Friday, 12 June 2015

KERETA MOKHZANI RM 10 JUTA !!! BETUL KE BOHONG NI???


DARI BLOG PEMBANGKANG-PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA.

Mokhzani anak Mahathir, keretanya 

sahaja RM 10 juta ?


Kereta mewah BUGATTI VEYRON cuma terdapat 3 sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.


Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit


Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Kalau di Malaysia saya percaya sahaja boleh mencecah RM10juta kerana tax dan duti lain yang akan dikenakan.



Di United Kingdom, Buggati Veyron based price is approximately €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).

Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Road tax dan Insurance sahaja sudah lebih 5 angka di Malaysia


Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. 


Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawasanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll 

B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat


C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT


D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan, dan


E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang Memesongkan wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" ada begitu banyak wang rakyat?



Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. 


Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia, Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")


Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wang rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.


sumber : http://chegubard.blogspot.com

8 comments:

Anonymous said...

HHhahahahah....

Obviously u r in najib's payrole.....pity...pity....example of what najib said to tun...MONYE IS KING...see ya in hell

Anonymous said...

Jurucakap PKR yang kuat memfitnah pun jadi sumber rujukan hang? Ini kerja membantu si Lim Kok Wing tu lah.

Selamat mengutuk.

Anonymous said...

Dulu zaman Mahathir tak ada internet...

maklumat tak sampai ke rakyat

media semua di kontrol oleh mahathir

sebenarnya, byk yg kita tak tahu semasa zaman mahathir

sekarang , situasi berbeza.
nak kontrol media dah tak boleh sbb ada interner

Anonymous said...

salam, jangan buat kerja bodoh orang kampung tak mahu dengar lagi psy war yang low class, yang pentingnya najib undur inshallah harapan untuk menang pru 14 lebeh cerah, tulis yang baik2 jangan tulis untuk cari makan nanti agama dan bangsa dan negara tergadai

Anonymous said...

Najb tidak perlu berundur......kemelut ini akan berakhir dan "pencucuk jarum "akan menjauh.Move on....laksanakan program terbaik yang telah dirancang selama ini....rakyat mash menaruh keyakinan pada kerajaan hari.

Anonymous said...

mahathir bukan maksum! jadi janganlah dia ganggu najib!Tun M yang memulakan serangan terhadap najib dengan fitnah danfakta yang salah!Tun M boleh pakai fitnah pembangkang mengutuk rosmah pakai jam mahal.kutuklah anak sendiri yang pakai kereta mahal hasil duit 6 billion duit petronas! duit rakyat tu!

Anonymous said...

saya cabar tuan blog bukti kan ada salah laku dalam kekayaan yang dimiliki anak2 Tun M..mengenai dakwaan Tun M menfitnah Pm.. sila jawap apa jua soalan dari Tun dan bukan melarikan diri dan memeberikan jawapan "Tungggu Audit"..che gu bard tu ditolak dalam PKR..jadi boleh percaya ker dakwaan2 dari beliau

Anonymous said...

tak berpijak di bumi nyata!pentaksub mahathir ni tahi mahathir pun dikatakan emas!cakap si nyanyuk ni boleh diabaikan!