Friday, 23 January 2015

SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM & KESULTANAN MELAYU DI NEGERI PERAK D.R...!!!



Sabda Rasul : "Islam bakal bangkit dari Timur". 

Maka Agama Islam telah dibawa masuk dikembangkan keTanah Melayu oleh "Ahlul Bait-Ahlul Bait" di zaman 
di mana Raja-rajanya dan warga-warga Melayunya kebanyakannya masih menganuti Agama Hindu, Agama Buddha dsbnya. 

Maka antara negeri diTanah Melayu yg ada mencatatkan sejarah perkembangan Agama Islam adalah negeri Perak D.R., riwayatnya seperti berikut : 

AL-KISAH : Bermula ada pun diNegeri Perak tatkala sebelum tahun 1520 itu, ada dua beradik Ahlul Bait sebagei Mubaligh Islam yang asal berasal dari Mekah. 

Kedua mereka itu yang tuanya bernama (1) SYED ALI, dan yang mudanya bernama (2) SYED ABDUL MANAP. Maka merekalah yang pertama telah mengIslamkan bumiputra Melayu di negeri Perak. Tatkala itu negeri Perak Rajanya maseh belum bergelar Sultan, hanya dengan nama Haluan. 

Maka Haluan negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka. Orang-orang Besarnya antaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Ulu Perak. 

Pada masa pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka, dengan pengaruh Kedua-dua Syed itu, maka bermulalah orang-orang Melayu Perak menukarkan agama Hindu atau Buddha kepada Agama Islam... 

Dengan kemasukan Agama Islam itu, maka banyaklah Adat Istiadat Gungga Negara diubah satu persatu. Daripada acara memuja Hantu dan Iblis, kepada "AJARAN ISLAM" dengan acara-acara dan jalan-jalan "MENGENAL ROH". 

Dengan campur tangan dua Mubaligh Islam itu dalam Adat Istiadat Melayu Perak itu, hingga menyebabkan Tun Saban tidak senang hati. Pada suatu hari Tun Saban perintahkan supaya kedua Ahlul Bait itu dibunuh. 

Seorang puteranya yg bernama Tun Kelewang mengambil senjata untuk menamatkan riwayat kedua Ahlul Bait itu. Mana-mana rakyat yang tahu rencana itu hanya menunggu akan peristiwa ngeri itu. 

Dalam perjalanan Tun Kelewang ditengah jalan, dengan tak semena-mena berbunyilah halilintar membelah bumi. Di dalam kilat sabung menyabung itu, akhirnya Tun Kelewang disambar petir lalu rebah mati tersungkur kebumi. 

Maka senjata petir itulah yang Allah datangkan bagi membunuh musuh Kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang di luar dugaan itu, maka dari semenjak itu orang-orang Perak baru sedar dan mengatakan kedua mereka itu Keramat. 

Sejak peristiwa itu, maka bernamalah mereka itu gelaran : 
(1) KERAMAT MATA KUCING, (2) KERAMAT MATA SABUN... 

Setelah mangkat Haluan Tok Paduka Masuka Perak di antara 1527 - 1528, maka Kedua Keramat itu mengarahkan kepada Tun Saban beberapa syarat :

(1)PERTAMA : Nama Gungga Negara hendaklah digantikan dengan nama negeri Perak. Maka nama Haluan Tok Masuka itu hendaklah digantikan dengan nama gelaran Sultan. Maka Islam menjadi Agama Rasmi dinegeri Perak di bawah payung Kesultanan Perak. 

(2) Kerana Tok Paduka Masuka tidak mempunyai anak, maka Sultan Pertama Negeri Perak hendaklah diambil dari Tengku Mudzaffar Syah, putera Sultan Mahmud dari Kampar Sumatera, bekas Sultan Melaka Terakhir, untuk dijadikan Sultan Perak Yang Pertama. 

Mahu tak mahu akhirnya Tun Saban terpaksa mematuhi melaksanakan arahan Kedua Keramat itu. Pada tahun 1528, maka berlakulah peristiwa "KESULTANAN NEGERI PERAK". Maka nama "GUNGGA NEGARA" telah digantikan dgn nama "NEGERI PERAK"... 

( Rujukan : Sedikit petikan dari Kitab "Mengenal Roh" karya Al-Marhom Tok Syeikh Taleb Naem As-Saufi, Kg Kucai Ipoh Perak D.R.... ) 



Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu memang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu janganlah bangsa Melayu yang tak tahu sejarah, suka meludah kelangit, akibatnya terjatuh kemuka orang Melayu itu sendiri. Dimana bumi Allah kaki-mu berpijak, disitulah langit Allah yg kamu junjung... 

No comments: