Monday 26 January 2015

AWAS MAT DAN MINAH REMPIT!!!

AWAS MAT MOTOR!!! Ingat Tarikh Ni!!



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi besar-besaran pada 2 Februari ini bagi memburu penunggang motosikal yang ingkar dan mengubah suai kenderaan mereka secara tidak sah.

Justeru, semua pemilik motosikal diberi tempoh selama dua minggu bagi memperbetulkan motosikal mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Asistan Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, turut menjadi keutamaan polis ialah warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen atau dokumen yang sah.


“Warga-warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen ini kita tidak akan keluarkan saman kepada mereka sebaliknya kita akan tahan dan tuduhnya di mahkmah.

“Ia dilakukan bagi menggelakkan mereka menghilangkan diri dan tidak membayar kompaun-kompaun yang telah dikenakan keatas mereka,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, operasi besar-besaran ini tidak akan dijalankan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 476,196 kemalangan jalan raya dicatatkan pada tahun lepas, dimana jumlah itu menurun sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jelas beliau lagi, penunggang motosikal masih lagi menjadi kumpulan pengguna jalan raya yang paling terdedah dan paling berisiko tinggi dalam kes kemalangan jalan raya.

Mengikut statistik pada tahun 2014 seramai 4,179 penunggang motosikal maut berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4, 294.

Ia menyaksikan penurunan sebanyak 2.7 peratus.

SUMBER

No comments: