia jugak. Orang yang mengidam untuk menguasai PAS dari dalam.
PAS penting sebab sokongan akar umbi parti ini paling kuat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan haram. DAP dengan PKR pun tak punya gerak kerja sekuat PAS.
Antara sebab kenapa PAS masih relevan dalam Pakatan walaupun sering buat kenyataan yang memburukkan lagi Pakatan, ialah sebab inilah (akar umbi kuat).
Perkembangan terbaru yang menarik, PAS sekarang sedang main lagu lama untuk nafikan kaitan pemimpin berkenaan dalam video tersebut. Pagi-pagi buta lagi ada media pro Pakatan yang mengambil kenyataan isteri pemimpin berkenaan dan buat penafian.
Dia sendiri pun tak tengok lagi video itu, portal berita berkenaan dah heret bini dia pulak.
Ini modus operandi yang biasa pembangkang setiap kali berhadapan dengan isu yang macam ini. Sama macam kes Anwar, seret Wan Azizah dulu. Agaknya firma-firma penasihat yahudi yang dibayar untuk menasihati Pakatan ini bagi nasihat yang sama jugak untuk handle kes macam ini.
No comments:
Post a Comment