Friday, 31 July 2015

SARAWAK REPORT MEDIA DAJJAL!!!


Sarawak Report siar dokumen fake!!!!!




Sarawak Report Buat Fitnah Lagi Portal 
yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.

Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.

Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.

Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.

Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.

Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?

Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.


Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.

Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.

Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.

Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.

Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.



*********************************************************************



Clare Rewcastle Brown yang telah dikaitkan dengan pengubahsuaian dokumen oleh Justo dan Ketua Polis Thai lakukannya sekali lagi.

Ayuh, beritahu kita sumber anda. Justo lagikah?
Format pun salah.

Jika anda memilikinya dua hari lepas, mengapa tidak keluarkannya dan hanya lakukannya sekarang apabila David Cameron anda ada di sini?

Tambahan lagi, adakah Peguam Negara keliru antara Dato' Sri dan Dato Seri? Maaflah, ia samada "Dato' Sri" atau "Datuk Seri". Wow, kesilapan asas warga bukan Malaysia.

Jika seorang Peguam Negara membuat mana-mana kesilapan asas seperti itu, dia memang patut dipecat.
Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menafikan bahawa draf kertas pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report malam ini telah dikeluarkan oleh jabatan itu.

Dalam tweet yang dibuat oleh Timbalan Peguam Cara Negara 1, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, kepada Bernama malam ini, beliau berkata: 

“@bernamadotcom Draft pertuduhan yg diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jab Peguam Negara. Harap maklum.”

Tweet itu dibuat melalui akaun rasmi Twitter Tun Abdul Majid iaitu 


Sebelum itu malam ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin tentang laporan yang diterbitkan Sarawak Report.

"Lapuran2 sebegini yg tidak sah asal usulnya akan mengelirukan org ramai. @PDRMsia minta hentikan khabar angin ini." - kata Khalid melalui Twitter rasmi akaun @KBAB51 beliau.

Beliau merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman web ini, bertajuk “Arrest warrant for the Prime Minister – The real reason the Attorney General was fired – Exclusive”.

Selepas itu, Khalid juga telah berkongsi screenshot tweet Tun Abdul Majid, dengan mesej, "Tweet di bawah ini sahkan apa yg saya katakan tadi @PDRMsia".

3 comments:

mansor said...

setaraf la Sarawak Report dengan BH dan UM atau NST semuanya dajjal....tapi Sawrawak Report friendly kepada rakyat marhain...BH<UM dan NST mesra perompak....

Anonymous said...

Sarawak Report dajjal yang friendly????

Kah kah kah kah kah kah kah.... tu tulis guna kepala lutut ke?

Anonymous said...

bodoh,si pembohong bersama rakyat? SR ni nak buat malaysia mengalami nasib seperti negara arab!friendly kepala bapak awak! menyusahkan lagi!sah pemakan tahi cina dap ni!