Tuesday, 6 January 2015

MENGURUNG DAN MEROGOL MANGSA SELAMA TIGA MINGGU!!!


PATNA (INDIA): DUA BERADIK DITAHAN KERANA DIDAKWA MENGURUNG DAN MEROGOL SEORANG PELANCONG JEPUN BERUSIA 22 TAHUN SELAMA TIGA MINGGU BERHAMPIRAN LOKASI PALING SUCI PENGANUT BUDDHA DI BODH GAYA.

TIMBALAN SUPERINTENDAN POLIS ALOK KUMAR SINGH BERKATA, SIASATAN MENUNJUKKAN PELANCONG ITU DICULIK SELEPAS DIACUKAN SENJATA API DAN DIKURUNG DI DALAM BILIK BAWAH TANAh BERHAMPIRAN BODH GAYA.

“MANGSA YANG SEMAKIN LEMAH KERANA DISEKSA BEGITU LAMA DIBAWA KE GAYA UNTUK RAWATAN PERUBATAN PADA 20 DISEMBER LALU.KETIKA ITU DIA MELARIKAN DIRI DAN MENDAPAT BANTUAN PELANCONG JEPUN LAIN YANG MEMBAWANYA KE KONSULAT JEPUN DI KOLKATA,” KATANYA.

MENURUTNYA, SAJID KHAN, 32, DAN ADIKNYA JAWED BERUSIA 25 TAHUN DITANGKAP KELMARIN.

“MEREKA DISIASAT KERANA MENGURUNG DAN MEROGOL PELAJAR JEPUN ITU,” KATANYA.MANGSA DATANG DARI KOLKATA UNTUK MELAWAT KOMPLEKS BODH GAYA YANG TERLETAK 110 KILOMETER DARI PATNA. - AFP 

No comments: