Monday, 19 January 2015

BANGSA MELAYU BERHATI-HATILAH DENGAN PERANGKAP KAFIR!!!





Melayu adalah penduduk asal Lemuria dan Atlantis..Semakin terbuka rahsianya. Semakin di tutup semakin terburai. Amat pelik. Pastinya atas kehendak Dia juga. Allah menghalang perbuatan jahat segelintir manusia laknat bagi menyelamatkan Melayu. 

Melayu dan Islam tak dapat dipisahkan. Melayu dan Islam bagaikan isi dengan kuku. Kini sudah kedengaran suara sumbang mahukan Melayu dipisahkan dari Islam. Semestinya ada penghasutnya. Buat masa ini Melayu masih selamat walaupun sedikit goyah. Malang nasib Melayu terjajah di Selatan Thai, Singapura dan Filipina.


Manusia terlaknat adalah musuh Islam walaupun bergaya dan berketrampilan bagaikan ulama yang warak. Mereka ini berkerja untuk dunia dan pastinya mereka ini bertuan. Mereka akan terus mencuba walaupun beberpa kali telah gagal. Mereka menanti masa Melayu jadi semakin liberal (???) dan terserpih. 




Soalan: kenapa paras rupa kaum di Hawaii selatan Amerika dan Red Indian mirip rupa kaum Nusantara iaitu Melayu? 


Sehingga bila orientalis cuba sembunyikan fakta? Saya suka baca pembongkaran rahsia sejarah bangsa oleh pecinta sejarah seperti Cik Srikandi dan beberapa rakan bloger. Kita mula faham kenapa sejarah asal bangsa ini sengaja ditutup oleh Inggeris. Ia bagi memudahkan mereka memperbodohkan orang Melayu. Kini tugas tersebut diserahkan kepada kaum Cina dan India pula. 


Apabila dibangkitkan oleh seorang Cina Johor bahawa Melayu juga pendatang, barulah masing-masing terkedu. Nak lawan tak ada ilmu. Nganga jer lah. 


Kaum Melayu diasak dengan pelbagai cara untuk melepaskan pegangan tauhid La Ilaha Illallah. Kenapa mereka (wakil mereka di sini) begitu bersungguh mengheret kaum Melayu keluar dari Islam? Masihkah kita tinggal diam dengan asakan-asakan ini?


Berbagai isu diangkat untuk menghempap kekekuatan Islam yang kelihatan semakin longgar ini. Sila fikir angkara siapakah ini? Berkuasakah kaum cina Malaysia melakukannya bersendirian jika tiada sokongan luar? 


Isu pesta arak, Isu nama Allah, isu Gereja dan bible. Juga terjadi kerana sokongan dari segelintir Melayu juga. Isu Anjing, liberal dan plural. Lepas ini entah apa pula agenda mereka.


Apa pun mereka tetap mahu Malaysia hilang daulatnya sebagaimana Arab Banghdad, Tripoli dan Pashtun (Pakistan dan Afghanistan). 


Persoalannya, mengapa? Mengapa Melayu? Mengapa Nusantara? Melayu Malaysia dan Indonesia akan dimangsakan. Baru-baru ini kita diaturkan supaya bernusuhan padahal sebahagian dari kita adalah bersaudara malah ada yang mempunyai hubungan darah. 


Mereka mahu menguasai segalanya. Setelah Arab mereka kuasai sebelum itu kaum Pashtun kini Melayu pula. Hanya tiga kaum ini yang kuat menjaga Islam. Ketiga-tiganya mesti dihancurkan. Kenapa Melayu amat liat untuk dikuasai?


 Mereka sudah cuba beratus tahun namun masih gagal. Akhirnya mereka wujudkan "Kaum Pendatang" untuk mengucar kacirkan kaum Melayu yang degil ini. Sistem demokrasi juga dijadikan senjata untuk menghancurkan perpaduan Islam.


Daulah Islam pasti akan bangkit dibumi bertuah ini. Soalnya bagaimana? 





Perancangan Yahudi Memusnahkan Islam Melayu. (Wajib Baca) Bersiap Sedialah.


Setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia, mencari alasan untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia”Bangsa Melayu akan jadi sasaran selanjutnya selepas Pathan (atau Pashtuns) dan Arab. Giliran ini berdasarkan perancangan menghapuskan sebarang peluang untuk Islam bangun di akhir zaman.



Kenapa Kaum Pathan?


Kenapa Arab?


Sebabnya mereka ini penganut Islam yang tegar. Tidak kurang juga bangsa Melayu.Berkurun lamanya mereka menjajah dan berusaha untuk menukarkan agama bangsa-bangsa ini, tetapi masih gagal. 


Malah kaum Pathan di Pakistan dan Afghanistan terus berjuang. Berjuang melepaskan diri dari berbagai bentuk penjajahan, Pakistan agak bernasib baik kerana mengikut kata mereka, tetapi hanya untuk sementara waktu sahaja. 


Bila mana pemerintah bertukar kepada sistem pemerintahan Islam atau pun pemimpin mereka lebih islamik, segera mereka melebelkannya sebagai “pengganas” dan membuat helah untuk menghancurkannya.Itu juga yang berlaku kepada negara Arab sekarang. Mana-mana pemimpin yang tidak mengikut telunjuk mereka, akan diancam malah di perangi secara tidak adil.


Alasan demi alasan dihamburkan untuk memberi laluan kepada mereka melaksanakan perang. Libya adalah contoh terdahulu, selapas itu Syria pula. Mereka menghasut rakyat bangun memberontak dan segera mereka campur tangan.


Berbagai helah diatur untuk menguasai sepenuhnya negara-negara ini. Malaysia dan Indonesia dalam perhatian mereka setiap masa. Cuma peluang belum terbuka sepenuhnya. Gara-gara hasutan dan gerak kerja ejen-ejen mereka, sudah nampak beberapa insiden yang tak masuk akal. 


Akan berlaku kacau bilau dan perang saudara setelah hasutan mereka berjaya.Atas alasan menyelamatkan orang awam, mereka segera campur tangan. 


Oleh kerana alasan itu adalah pembohongan semata-mata, lebih ramai orang awam yang terbunuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Libya.Syria dan Afghanistan-akhzamanblog.

No comments: