Aktor kacak Aaron Aziz berharap aksinya memegang coli berwarna merah jambu dalam filem terbarunya, Suamiku Encik Perfect 10 tidak menimbulkan spekulasi atau disalah erti kerana tindakannya itu sekadar memenuhi tuntutan skrip dan plot filem berkenaan.
"Itu hanya 'props' saja. Saya rasa ia tidaklah teruk dan
babak itu pun tidaklah nampak lucah.
"Bukan saya suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita
"Bukan saya suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita
nak sampaikan babak itu yang berkait tentang hal
kehamilan dan ada fakta yang mahu disampaikan.
"Sebenarnya, fakta itu pun sesuatu yang baru pada saya
"Sebenarnya, fakta itu pun sesuatu yang baru pada saya
sebab walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil tetapi
saya pun tidak pernah tahu tentang fakta itu," katanya
ketika ditemui pada sesi prebiu filem berkenaan di
Kuala Lumpur, semalam.
Filem yang diadaptasi novel karya Syamnuriezmil diarahkan
Filem yang diadaptasi novel karya Syamnuriezmil diarahkan
Mohamed Feroz Abdul Kader menggandingkan teraju utama,
Aaron membawakan watak Zarief Daniel dan Lisa Surihani
sebagai Aleeya Azmin.
Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron
Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron
menyatakan tidak sukar untuk menghidupkan watak itu
kerana karakternya tidak banyak beza dengan watak dalam
filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan
sebelum ini.
Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama lisa
Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama lisa
ketika pernah membintangi bersama filem Ombak Rindu
yang ditayangkan pada tahun 2011.
"Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang
"Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang
pernah saya bawakan sebelum ini. Zarief seorang yang
periang dan dia akan buat apa yang dia mahukan dan
selepas itu baru memikirkan akibatnya.
"Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu
"Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu
kelainan dan kami tiada masalah mewujudkan keserasian
atas faktor masing-masing komited dengan karakter yang
dibawa," katanya.
Penggambaran filem ini yang dijalankan pada tahun lalu
Penggambaran filem ini yang dijalankan pada tahun lalu
diterbitkan Astro Shaw dan Global Station yang menjalani
penggambaran di London dan sekitar Lembah Klang, Ipoh,
Sungai Petani dan Alor Setar.
Plot filem ini mengisahkan Aleeya dan Zarief bertemu di
Plot filem ini mengisahkan Aleeya dan Zarief bertemu di
dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari
London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief untuk
meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa
cinta di antara mereka berdua.
Namun, keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk
Namun, keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk
terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama.
Filem ini yang turut dijayakan Normah Damanhuri, Jasmin
Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin akan
ditayangkan bermula 22 Januari ini.
Selain mempertaruhkan Aaron dan Lisa sebagai sandaran
Selain mempertaruhkan Aaron dan Lisa sebagai sandaran
utama, lagu tema filem ini juga menyaksikan gandingan
penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza
bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan berjudul
Seluruh Cinta-Salatusalatin.
No comments:
Post a Comment