Sunday 18 January 2015

Drama Tebusan Terbaru Di Paris. Hina Islam? Tidak!!!


SEKUMPULAN anggota polis Perancis mengepung sebuah pejabat pos di Colombes pinggir Paris selepas seorang lelaki bersenjata menjadikan dua individu sebagai tebusan semalam. - AFP

PARIS – Seorang lelaki bersenjata ditahan pihak polis Perancis selepas dia menyerbu sebuah pejabat pos di pinggir bandar ini dengan menjadikan dua individu sebagai tebusan semalam.

Lelaki bersenjatakan raifal Kalashnikov dan bom tangan itu dilaporkan menyerbu masuk ke pejabat pos berkenaan pada waktu tengah hari waktu tempatan sebelum menjadikan beberapa individu sebagai tebusan.

Drama tebusan terbaharu itu menyaksikan beratus-ratus anggota polis mengepung sebuah bangunan di Colombes yang terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Paris.

Suspek kemudiannya menghubungi polis bagi memberitahu dia telah menjadikan beberapa orang di pejabat pos itu sebagai tebusan. Satu sumber polis memberitahu, suspek bercakap seperti seorang yang ‘hilang pertimbangan’ dan ‘kecewa’.


 Lelaki itu yang mendedahkan identiti kepada pihak polis dilaporkan mempunyai rekod jenayah ringan. Selepas beberapa jam rundingan dengan pihak polis lelaki itu dilaporkan menyerah diri dan membebaskan semua tebusan.

“Ketika ini tiada asas kukuh untuk mengaitkan kejadian ini dengan siri serangan di Paris pada minggu lalu,” katanya yang enggan mendedahkan motif serangan itu.

Paris pada minggu lalu digemparkan dengan serangan terhadap majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi yang menyebabkan 17 orang terbunuh. – Agensi

No comments: