Thursday, 23 July 2015

KONSPIRASI TUN M!!! CINA LEBIH FAHAM BERBANDING MELAYU HAPRAK!!!



Lim Sian See dedah KONSPIRASI Tun M (B.Melayu)

Konspirasi bukan sesuatu yang asing bagi Tun Mahathir : Oleh Lim Sian See

Selamat ulang tahun ke-90, Tun M.

Saya ingin berkongsi pendapat saya berkenaan posting blog terbaru Tun yang bertajuk "Konspirasi" - dari seorang blogger rakyat (saya) kepada blogger Che Det.

Di bawah merupakan penulisan Tun M:

1. Banyak yang diperkatakan oleh orang tertentu berkenaan konspirasi untuk mengulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri.

2. Wujudkah konspirasi tersebut? Wujudkah seseorang atau kumpulan yang berkonspirasi i.e. bergerak secara rahsia untuk mengulingkan Najib? 

Mungkin ianya wujud sebelum ini. Tetapi setakat ini selain daripada rakyat yang secara peribadi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Najib, tiada yang mengatur perancangan untuk menjatuhkan beliau. 

Dalam kata lain, mereka menyambut baik idea supaya beliau meletakkan atau mengosongkan jawatannya tetapi tiada yang merancang atau bertindak secara aktif secara rahsia untuk menggulingkan beliau.

3. Apa yang kita tahu ialah saya telah secara terbuka meminta beliau meletakkan jawatan. Tiada sebarang konspirasi. Cuma kenyataan terbuka kepada seluruh negara yang saya mahu melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri.

4. Jadi tidak perlulah detektif atau ajen khas jika sebarang penyiasatan perlu dilakukan. Gerakan atau desakan untuk Najib meletakkan jawatan telah pun diketahui ramai dan bukan lagi satu rahsia.

5. Jadi di manakah yang dikatakan wujudnya konspirasi tersebut? Segalanya secara terbuka. Kempen untuk beliau berhenti menjadi Perdana Menteri.


Hanya sekumpulan sahabat lama yang secara kebetulan berjumpa. Saya pasti awak dan rakan awak bersahabat baik dengan warga British, Clare Brown - yang secara kebetulan memiliki Sarawak Report yang telah mengkritik Kerajaan sejak ia dibuka pada 2011 - untuk masa yang lama.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada 14 Januari 2015, "sesi ramah mesra" di pejabat Tun M sendiri yang mana dengan bangganya diterbitkan oleh Sarawak Report sendiri.

Pada permulaan artikel, Brown mendakwa Dr Mahathir yang mengorak langkah pertama. "Dr Mahathir ... telah menjemput editor Sarawak Report ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan rekod alam sekitar dan hak asasi manusia di Sarawak."

Ia adalah hanyalah satu kebetulan selepas perjumpaan di pejabat Tun M, Sarawak Report kemudian menerbitkan artikel "Rompakan terbesar abad ini" dengan bersandarkan bukti (yang telah dipalsukan) dokumen perjanjian 1MDB dan PetroSaudi.

Dan sudah tentu, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang telah pun disahkan muflis membuat laporan SPRM terhadap 1MDB pada hari berikutnya pada 15 Januari, sehari selepas sesi ramah mesra awak dengan Clare Brown.

Sudah tentu, Khairuddin dan Tun M hanyalah kawan biasa dan mereka kemudiannya secara kebetulan bertemu di forum "Nothing2Lose" beberapa bulan kemudian dan duduk bersebelahan antara satu sama lain.

Kebetulan juga Khairuddin dan Clare Brown dari Sarawak Report merupakan rakan (kecil betul dunia!) dan Khairuddin kemudian pergi ke London dan bertemu Clare Brown beberapa hari sebelum 1 Julai 2015 - mungkin untuk minum teh dan biskut berserta skon. Khairuddin menerusi posting FB beliau menyatakan "Secara kebetulan saya sempat berjumpa dengan kawan baik iaitu Claire Rewcastle Brown;. Editor Sarawak Report di London Beberapa hari yang lepas".

Tentu sekali secara kebetulan memandangkan London adalah sebuah bandar yang "kecil" dengan kepadatan 8.31 juta penduduk dan  5.5 kali lebih besar daripada Kuala Lumpur. Hanya sedikit besar sahaja. Tidak banyak.

Sudah tentu, satu lagi peristiwa "kebetulan" yang luar biasa berlaku pada hari berikutnya selepas Khairuddin membuat posting FB menyatakan dia secaraa kebetulan bertemu Clare Brown sebelum itu, Wall Street Journal dan Sarawak Report secara kebetulan menerima beberapa dokumen yang tidak diketahui kesahihannya dan kemudiannya diterbitkan Sarawak Report sebagai satu "penemuan sensasi".

Ya. Lebih banyak "kebetulan". Sudah tiba masanya untuk Magnum 4D.

Walau bagaimanapun, nasib tidak selalu menyebelahi awak.

Sedikit nasib malang bagi Clare Brown (Sarawak Report) yang mungkin dalam sedikit kesulitan sekarang apabila Polis Thailand mengesahkan bahawa dokumen curi yang dijual oleh Xavier Justo, telah diubah suai selepas diserahkan oleh Justo kepada Sarawak Report. Meskipun pengubahsuaian dilaksanakan itu sedikit, tetapi ia penting kerana membawa kepada perubahan ketara dalam makna.

Sekarang, sebelum awak menjerit ... tetapi hey! Free Malaysia Today memetik New Straits Times, sebuah akhbar arus perdana kroni UMNO-BN, ia adalah penting untuk diketahui bahawa:

Akhbar utama Thailand, Bangkok Post melaporkan berita ini lebih awal - walaupun SEBELUM NST mengeluarkan artikel mereka:

"Salah laku ini berlaku di Singapura," kata beliau, sambil menambah bahawa polis menemui kesan data yang telah diubah suai oleh pembeli."

Dan akhbar utama Singapura, The Straits Times JUGA telah melaporkan lebih awal - sekali lagi, SEBELUM NST mengeluarkan artikel mereka:

Ketua Polis Thailand berkata "Data yang disiarkan di blog Sarawak Report telah diubah suai untuk menjatuhkan PM Najib."

Portal berita yang sentiasa ragu-ragu, MalaysiaKini mungkin tidak percaya kepada akhbar kroni-kroni dari seluruh rantau ini dan kemudian pada hari yang sama, MalaysiaKini memutuskan untuk menghubungi sendiri jurucakap Polis Thailand, Mejar Jeneral Prawut Tavornsiri yang kemudiannya diberitahu oleh Major Jeneral dengan kenyataan berikut:

"Ketika ditanya mengenai kadar pengubahsuaian dokumen itu, jurucakap polis Thai Major Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu Malaysiakini:" Pengubahsuaiannya kecil, tetapi penting ".

Beliau berkata polis Thai telah membuat kesimpulan itu selepas sesi soal jawab dengan Justo, yang menegaskan bahawa hanya dokumen-dokumen asal dari Petro Saudi International sahaja yang telah disampaikan kepada orang lain.

Oops !! Pengesahan semula bahawa selepas dokumen ditinggalkan Xavier Justo, seseorang telah membuat perubahan "kecil tetapi penting".

Dalam pada itu dan "secara kebetulan", Ketua Polis Thailand berkata sekurang-kurangnya seorang daripada 10 orang yang telah berhubung dengan Xavier Justo adalah dari UMNO. Akhbar Bahasa Inggeris Thailand, The Nation melaporkan bahawa orang ini termasuk "bekas ahli politik utama" di Malaysia.

Dan memandangkan Datuk Khairuddin mempunyai nasib yang baik seperti bertemu Clare Brown di London yang padat dengan 8.3 juta penduduk, mungkin dia boleh menggunakan nasib luar biasanya itu untuk membantu kita meneka siapa "bekas ahli politik utama" ini?

Ia menjadi semakin teruk! Pihak berkuasa Singapura juga mungkin akan terlibat dalam kisah ini kerana nampaknya kes Justo juga melibatkan pelaburan wang haram.

Jurucakap polis Thai juga menawarkan untuk berkongsi maklumat dengan polis Singapura.

"Kes ini perlu dilaporkan di Singapura kerana pelaburan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura," katanya. "Jika polis Singapura meminta saya untuk memberi keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh hantar maklumat itu."
Untuk pengetahuan anda, hukuman bagi pelaburan wang haram di Singapura boleh membawa kepada hukuman penjara sepuluh tahun. Semoga berjaya!

Bagaimanapun, Tun Mahathir pasti tidak mampu berbohong kerana dia ialah "Anugerah Allah" (mengikut Ibrahim Ali PERKASA) dan kami juga percayakannya apabila beliau berkata tiada konspirasi. - Hanya banyak kebetulan dan dokumen yang diubah suai sahaja.

Yang pasti, kami juga percaya Tun Mahathir apabila beliau mengulangi banyak kali baru-baru ini bahawa Malaysia termasuk dalam sepuluh negara paling korup di dunia - walaupun pada hakikatnya Malaysia disenaraikan oleh Transparency International dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014 dalam kumpulan 30 peratus negara paling sedikit korupsi di dunia dan berada di tempat ke-50 daripada 174 buah negara.

Sudah tentu rakyat Malaysia yang biasa disuapkan dengan pembohongan dan propaganda mantap DAP mendapati keadaan hidup rakyat Malaysia lebih buruk daripada tempat-tempat yang aman seperti Syria, Korea Utara, Somalia dan lain-lain ..

Okey ... mari kita teruskan dengan posting blog Tun M:


6. Kebelakangan ini kita melihat banyak kenyataan kenyataan yang melucukan. Utusan secara lantang mengistiharkan yang kononnya Perdana Menteri telah mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar The Wall Street Journal.
7. Sebenarnya ianya bukanlah tindakan undang-undang mahupun saman malu. Ianya tidak lebih sekadar sepucuk surat dalam nada berbudi bahasa bertanya kepada Wall Street Journal mengapa mereka menyiarkan artikel tersebut?

8. Adakah perlu untuk bertanya soalan kebudak-budakan seperti itu? Bukankah telah jelas bahawa maklumat yang didapati oleh Wall Street Journal adalah maklumat sensasi. 

Dan mana-mana akhbar yang yakin dengan kesahihan maklumat tersebut tidak akan teragak-agak untuk menerbitkan maklumat sensasi tersebut. 

Dan atas sebab yang jelas kepada kita sudah tentulah akhbar tempatan arus perdana tidak akan menyiarkannya.

9. Demi untuk merapatkan diri mereka dengan Perdana Menteri mereka rela untuk mengelabui mata rakyat. Penyunting mereka begitu hebat di dalam menulis tajuk berita yang memesongkan rakyat. 

Sebagai contoh apabila kenyataan dibuat untuk membenarkan pasukan khas empat anggota menjalan kan tugas mereka maka di jadikan tajuk berita sebagai sokongan kepada Perdana Menteri.

Maaf Tun M, sekali lagi awak mungkin tersilap atau mungkin tidak membaca surat peguam Najib kepada WSJ dengan betul..

Surat peguam Najib tidak bertanya KENAPA Wall Street Journal yang menyiarkan artikel. Surat Najib, sila faham bahawa ini adalah langkah pertama dalam proses dan adalah wajib sebelum pendakwaan fitnah tertentu boleh difailkan.

Ini kerana WSJ agak pengecut dalam artikel mereka dan peguam Najib mahu memastikan pendirian mereka.

WSJ berkata dalam artikel yang sama bahawa mereka tidak tahu dari mana dana diperolehi tetapi dalam masa sama berkata dana diperolehi dari 1MDB.

Ia seperti WSJ mengatakan mereka tidak pasti sama ada bola itu biru atau sama ada ia sememangnya bola dan kemudian berkata bola itu berwarna biru.

Jadi, yang mana satu? Adakah WSJ berkata Najib mencuri RM2.6b daripada 1MDB dan masuk poket sendiri atau tidak? WSJ perlu mengesahkan tuduhan mereka.

Surat peguam Najib menyatakan: "Dalam keadaan ini, kami diarahkan oleh Klien kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda seperti yang diterbitkan dalam Artikel bahawa Klien kami menyalah
gunakan hampir USD 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad?"

Oleh itu, surat Najib adalah untuk mengesahkan pendirian WSJ sebelum mereka boleh meneruskan usaha ke peringkat seterusnya.

Jika Najib menyaman WSJ mengatakan WSJ memfitnah Najib dengan mengatakan dia mencuri wang dari 1MDB, WSJ dengan mudah boleh mengatakan "tetapi kami juga berkata kami tidak tahu dari mana dana itu diperolehi".

Bahagian terakhir surat ini juga sangat baik:

"Sila beritahu kami sama ada anda telah melantik peguam cara di Malaysia untuk menerima khidmat prosiding undang-undang bagi pihak anda dan bagi pihak wartawan yang menulis Artikel itu".

Nampaknya Najib sedang mengikuti nasihat Singapura dan menyaman di bawah undang-undang dan mahkamah Malaysia yang lebih tegas.

Ingat bahawa ini adalah langkah pertama. Najib tidak pernah menghentikan prosiding undang-undang terhadap Mkini, Tony Pua dan Rafizi dan pasti tidak akan menarik balik tindakan terhadap WSJ.

Dan yang lebih mengejutkan! Ketua Peguam Anwar Ibrahim,  Sankaran Nair juga bersetuju dengan pandangan saya dan surat peguam Najib kepada WSJ.

Peguam ini terkenal dengan mewakili Anwar dalam kes saman fitnah "awak ulang, saya saman" sebanyak RM50 juta atau RM100 juta.

Peguam S.N. Nair berpendapat bahawa adalah satu keperluan untuk meminta penjelasan dan butiran sebelum memfailkan tindakan sivil.

"Saya mengamalkan langkah ini sebelum membuat tuntutan dan memulakan tindakan undang-undang bagi pihak klien saya," katanya.

Nair yang mewakili bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam banyak kes saman fitnah berkata, dia mahu peguam yang bertanggungjawab untuk bertindak secara  berhemah.

"Dalam menjalankan tugas profesional, seorang peguam juga perlu memastikan reputasinya tidak berdepan risiko," katanya.

Kecuali Tun M ialah seorang peguam atau mempunyai pengalaman yang luas dalam kes-kes fitnah, mungkin Tun M tidak patut menggelar surat peguam Najib sebagai bodoh.

Untuk rekod, Tun M tidak pernah menyaman sesiapa untuk fitnah sepanjang hidupnya - dia sama ada menggantung semua hakim-hakim Mahkamah Agung, menahan orang dalam ISA atau hanya mengabaikan semua perkara-perkara yang sangat jahat dikatakan mengenai beliau oleh media asing dan DAP untuk beberapa dekad dan berpura-pura tidak mendengarnya.

10. Kemudian seorang menteri yang setelah menyatakan bahawa laporan interim Ketua Audit Negara tidak menunjukan sebarang salah laku oleh 1MDB kemudiannya menasihatkan rakyat untuk tidak membuat sebarang ulasan sehinggalah laporan penuh dikeluarkan. 

Tanpa menyedari bahawa beliau sendiri telah membuat kenyataan sebelum laporan penuh dikeluarkan.

11. Jawapan lazim kepada kepada semua komen berkenaan 1MDB ialah untuk menafikan dengan berkata “ Tidak. Ianya tidak benar”. 

Ianya umpama seseorang yang apabila ditanya samada mencuri sejumlah wang seperti yang didakwa hanya sekadar menafikan mencuri wang tersebut dan berharap akan dibebaskan oleh hakim cukup sekadar dengan penafiannya.

12. Tiada sebarang penafian bahawa sejumlah wang telah dideposit kedalam akaun peribadi. Penjelasan setakat ini kepada UMNO bahawa ianya adalah untuk kegunaan pilihanraya. 

Dan UMNO berpuashati dengan penjelasan tersebut. Tidakkah mereka tahu bahawa wang milik kerajaan tidak boleh digunakan untuk sesebuah parti politik memenangi pilihanraya? 

Tetapi wang tersebut adalah sumbangan. Siapalah agaknya yang sanggup menyumbang RM2 billion?. Tiada jawapan.
Sejak laporan dan penyiasatan belum dikeluarkan, bagaimana Tun M membuat kesimpulan bahawa wang yang dikatakan itu adalah dari kerajaan?

Laporan awal Ketua Audit Negara dan juruaudit antarabangsa Deloitte juga tidak dapat mencari sebarang bukti bahawa terdapat wang hilang dari 1MDB.

Jadi, jika tiada wang hilang dari 1MDB maka bagaimana wang 1MDB dapat dicuri? Pelik.

Adakah Tun M membayangkan UMNO kini adalah sebuah parti yang lemah selepas pemergiannya dan semua syarikat yang dikaitkan dengan UMNO seperti Renong, KUB, Tanjung, Media Prima, Peremba, Masa, TRI dan lain-lain tidak lagi wujud?


Apa yang berlaku kepada semua wang dan syarikat mereka?

Dan bagaimana Tun M membiayai pilihan raya umum sebelum ini? Daripada poket awak sendiri?

Dan awak pasti tidak ada syarikat atau hartawan sanggup menyumbang wang kepada parti pemerintah, UMNO-BN untuk tujuan pilihan raya?

Dan adakah awak percaya bahawa UMNO harus menyenaraikan semua nama penyumbang yang mungkin mahu merahsiakan sumbangan mereka kerana takut diboikot umum?

DAP sendiri tidak bersetuju mendedahkan penyumbang dana politik pada masa ini.

Ahli strategi Pilihan raya DAP, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang berkata  cadangan untuk mengawal kewangan politik hanya akan berdaya maju jika wujud persaingan yang benar-benar adil.

"Ketakutan saya adalah bahawa pendedahan ini boleh digunakan sebagai alat untuk 'menakutkan' orang luar daripada memberi sumbangan kepada parti-parti pembangkang.

Ia menakjubkan apabila Tun M kini meminta semua penyumbang untuk disenaraikan secara terbuka sekarang - ia tidak akan berlaku, tidak realistik dan Tun M faham sebab-sebabnya mengapa.

Bagaimanapun, sejak Tun M mengatakan bahawa ahli-ahli UMNO seolah-olah menerima alasan ini sekarang, maka saya melihat tidak ada sebab mengapa Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sekarang.

Baiklah, mari kita teruskan dengan posting blog Tun M. Ia sedikit panjang sekarang.

13. Tetapi bagaimana pula dengan BRIM?. Bukankah ianya wang milik kerajaan? Kesemua RM7 billion dan lebih lagi. Memang bijak. Ianya bukanlah untuk pilihanraya tetapi diberi sebelum pilihanraya dengan janji akan ditambah jumlah nya jika parti memenangi pilihanraya. Bukankah ianya juga tak ubah seperti mengunakan wang kerajaan untuk memenangi pilihanraya?.

14. Benar seperti yang di kata.. wang adalah raja!!

BR1M telah diberikan pada 2012 (bukan tahun pilihan raya), pada 2013 (tahun pilihan raya), 2014 (bukan tahun pilihan raya), 2015 (bukan tahun pilihan raya) dan mungkin akan diberikan pada 2016 (mungkin bukan tahun pilihan raya) dan pada 2012 (mungkin bukan tahun pilihan raya) - oleh itu disertasi Tun M yang BR1M diberikan sebelum pilihan raya adalah SALAH!

Bagaimana BR1M menjadi rasuah pilihan raya oleh BN jika ia dibayar setiap tahun dan bukan hanya pada tahun pilihan raya?

Bagaimana BR1M menjadi rasuah pilihan raya oleh BN jika Pakatan telah berkata mereka akan teruskan BR1M jika mereka menang dan dengan itu menyingkirkan kelebihan yang kerajaan ada dengan hanya satu kenyataan?

Banyak negara mempunyai skim seperti BR1M - seperti program setem makanan yang terkenal di Amerika Syarikat yang telah dijalankan selama beberapa dekad.

Tidak ada keraguan bahawa program seperti BR1M membantu dalam memindahkan wang dari orang kaya kepada golongan miskin secara langsung dan boleh membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan kita.

Hanya orang yang terpedaya berpendapat bahawa BR1M adalah pengganti gaji biasa dan menjadikan orang yang bergantung kepada kerajaan atau membuat mereka menjadi malas.  Bagaimana boleh sesiapa atau mana-mana keluarga hidup dengan RM600 setahun atau RM1.65 sehari?

Pemberian BR1M bukan bermaksud untuk menjadi pengganti gaji tetapi wang tambahan kepada gaji biasa mereka supaya mereka boleh hidup dengan lebih baik!

Ya, mungkin ada penyelewengan dalam BR1M di mana wang boleh diberikan kepada orang-orang yang tidak layak, tetapi dengan begitu ramai yang mengelak daripada membayar cukai pendapatan dan mengisytiharkan aset mereka, bagaimana boleh kita mengelakkan penyalahgunaan sedemikian 100 peratus?

Katakanlah ada kemungkinan 5 peratus pihak yang menyalahgunakan sistem ini, hakikatnya terdapat 95 peratus golongan menerima bantuan yang amat diperlukan adalah sebab yang kukuh untuk kerajaan meneruskan BR1M. Kerajaan hanya perlu mengetatkan pemantauan dan menyingkirkan pihak yang mengambil kesempatan.

Adakah kita perlu menghukum kumpulan 95 peratus yang memerlukan hanya kerana tindakan kumpulan lima peratus yang tidak bertanggungjawab?

Itu kejam.

Tun M, seperti yang awak dapat lihat di atas, BR1M adalah alat polisi mengagihkan semula pendapatan yang telah digunakan di banyak negara dan kini telah terbukti berkesan di Malaysia.

Sebaik langkah dasar seperti BR1M dan gaji minimum berkuat kuasa, ketidaksamaan pendapatan akan menurun di Malaysia manakala semua kumpulan pendapatan mengalami pertumbuhan tahunan yang ketara dalam tahap pendapatan.

Hasilnya, koefisien Gini yang memantau kesamaan pendapatan telah menyaksikan penurunan daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Semakin rendah skor Gini, semakin setara pendapatan.

Kita semua tahu siapa yang bersalah dalam menyebabkan ketidaksamaan pendapatan yang begitu tinggi sebelum Najib menjadi PM dan melaksanakan semua langkah-langkah dasar untuk meningkatkan kesaksamaan.

Mungkin anda perlu meminta Tun M atau kawan-kawannya, Daim, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Ananda Krishnan dan lain-lain mengapa ia sungguh tidak sama rata pada masa lalu.

15. Kemudian ada yang bertegas kononnya memandangkan Najib adalah dipilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletakkan jawatan.

16. Begitu singkat ingatan mereka. Tidakkah mereka ingat bagaimana Abdullah yang juga dipilih oleh rakyat juga diminta meletakkan jawatan oleh Najib? Dan beliau meletakkan jawatan seperti yang diminta.

17. Dan saya yang juga dipilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri meletakkan jawatan pada 2003.

18. Di seluruh dunia terdapat Presiden atau Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat juga pernah diminta atau dipaksa meletakan jawatan. Dan mereka meletakkan jawatan. 

Malah di sesetengah negara adalah suatu kebiasaan jika berlaku sesuatu, Menteri atau Perdana Menterinya meletakkan jawatan.

19. Jadi janganlah seperti kebudak-budakan dan menuntut memandangkan Najib dipilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletakkan jawatan. 

Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 berbanding Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia meletakkan jawatan nya, Najib setelah prestasinya yang mengecewakan di dalam pilhanraya umum sepatut nya tidak perlu menunggu untuk diminta meletak kan jawatan. 

Dia seharusnya bersara dari menjadi Presiden UMNO dan membiarkan orang lain untuk mengetuai UMNO dan menjadi Perdana Menteri.
Saya tidak pasti jika PM Najib pernah meminta Pak Lah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana semua tekanan untuk Pak Lah meletak jawatan tampak berpunca daripada Tun M.

Dan Pak Lah tidak pernah menuduh Najib meminta beliau untuk berundur dan beliau terus menyalahkan Tun M sehingga ke hari ini.

"Jika saya ikut telunjuk Mahathir, Malaysia akan muflis," kata Pak Lah.

"Mungkin saya sepatutnya lebih keras dalam mempertahankan dan menerangkan isu-isu ini. Saya boleh membalas dengan mendedahkan Mahathir. Tetapi apa kebaikan yang akan kita dapat daripada kemelut ini untuk kerajaan dan parti?" Kata beliau.

Jika tidak kerana Tun M menjadi penaung PERKASA dan menjauhkan undi majoriti bukan Melayu (terima kasih Tun dan Ibrahim Ali), prestasi PM Najib nampak baik dalam PRU 13:

Beliau memenangi kembali kerajaan negeri Perak dan Kedah yang hilang dalam GE12.
Dia tidak kehilangan sebarang kerajaan negeri. Tun M kehilangan Kelantan dan Terengganu pada masa lalu dan dia tidak pernah dan akan memenanginya semula.

Najib juga memenangi 10 kerusi tambahan bagi UMNO berbanding GE12.

Oleh itu, Najib sebenarnya buat dengan cukup baik untuk UMNO dalam GE13 dan dengan itu sebagai Presiden UMNO, beliau menjadi Presiden BN dan secara automatik, Perdana Menteri.


Saya rasa UMNO agak gembira dengan Najib dan dengan itu pemimpin UMNO bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti mereka ke 2018 selepas GE14 dan awak sendiri mengatakan ia adalah perkara biasa.

Dan disebabkan oleh sistem yang telah Tun M tetapkan sebelum ini, maka sudah tentu tiada keperluan untuk PM Najib untuk meletakkan jawatan jika dia tidak mahu meletak jawatan - hanya kerana awak rasa diabaikan dan mahu beliau meletak jawatan.

Walaupun Tun M mungkin merasa bahawa "Mereka masih berhutang kepada dia" seperti dalam wawancara baru-baru ini di Australia, saya rasa PM Najib berhutang kepada Malaysia untuk melengkapkan perjalanan transformasi dan melaksanakan dasar-dasar yang tidak popular tetapi perlu dan segera seperti BR1M, gaji minimum, rasionalisasi subsidi, pembaharuan cukai seperti GST dan lain-lain.

Dasar yang tidak popular sekarang tetapi perlu bagi pertumbuhan jangka panjang dan kemampanan masa depan Malaysia. Tiada ahli ekonomi di dunia akan mengatakan bahawa dasar Najib di atas adalah salah.

Saya yakin Tun M memahami perkara ini.

20. Ada cadangan untuk meminda peraturan pemilihan di dalam UMNO untuk menjadikannya lebih demokratik. Supaya lebih ahli berpeluang dari hanya sekadar lebih kurang 2000 perwakilan di Perhimpuan Agung UMNO.

21. Tujuannya adalah untuk menghadkan jumlah pemilih yang terlibat di dalam pemilihan tersebut. Pemenang nya adalah adalah dari mereka yang mendapat jumlah undi bahagian terbanyak. 

Secara efektif nya ini bermakna jumlah pemilih sebenarnya telah di kurangkan dari 2000 kepada cuma 190 bahagian UMNO. Pengundian seseorang calon oleh ahli telah di mansuhkan. 

Jauh sekali dari menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih demokratik, Najib telah menyekat hak memilih oleh ahli ahli biasa kepada cuma beberapa bahagian. Dan hampir kesemua ketua ketua bahagian di bawah cengkaman Najib.

22. Supaya UMNO lebih demokrasi. Kononnya.

Undi bonus dan sistem kuota dalam pemilihan parti UMNO sebelum ini dan bagaimana ia memastikan Tun M berkuasa selama 22 tahun.

Undi bonus? Adakah perkara seperti itu? Saya fikir 1 orang 1 undi. Kecuali undi bonus itu datangnya dari 40,000 warga Bangladesh yang tidak wujud.

Rupa-rupanya undi bonus tidak seperti mata BonusLink dan kuota itu bukan kuota Bumi apabila dalam konteks pemilihan parti UMNO.

Selepas pertembungan Team A vs Team B pada 19876, di mana Tun M menang dengan hanya 43 undi berbanding Ku Li walaupun menerima lebih banyak pencalonan dari bahagian, Tun M membuat keputusan untuk mengubah cara pemilihan parti ditentukan.

Menggunakan alasan itu untuk menghalang "pencalonan palsu", Tun M kemudian memperkenalkan sistem undi bonys di mana 10 undi bonus akan ditambah secara automatik kepada mereka yang bertanding untuk jawatan presiden parti bagi setiap pencalonan yang mereka terima.

Sudah pasti pada peringkat pencalonan tersebut, pemimpin bahagian akan tertekan untuk mencalonkan penyandang - maka sistem ini pada dasarnya menjamin kemenangan untuk penyandang.

Jelas sekali sistem undi bonus ini tidak stabil dan tidak demokratik. Oleh itu, UMNO telah memansuhkannya pada 1998 dan menggantikannya dengan sistem kuota sama rapuh.

Sistem kuota memerlukan mereka yang bertanding untuk jawatan presiden menerima sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pencalonan bahagian SEBELUM mereka mempunyai hak untuk bertanding.

Ini bermakna seorang calon memerlukan sekurang-kurangnya pencalonan rasmi 63 bahagian (daripada 210 bahagian) sebelum dia layak untuk mencabar presiden.

Pada dasarnya, nasib seseorang calon bergantung pada 210 ketua bahagian yang mudah dikawal presiden. Kemungkinan untuk menang tidak begitu baik, sudah tentu.

"Undi Bonus" dan "Sistem Kuota" adalah sistem demokratik pengecut yang dilaksanakan oleh Tun M untuk menghalang daripada kedudukannnya dicabar.

Walau bagaimanapun, Najib tidak mahu bersembunyi di sebalik sistem kuota dan memansuhkannya pada Oktober 2009 - yang bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang menerima pencalonan dari mana-mana bahagian boleh mencabar bagi apa-apa jawatan dalam UMNO.

Juga dalam usaha untuk membendung politik wang, Najib meningkat jumlah orang yang layak untuk mengundi daripada hanya 2,500 kepada 146,500 ahli UMNO.

Berbanding dengan penamaan calon dan sistem kuota sebelum ini yang bergantung kepada hanya 210 orang untuk menentukan siapa yang boleh menjadi Presiden, cubaan untuk mengawal dan membeli undi daripada 146,500 orang adalah lebih sukar.

Najib cukup berani untuk mengubah parti dan juga cukup demokratik untuk meletakkan nasibnya sebagai PM dan presiden parti dalam tangan 146,500 ahli parti - seperti yang beliau lakukan pada pilihan raya parti 2013.

Sistem pemilihan UMNO yang baru diperkenalkan pada 2009 dikenali sebagai sistem pemilihan kolej - sistem sama yang digunakan di Amerika Syarikat dalam pilihan raya Presidennya.

Saya pasti anda tidak mahu menuduh Amerika Syarikat mempunyai sistem pilihan raya yang tidak adil.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan berkata sistem itu telah dipilih untuk pemilihan parti, yang buat kali pertama akan menyaksikan kira-kira 150,000 ahli mengundi untuk ahli-ahli Majlis Tertinggi, kerana kaedah itu dianggap paling praktikal kerana bilangan besar pengundi yang terlibat.

"Kami telah menjelaskan kepada ahli-ahli parti bagaimana sistem ini berfungsi. Walaupun setiap bahagian mewakili satu undi, akar umbi masih penentu kerana ia adalah mereka yang pertama kali akan mengundi untuk menentukan calon-calon bahagian mereka akan menyokong, "

Ia sudah pasti menjadi satu penghinaan kepada semua ahli UMNO apabila Tun M mengatakan bahawa pemimpin bahagian daripada 190 bahagian akan menentukan undi bagi bahagian itu.

Prof Madya Shaharuddin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata walaupun ketua bahagian boleh membantu seseorang calon untuk mempengaruhi sentimen ahli-ahli bahagian dengan menganjurkan aktiviti untuk calon tertentu, ia masih tidak dapat menjamin undi kerana sebilangan besar ahli cawangan lain akan turut mengundi.

Sila hormati bilangan besar ahli cawangan UMNO dan beri mereka kredit - undi mereka kini membawa perbezaan dan kini diambil kira dan mereka bebas untuk mengundi calon pilihan masing-masing tanpa perlu menuruti arahan pemimpin cawangan secara membuta tuli.

Oleh itu, Tun M silap sekali lagi. Pemilihan parti UMNO telah menjadi lebih demokratik dan kurang mengenai politik wang.

Sekurang-kurangnya selepas pembaharuan yang dibawa oleh PM Najib dalam pilihan raya UMNO, setiap orang berpeluang untuk dinamakan (anda hanya perlukan satu pencalonan) dan bertanding - tidak seperti undi bonus dan sistem kuota pencalonan cerdik yang menghentikan calon daripada dicalonkan dan sebelum mereka mempunyai peluang untuk bertanding.

7 comments:

Kamarul said...

reply yang menarik kepada blog Tun M.. Saya setuju dengan sebahagian besar jawapan admin..

Kamarul said...

ehh.. salah plak.. ingat admin yang jawab.. Rupanya, orang lain.. ape2 pun, saya setuju dengan sebahgian besar jawapan penulis..

Anonymous said...

Apapun Umno meloyakan..

Anonymous said...

Bagi saya bukan salah Tun M jika menegur Najib.Yang gatal pi buat 1mdb sapa suruh?,sekarang sapa yg susah? Jawapan berbelit belit,so jgn nak salah kan Tun dgn bermcm mcm komen.Kami rakyat sendiri pun bukan bodoh la..

ustaz roslankama said...

tak ada salah tun M tegur.persoalannya jangan bersumberkan sumber fitnah dan pembohongan!cuba faham isu lah bro...nabi suruh ke buat pembohongan dan fitnah?

Anonymous said...

1mdb bakal meranapkan umno,di kala pembangkang rapuh.

Anonymous said...

siapa yang boleh bagi bukti Tun M guna sumber dari Justo tue?jangan lah kita pandang rendah kepada keupayaan Tun M dalam mencari maklumat2 sulit macam 1MDB ni..