Friday 23 January 2015

Ratu Cantik Lebanon Cetus Kekecohan!!!

Gambar Selfie Ratu Cantik Israel Dengan Ratu Cantik Lebanon Cetus Kekecohan!!!


Satu gambar 'selfie' oleh ratu cantik dari Israel telah 
menyebabkan kekecohan di Lebanon kerana bersama
-sama ratu cantik Israel itu adalah ratu cantik dari 
Lebanon, Saly Greige.


Gambar tersebut telah dimuat naik oleh ratu cantik 
Israel tersebut yang bernama Doron Matolon ketika 
mereka dalam persiapan untuk pertandingan ratu 
cantik di Miami.

 Doron Matolon

Gambar itu telah menyebabkan orang memanggil Saly 
Greige sebagai pengkhianat dengan menyifatkan 
tindakannya itu seperti menyerah diri kepada musuh.

 Saly Greige

Beberapa warga Lebanon mendesak Saly Greige 
digugurkan gelarannya kerana mempunyai kenalan 
dari negara musuh.


Bagaimanapun, Saly Greige telah mempertahankan 
dirinya di Instagram dengan mengatakan Doron Matolon 
telah banyak kali mendesak untuk mengambil gambar 
dengannya dan akhirnya telah mencuri mengambil 
gambar itu. 


Sumber: SiakapKeli

No comments: