Monday 12 May 2014

Ustaz Azhar Idrus Mahu Pemakaian SELUAR DALAM Difatwakan Haram Selepas Ini!!!?






Pemakaian SELUAR DALAM  Haram!!!?



Sebelum meneruskan penulisan pada 
hari ini, rasanya masih belum terlambat 
untuk admin mengucapkan Selamat 
Menyambut Hari Ibu buat semua 
wanita yang bergelar ibu.


Jasa mereka melahir dan membesarkan 

wajib untuk dihargai oleh semua insan.


Ikuti pandangan ustaz tersohor, Ustaz 
Azhar Idrus berhubung sambutan Hari 
Ibu;





Sekalipun itu adalah pendapat yang dikeluarkan beliau, admin merasakan pandangan yang diutarakan itu dituturkan dalam konteks yang terlalu sempit pemikirannya dan dibuat tanpa memikirkan perkara positif disebalik sambutan Hari Ibu.


Walaupun berbeza ideologi politik, admin ingin tegaskan di sini bahawa penilaian yang admin lakukan melalui artikel ini bukanlah atas dasar itu semata. 


Admin tertarik dengan status facebook oleh seorang sahabat admin, mungkin status yang dinukilkan ini juga adalah bersangkutan dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus berhubung sambutan Hari Ibu;




Berdasarkan status ini jugalah admin memilih tajuk artikel admin pada kali ini.

Atas alasan apakah Ustaz Azhar Idrus mengklasifikasikan bahawa sambutan Hari Ibu adalah haram? 


Kalaupun benar ia dirintis oleh sesuatu yang tidak cocok dengan perlakuan seorang muslim, kita perlu nilaikan semula dengan cara sambutan yang kita lakukan sebelum menjatuhkan sesuatu hukum samada haram, harus mahupun wajib.


Admin bersetuju berhubung pengharaman sambutan Hari Kekasih kerana ia mengundang natijah yang lebih banyak buruknya berbanding kebaikan. Namun harus diingat, adakah sambutan Hari Ibu juga mengundang seribu keburukan sepertimana sambutan Hari Kekasih?


Jika benarlah sambutan Hari Ibu adalah haram, kenapa pula facebook Dewan Muslimat PAS Selangor mempamerkan cover photo seperti di bawah?;




Walhal, mereka adalah salah satu sayap penting dalam pergerakan parti PAS yang diagung- agungkan ustaz itu.


Bagi admin, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, rasanya Ustaz Azhar Idrus sudah terkhilaf dalam memberikan pandangannya.


Lihat pula pandangan yang diutarakan Mufti Kelantan berhubung sambutan Hari Ibu yang disiarkan melalui Sinar Harian;


KUALA LUMPUR - Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. 
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak. 
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?. 
"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu. 
"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'. 
Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari ini. 
Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah. 
Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya. 
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya. 
Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 
Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: 
"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu. 
"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu. 
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. 
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu". 

Tepuk dada tanya iman, pendapat siapakah yang mahu anda ikuti?

1 comment:

Anonymous said...

Cer tanya lelaki pakai seluar dalam pompuan boleh tak.