Wednesday 28 January 2015

MALAYSIA BAKAL JADI REPUBLIK!!!






Malaysia juga bakal alami huru hara yang dahsyat jika kerajaan hari ini tidak bertindak bijak. Jangan harap 2020 jadi kenyataan wawasan, mungkin akan berlaku huru hara yang membingungkan. Fasa huruhara yang panjang sehingga ...

Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan membiarkan Hasutan bermaharajalela dalam kalangan rakyatnya.


Ini kerana undang-undang yang sedia ada tidak dikuatkuasakan untuk  menghalang pelbagai hasutan yang sedang dan akan berlaku.


Rakyat akan menerima pelbagaiberbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi Raja juga dihapuskan.


Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara, kesan daripada sikap liberal yang kita agung-agungkan sekarang ini.


Peningkatan jenayah


Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.


Bagaimanapun, hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi belum lagi melampaui batas.


Tanpa akta seumpamanya, pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka, serta akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan.


Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menghalang sebarang cemuhan dilakukan terhadap Raja dan institusi Raja seperti mana undang-undang Lese Mejeste yang wujud di Thailand.


Hasutan dibenarkan



Walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang.


Kerajaan pernah pada 30 Mei lalu mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional.


Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.


Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.

1 comment:

Kren krong said...

Akan datang harinya... Kebodohan semakin bermaharajalela... Rakyat yg buta mata dan hati akn kebingung bingungan.. Mereka sampai tak tahu mna jantan mna betina, mna kepala mna ekornya. Mereka mengikut hawa membabi buta. Saya yakin, 2015-2017 fasa huru hara akn menjelma... Malaysia akn bergoncang, suhu kebencian tidk akn dpt ditahan tahan. Siapakh sang penyelamatnya sewaktu negara dlm bahaya? Tunggu & lihat.