Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau Hina Melayu Pulau Pinang Bodoh......
Pentas ceramah digunakan sepenuhnya oleh pembangkang sebagai medan untuk
meniupkan sentimen perkauman dan menghina Barisan Nasional (BN) dan
penyokong dalam usaha menanam kebencian terhadap parti itu.
Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang hadir sebagai penceramah
jemputan dalam program anjuran DAP di Taman Berjaya di sini malam tadi
beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin Kerajaan
Pusat dan BN.
Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' di kalangan kepimpinan
DAP sememangnya sinonim dengan ucapan berbaur provokasi yang sarat
dengan kata-kata kesat dalam ucapannya.
Di hadapan kira-kira 1,000 penyokong DAP malam tadi, Kuan Yau mendakwa
kaum Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai rakyat yang bodoh
selain mendakwa parti itu menanam kebencian di kalangan orang Melayu
terhadap DAP.
"Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya
orang India yang bodoh akan undi MIC dan hanya Melayu yang bodoh akan
undi UMNO.
"Mereka (BN) cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita
(DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama
rasmi).
"(Bila BN) cakap kepada orang Cina, kita nak tubuhkan negara Islam
apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya
nak takutkan rakyat," katanya.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dan calon
DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jawi, Soon Lip Chee.
Sementara itu, Mansor yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di
Parlimen Nibong Tebal terpaksa 'mempromosi' dirinya di hadapan
masyarakat Cina yang yang hadir dalam
ceramah berkenaan.
Beliau yang merupakan calon yang diimport pakatan pembangkang untuk
bertanding di Nibong Tebal dilihat bersungguh-sungguh merayu undi
masyarakat Cina di kawasan itu.
Namun usahanya sia-sia apabila ucapannya tidak dipedulikan sebahagian
besar hadirin berbangsa Cina yang hadir pada majlis itu yang leka
menyerbu kaunter penganjur untuk membeli kemeja-T, bersempena kempen
pakatan pembangkang sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment