Sunday, 18 January 2015

PANJI HITAM DARI TIMUR menuju ARMAGEDDON!!!





Siapakah mereka? Darimana mereka datang? Adakah mereka akan bangkit dari Tanah Malayu? Atau mana-mana kawasan lain di Nusantara? 


Apa yang pasti Panji Hitam akan keluar dati arah TIMUR sebagaimana sabda Rasulullah saw. Adakah perkara ini satu berita gembira atau berita yang menakutkan?


Ingat, "hiddenhand" tak pernah leka walau sesaat pun untuk menghapuskan Islam. Perhatikan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, terjahan demi terjahan dilakukan melalui pelbagai pihak yang telah mereka dikuasai. 



NGO tumbuh bagai cendawan membawa pelbagai isu untuk mengucar kacirkan masyarakat. Dari mana NGO ini dapat dana, siapa yang menaja mereka?


Harus juga diambil perhatian, sebelum Pemuda Bani Tamim yang mengetuai Pejuang dari 'timur' ini muncul, seluruh Nusantara akan bergelumang dengan huruhara buatan (seperti negara2 Arab). 



Akan berlaku huruhara besar yang tidak dapat dielakkan. Bermula dengan UMNO dan PAS saling bermusuhan yang terhasil dari hasutan PKR, permusuhan semakin melebar menjadi malapetaka. Huruhara ini bakal menghancurkan segala-galanya dimana PAS, PKR dan UMNO kemungkinan besar ikut musnah. 


Yang ada hanyalah kekacauan dahsyat. Kita tak mahu menyentuh parti ultra kiasu kerana mereka inilah yang akan mengambil kesempatan memusnahkan kerajaan Melayu. Tentulah ia sesuatu berita yang amat menakutkan kita semua, bukan? (Diharap telahan ini salah dan Islam segera dapat kembali bersatu hingga akhir masa).


Andaikata berlaku persengketaan sebagaimana yang berlaku di negara Arab, maka Melayu akan di adu domba supaya berbunuhan sesama sendiri. Itulah saat dimana semua orang kesal dengan kebodohan masing-masing membawa agenda Yahudi Nasrani. Sayangnya ia sudah terlambat.





Apa yang telah berlaku pada Afghanistan, Libya, Iraq dan Syria bakal berlaku di sini. Mereka kini semakin hampir menghancurkan Syria, lepas ini apa pula tumpuan mereka? 


Mereka telah memberi 'hint' melalui tragedi nahas 2 pesawat MAS. Kenapa MAS, kenapa Malaysia? Cuba fikirkan jawapannya. Ia sebenarnya satu ugutan secara tersembunyi, Malaysia wajib mengikut segala kemahuan mereka.

Bersedialah mengharungi fasa huruhara yang dahsyat, kekacauan yang tak pernah kita fikirkan. 


Tentera Raja Akhir Zaman


Untuk memperbetulkan keadaan, pasukan Panji Hitam Dari timur ini amatlah dinantikan. Seolah menantikan Sang Penyelamat atau Tentera Raja Akhir Zaman. Mereka kini semakin hari semakin popular. 


Bukan sahaja di sini (Tanah Melayu) tetapi juga di seluruh Nusantara. Di sana sini orang bercakap dan bercerita mengenainya. Seolah-olah tiada jalan lain lagi untuk Umat Islam bergantung harap. kelihatan sudah hampir berputus asa. 


Keadaan sekeliling kelihatan berkecamuk. Salah menyalahkan berlaku di mana-mana, parti parti politik paling riuh bertelagah, saling caci mencaci dan mengaku merekalah yang 'benar' dan menyalahkan musuh mereka dakam segala hal. 


Bukankah mereka (PAS, UMNO dan PKR) semua mengaku Islam? Kenapa boleh terjadi persengketaan? Inilah yang akan terjadi dan berterusan sehinggalah satu masa. Ia diikuti huruhara besar. Goyim diaturkan untuk bergaduhan dan berbunuhan sesama sendiri, kata Yahudi dalam kitab mereka Protocol elder of Zion (lihat sahaja apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya dan kini Syria). 


Tentu sahaja ada dalang di sebalik semua ini. Kalau anda bijak, cuba siasat apa itu FFF dan kaitannya dengan gerakan Islam Liberal (cara mudah, tanyalah pakcik google). Ia sememangnya ada kaitan dengan hiddenhand. Ada kaitan dengan kumpulan elit Yahudi. Takkan masih belum faham.


Bagi mereka yang sedar dan faham, mereka dikira bernasib baik. Setidak-tidaknya tahu apa yang berlaku. Namun bilangan mereka yang faham amatlah sedikit. Dalam pada itu, amat sedikit pula yang tahu tentang taktik Yahudi (mereka ini dipanggil 'penggemar siri konspirasi Yahudi') dan mereka ini tahu mengenai konspirasi elit Yahudi untuk menguasai dunia. 


Kumpulan 'anti hiddengand' ini bukan sahaja wujud di kalangan orang Islam, ia juga wujud dikalangan masyarakat beragama selain Islam. Kumpulan ini sentiasa sahaja menghidu setiap berita mengenai percaturan the hiddenhand. 


Bagi Penganut Islam, Kumpulan Panji Hitam ini adalah pasukan para Wali Allah. Bukan pasukan sembarangan. Penuh hikmah dan karamah. Sementara pekerja atau talibarut Hiddenhand bersungguh-sungguh mendakyahkan bahawa Kumpulan Panji Hitam ini adalah dari paksi syaitan. 


Mereka sentiasa pula berusaha untuk burukkan khabar sebenar malah membuat hasutan bahawa Panji Hitam ini diterajui oleh manusia Syaitan (666). 


Di sini kita boleh fahan bahawa mereka ini amat tahu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir zaman, mereka cuba rosakkan kefahaman orang Islam. 


Berbalik kepada kita kaum Muslimin (yang sedar kebenaran berita ini), perlukah kita bersusah payah menghabiskan masa mencari mereka (Pasukan Panji Hitam) selanjutnya menyertai mereka? 


Jika tiada ilmu, anda akan tersesat dan dibimbangi mengangkat musuh sebagai ketua. Soalan yang sepatut diajukan ialah layakkah kita untuk menyertai mereka? Tentu kita akan bertanya kembali, kenapa tidak? Adalah wujud syarat-syaratnya?


Sayang sekali syarat-syaratnya bukan pasukan ini yang tentukan tetapi Allah sendiri yang tentukan. Malah, ,,, malah Allah sendiri yang memilih ahli-ahlinya berdasarkan keupayaan dan kekuatan yang kita ada.


Kenal Diri


Jika berhajat menyertai askar elite ini, kita harus membina jati diri sejajar dengan keperluannya. Untuk itu, sepatutnya kita segera melihat diri sendiri dan belajar hidup sebagaimana mereka, mencontohi sikap dan kehidupan kumpulan Panji Hitam ini. 


Hidup mereka untuk Allah, dari Allah kepada Allah. Berbuat hanya kerana Allah. Hati mereka tidak pernah bosan menyebut dan memuji Allah. Adakah kita semua sedang mengamalkannya? 


Dari segi tahap, mereka terlalu jauh ke hadapan, mereka kenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Untuk kenal Allah, mesti kenal diri terlebih dahulu. 


 من عرف نفسه فقد عرف ربه Ini merupakan syarat utama untuk bersama mereka.


Atau seperti lazimnya kita lebih sibuk hal2 ciptaan The Hiddenhand seperti isu Pesta Arak, Pegang Anjing, SIS, Trangender (pondan), hak asasi manusia dan berbagai lagi termasuklah isu Penghapusan Akta Hasutan. ???? 


Banyak lagi akan muncul selepas ini (atur gerak kerja Yahudi Nasrani talibarut The Hiddenhand). Andai kita tidak tegas menghalang, kita bakal diserap masuk ke dalam pusaran gelap ciptaan Dajjal Laknatullah. Berdoalah semoga kita semua selamat dari mainan mereka (ada yang mengatakan The Hiddenhand itu ialah Dajjal - wallahu a'lam).


Jika anda telah mula jadi penyibuk atau dipersibukkan dengan isu-isu gila tahap gaban ini, akan kehilangan fokus untuk mengesan siapakah alMahdi. Bagaimana pula dengan nasib mereka yang telah berjaya dihasut dan mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti gila seperti itu? 


Mampukah nanti kita mengenali alMahdi? Silap-silap haribulan akan memusuhi baginda dan menjadi Pencinta Dajjal Laknatullah pula. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal sangatlah dahsyat.


Sukar, sememangnya sukar bagi kita untuk melepskan diri dari perangkap yang telah mereka (hiddenhand) pasang. Untuk itu, kembalilah kepada Islam dan berusahalah menjadi "Orang Beriman". 


Mana tahu nasib anda berubah dan dibukakan pintu rahsia untuk mengenal manusia terpilih ini beserta sahabatnya. Insya Allah. Bersama baginda dan 313 jeneral terhebat menuju Armageddon. Perang terbesar yang tercatat dalam semua kitab2 agama langit.

No comments: