Tuesday 27 January 2015

SUDAH SUDAHLAH MELAYU! ZAMAN BERLEMBUT DAH BERAKHIR!!!BERHENTI-HENTILAH PULAK DARI SIKAP MENGALAH SENTIASA!!

SUDAH SAMPAINYA MASA UNTUK BERTEGAS DAN KASAR DENGAN ORANG YANG TAK RETI MENGENANG BUDI ORANG!!!


Kini "Pakar" Mahukan Kategori Kaum Dimansuhkan,Hilangnya Melayu dibumi sendiri!!!


#KLChronicle says: Gerakan untuk memansuhkan 
identiti bangsa Melayu di negara ini kini giat 
dijalankan oleh mereka yang tidak senang dengan 
kekuatan yang dimiliki oleh orang Melayu. 
Perlu diingatkan bahawa orang Melayu telah banyak 
berkorban di negara ini. Orang Cina & India diberi 
kerakyatan, Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, 
tanah diberi kepada orang Cina dan India. 
Tidak cukupkah pengorbanan orang Melayu ini? 


Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian 
Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia 
(Asli) berkata, kategori kaum pada asalnya diperkenal
kan supaya kerajaan boleh membantu golongan 
Bumiputera tetapi selepas beberapa dekad kini, ia 
lagi relevan.

"Pada asalnya, ia penting bagi tujuan politik dan 
ekonomi memandangkan terdapat Dasar Ekonomi 
Baru (DEB) yang mengenalpasti golongan Melayu 
dan Bumiputera bagi memberi kekuatan kepada 
mereka tetapi dasar kepada hujah itu tidak lagi 
begitu kuat hari ini.

"Kerana, ketika pada masa dahulu orang Melayu 
diabaikan, selama lebih 55 tahun mereka diberikan 
keutamaan, dan mereka sekarang dalam keadaan 
yang sangat baik. 

Malah, Model Ekonomi Baru (MEB) memberi 
tumpuan kepada membantu kumpulan 40% 
terbawah, tanpa mengira kaum," katanya kepada 
The Malaysian Insider.

Ramon berkata kategori bangsa dalam borang rasmi 
kini hanya mewujudkan sesuatu pembahagian buatan, 
bertentangan dengan hasrat negara dan menyebabkan 
perpecahan dan polarisasi, dan menggesa kerajaan 
menghentikan secara keseluruhan amalan tersebut.

"Timbangkan pro dan kontranya serta lihat 
bagaimana kita boleh mula dengan perlahan secara 
selektif menghentikan kategori kaum dan agama. 
Lagipun, kita semua rakyat Malaysia. Apa perlunya 
kita dibahagikan?"

Namun, beliau berkata terdapat beberapa kes di 
mana kategori tersebut diperlukan, seperti dalam 
penyelidikan bertujuan mengenal pasti kumpulan 
etnik yang memerlukan perubahan dasar bagi 
meningkatkan kualiti hidup mereka.

"Tetapi untuk pasport dan dokumen lain, tiada 
keperluan meletakkan kaum atau malah agama pun. 
Kaum dan agama kamu ialah sesuatu yang peribadi.
"Apabila kita sentiasa mengkategorikan kaum dan 
agama, pemikiran kita juga akan bersifat perkauman 
dan sempit. Bila kita boleh hentikan ini?"

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar 
(CPI), berkata "sangat sedikit negara" yang membuat 
pengkhususan mengikut kaum dalam borang rasmi 
mereka, dan Putrajaya perlu mempunyai sebab kukuh 
meneruskan amalan ini.

"Jika kamu lihat amalan antarabangsa, perkara ini 
sangat di luar kebiasaan. Jadi, saya fikir adalah 
realistik menghapuskan kategori kaum ini. Ini satu 
permintaan yang munasabah, mengikut piawaian 
antarabangsa."

Beliau berkata sekiranya Putrajaya prihatin hendak 
memupuk perpaduan negara dan patriotisme, 
pemansuhan kategori kaum satu langkah baik maju 
ke depan.

"Apabila kita meletakkan satu label di sana, kita 
pada dasarnya mengekalkan lagi pembahagian 
antara kaum. Jadi, terserah kepada kerajaan 
menjelaskan mengapa ia berbuat demikian. Jika 
pengecualian dibuat, mesti dijelaskan kenapa ia 
perlu."

Katanya, sesetengah pihak mungkin melihat 
kerajaan sebagai mempunyai niat jahat meneruskan 
amalan tersebut.

"Mereka akan tanya, adalah kerajaan mahu menjadi 
memihak, berat sebelah berasaskan kaum? Apa 
perlunya dicatatkan kaum, contohnya, dalam 
pemilikan kenderaan, atau apabila memohon lesen?

"Melainkan jika kerajaan mempunyai agenda 
tertentu, nampaknya tiada sebab yang cukup baik 
untuk meneruskan amalan ini."

Pada Rabu, kerajaan Sabah memutuskan 
menggugurkan kategori "lain-lain" dalam borang 
rasmi, selepas Sarawak memansuhkan kategori 
itu pada 18 Januari.
- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/kini-pakar-
mahukan-kategori-kaum.html#more

No comments: