Sunday, 25 January 2015

BERDOSA BESAR MEMBELA DAN MELINDUNGI PEMIMPIN MELAKUKAN MAKSIAT!



Abu Hurairah melaporkan, Saya dengar Rasulullah S.A.W. menerangkan,


"Sesiapa yang menuduh hambanya berzina, pada hari kiamat nanti hukuman hudud dijalankan kepadanya, kecuali orang yang dituduh itu memang bersalah seperti yang dikatakannya."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).


Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis diatas, sekiranya anda 'benar-benar yakin tanpa sebarang keraguan' tentang pertuduhan zina terhadap seseorang,teruskanlah.


Anda akan terlepas dari Hukuman Hudud di Padang Mahsyar kelak,kerana kebenaran dari pertuduhan anda.


Namun,jika apa yang anda yakini adalah salah,maka bersiap sedialah untuk diadili dengan Hukuman Hudud yang menanti di akhirat kelak.


Pendek kata,sekiranya yakin-teruskanlah usaha anda jika sebaliknya....fikir-fikirkanlah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil ialah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata:


"Wahai si fulan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya."


Kemudian pada keesokan harinya lelaki yang menegah itu melihat lelaki yang melakukan maksiat itu masih melakukan maksiat yang sama, tetapi dia tidak mencegahnya kerana barangkali pelaku maksiat itu merupakan orang yang memberinya makan dan minum atau rakan baiknya. 


Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah telah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah para anbiya’-Nya.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi



Huraian:

1. Allah SWT melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara tersebut merupakan suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.

2. Segala kebaikan dan kesenangan yang diperolehi adalah rahmat daripada Allah SWT. Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.

3. Sesungguhnya apa jua yang kita perolehi yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah SWT dan apa jua keburukan yang menimpa maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukan.


malangnya masa ni ramai agamawan yang 
bertopengkan syaitan...sesuatu kebatilan itu terus dipertahankan manakala yang benar itu pula yang 
dikutuk dan dipersalahkan...


Satu contoh kebenaran yang dibawa oleh trio datuk T dalam satu sidang media suatu ketika dahulu ...


Trio Datuk T konsisten untuk memastikan kebenaran dengan menegaskan mereka sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popular Anwar sendiri yang jadi sebutan ramai hingga sekarang"You Ulang I saman You".


Dalam majlis itu Datuk Rahim TC sekali lagi mengulangi kenyataannya apabila berkata "saya nak ulang...kamu beritahu pada Anwar bahawa saya dan datuk T ingin nyatakan bahawa beliau(Anwar) adalah orang yang terlibat dalam video itu.. beliau adalah orang yang bertanggungjawab melakukan maksiat itu,"...


Sekarang anwar dah cakap, You ulang I saman you!...Malangnya hingga sekarang Anwar tak berani saman..jelas cakap tak serupa bikin...dan rakyat terus ditipu!

No comments: