Hukum suami pancut luar semasa jimak.
Suami dan isteri merancang keluarga dengan
kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim.
Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan
Allah, atau membunuh benih yang boleh
menjadi anak?
Perbuatan mengeluarkan air mani diluar rahim
ketika melakukan persetubuhan dinamakan ‘azal.
Ia biasanya dilakukan untuk mengelakkan dari
mengandung. Hal ini berlaku sejak zaman Nabi
s.a.w. Ini seperti kata seorang sahabah yang
terkenal Jabir bin ‘Abd Allah:
كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ
“Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi
s.a.w. dan Al-Quran sedang turun”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksud Jabir mereka melakukan perkara
tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa
al-Quran masih diturunkan tetapi mereka
tidak pun dilarang oleh al-Quran.
Maka dengan ini mengeluarkan air mani
di luar rahim untuk mengelakkan mengandung
adalah diharuskan.
Sama dalam hal ini, pil perancang untuk
mengelakkan mengandung.
Namun oleh kerana wujudnya hadith Muslim
yang menamakan ‘azal sebagai al-wa`d al-khafi
iaitu membunuh anak secara senyap, maka
kebanyakan ulama memakruhkan perbuatan
ini.
Di samping itu, hadith yang lain riwayat Muslim
juga menyatakan bahawa seseorang yang cuba
melakukan ‘azal jika Allah kehendaki tetap akan
mendapat anak.
Ini mungkin kerana dia tidak dapat mengawal
pancutan air mani sebelum dia mencabutnya.
Perlu diingatkan, oleh kerana perbuatan ini
boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan
persetubuhan, atau tidak sampai kemuncak
kelazatannya (climax), maka suami yang ingin
melakukannya hendaklah mendapat keizinan
isteri. Ini kerana persetubuhan adalah hak
bersama suami dan isteri.
Demi keadilan dan hak isteri, maka izinnya
perlunya diminta. Inilah pendapat yang paling
kuat kebanyakan ulama. Sehingga al-Imam Ibn
‘Abd al-Barr (wafat 463H) berkata:
“Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa tidak
boleh dilakukan ‘azal dengan isteri yang merdeka
melainkan setelah mendapat keizinannya. Ini
kerana persetubuhan adalah daripada haknya”
(Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 10/385,
Beirut: Dar al-Fikr).
Di samping perlu difahami, adapun hasrat
mencegah kehamilan jika sebabkan bimbang
kepapaan, atau kekurangan rezeki, atau kurang
kemewahan adalah diharamkan kerana ianya
menyamai perbuatan musyrikin dan tidak
meyakini rezeki Allah. Jika disebabkan keadaan
tertentu yang mendesak seperti kesihatan atau
kesibukan maka ia diizinkan.
Namun jika digunakan pencegah kehamilan
secara berterusan tanpa sebab adalah diharam
kan oleh para ulama. Ini jika dibiarkan akan
mengurangkan jumlah umat Islam.
Dinasihatkan agar kita memperbanyakkan
zuriat, kerana ianya menambahkan kekuatan
dan suara umat Islam dalam negara ini.
3 comments:
Kau nie asyik citer pasal seks ajer..
Dah Liwat Bini Kau ker, Mok Kau ker, Nenek Kau ker...
Haramjaddah punya blogger.. asyik citer seks seks seks..
Suka melancap ker hisap pelir kote bengkok bang non
kalau suka pie jadi saifol no 2 lalh Bahalul, Banggang Baghal, Bebal
apa hal 17:48 ..meroyan pulak
bodoh lah 17.48 ni! kd tu tulis tentang hukum azal.itulah kalau dah jahil agama tu jelas terserlah kebodohannya! aku yang tak tahu hukum pun dapat pelajaran baru dr kd!daripada melanggan pelacur macam 17.48 tu lebih baik pancut kat luar!kalau makan pil perancang keluarga tentu ada kesan sampingannya! kalau dh bodoh tak faham apa orang tulis tu jangn nak komen! dah satu dunia tahu awk bodoh terlampau!
Post a Comment