Pesta Arak Arthur’s Day, Kenapa Persoal?? -Mizz Nina
Walau pun dah lama berlalu namun masih relevan untuk
memperjelaskan hukum hakam berkaitan dengan arak!!!
Kita baca dahulu kenyataan Mizz Nina kepada Murai.com.my;
“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.
Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.
Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu.
Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin.
Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya”.
Bagusnya Mizz Nina -buat persembahan sahaja, pernah meminta tak hidang arak, dah 3 tahun pengalaman, keluarga bersetuju…
Kita lihat pula hadis Rasullullah.
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Mungkin Mizz Nina tak termasuk dalam 10 golongan tersebut. Yang (8) bagaimana??
Duit persembahan tentunya datang dari syarikat arak tersebut. Persembahan tentunya promosi arak juga. Fikir-fikirkanlah….
Duit persembahan tentunya datang dari syarikat arak tersebut. Persembahan tentunya promosi arak juga. Fikir-fikirkanlah….
Itu sebabnya masyarakat pertikai.
No comments:
Post a Comment