Saturday, 13 April 2013

POLITIK JERANTUT TIADA KEAJAIBAN,TAPI PENUH KEPELIKAN!!!



Just a Hot Air Balloon


DAERAH JERANTUT DAERAH TERBESAR DI NEGERI PAHANG.KELUASANNYA MELEBIHI KELUASAN NEGERI SEMBILAN.KEDUDUKANNYA DITENGAH-TENGAH SEMENANJUANG MALAYSIA.

JERANTUT TIDAK MENYAJIKAN KEAJAIBAN UNTUK MENARIK MINAT PELANCONG DALAM DAN LUAR NEGARA.HANYA BERGANTUNG KEPADA KEPADA KEUNIKAN HUTAN TROPIKA YANG BERUSIA JUTAAN TAHUN.

NAMUN BEGITU JERANTUT PENUH DENGAN KEPELIKAN.TAPI KEPELIKAN ITU TIDAKLAH SAMPAI KE TAHAP TERLAMPAU.DALAM ERTI KATA LAIN BIASA-BIASA AJE.

ANTARA KEPELIKANNYA IALAH:-

1.KEBANYAKAN ORANG-ORANG JERANTUT BERCAKAP HAL-HAL  POLITIK 365 HARI SETAHUN.TIADA HARI TANPA POLITIK.

2.PARLIMEN KEDAI KOPI TUMBUH MACAM CENDAWAN.PARLIMEN KEDAI KOPI JERANTUT MELAHIRKAN AHLI POLITIK YANG HANYA TAHU BERCAKAP MERAPU-RAPU.BILA TIBA MUSIM PILIHANRAYA AHLI POLITIK KEDAI KOPI YANG HEBAT NI TAK MAMPU MERAIH UNDI PENGUNDI.PETI UNDINYA SENTIASA KALAH TAK PERNAH MENANG.

3.TOKOH-TOKOH VETERAN YANG SEPATUTNYA BERSARA DAN BERAMAL IBADAT BEGITU BERPENGARUH MENCATUR POLITIK JERANTUT.KALAU BOLEH CALON YANG BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA MESTILAH CALON PILIHAN MEREKA.MALANG SEKALI PUCUK PIMPINAN BOLEH TERPENGARUH DENGAN HASUTAN MEREKA.

4.GOLONGAN MUDA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM UNTUK MERAIH SOKONGAN ANAK MUDA DAN RAKYAT LAIN NYA TERPINGGIR ANGKARA KERAKUSAN TOKOH POLITIK VETERAN YANG  BERKRONI.TOKOH VETERAN YANG DUDUK DIAM TAK BUAT APA-APA PROGRAM BEGITU BERKUASA DAN BERPENGARUH MELOBI PUCUK PIMPINAN UNTUK KEPENTINGAN KRONI YANG PERANGAINYA SAMA AJE.

5.MUBARAK @ MURTABAK PUN TUMPANG SEKAKI.KETIKA MEREKA MENJADI TERAJU PIMPINAN ORANG RAMAI TAAT MENYOKONG.BILA ADA ANAK MUDA YANG BERPOTENSI MENGGANTIKAN MEREKA DISABOTAJ DALAM DIAM.

6.SEJAK TAHUN 1982 LEBIH KURANG 30 TAHUN LEBIH ,WAKIL RAKYAT UMNO DAN PEMBANGKANG SEMUANYA BERMULA NAMANYA DENGAN HURUF A.

BUKTINYA:-
-TENGKU AZLAN
-KHATIB ABDUL RAHMAN BILAL AKIL
-DATO' WAN ABU BAKAR.
-DATO AHMAD BAZAIN MAHMUD
-ARMIA
-ABDUL MALIK YUSUF
-ABU BAKAR HASSAN
-AZIZAN YAAKUB
-DATO'DR AHMAD SHUKRI
-AHMAD KAMARUZAMAN BARIA
-AHMAD JAAFAR
-WAN AMIZAN WAN RAZAK

MUNGKINLAH SUMPAHAN A INI BERAKHIR DENGAN TIDAK BERTANDINGNYA TENGKU AZLAN.

SUMPAHAN A BERMULA APABILA ALMARHUM SULTAN ABU BAKAR MEMBERI NAMA KEPADA SEORANG BAYI DI ULU TEMBELING.BAGINDA MEMBERI NAMA KEPADA BAYI TERSEBUT SEMPENA NAMA BAGINDA SENDIRI DENGAN KATA-KATA SEMOGA BAYI INI JADI ORANG BESAR GUNA NAMA BETA.JADILAH DATO'WAN ABU BAKAR AHLI PARLIMEN DAN TIMBALAN MENTERI.

MUNGKIN PRU 13 SUMPAHAN A BERAKHIR DENGAN BERSARANYA TENGKU AZLAN.
AYAHNDANYA YANG MEMULAKAN MUNGKIN ANAKNDANYA YANG MENGAKHIRINYA!!!

ITULAH ANTARA KEPELIKAN YANG TIDAK PELIK DI JERANTUT.


No comments: