Friday, 16 January 2015

CINTA TERLERAI MERUNTUN JIWA TERBURAI!!!

EMMA MAEMBONG DEDAH PUNCA SEBENAR PERPISAHAN..!!





Kisah cinta Zizan Razak dan Emma Maembong 
yang terlerai baru-baru ini mengejutkan ramai 
pihak.


Di saat ramai yang menanti tarikh hari bahagia 
mereka, kebahagiaan yang diharap terus 
berpanjangan berakhir juga.


Usaha menghubungi Emma beberapa kali sejak 
pagi tadi hanya berjawab petang ini. Namun Zizan 
yang dihubungi tidak langsung memberi maklum 
balas.

Ikuti komen Emma mengenai perpisahannya dengan Zizan.



"Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya 
sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin 
hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.


"Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai 
pasangan yang 'sweet' tetapi mereka tak tahu apa 
yang saya lalui".


"Jika asyik berendam air mata saja buat apa 
diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak 
makan hati," kata Emma.


Menurut Emma, hubungan beliau dengan Zizan 
sudah lama goyang. Cuma baru-baru ini saja 
beliau nekad membulatkan keputusan meninggalkan Zizan.



Muat turun klip lagu Kelly Clarkson berjudul Already Gone di laman Instagram miliknya jelas membuktikan 
apa yang diharap tidak berkesudahan dengan baik.


"Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah 
saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. 
Mungkin dengan perpisahan ini ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya.



"Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. 
Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing 
akan jumpa dia juga," katanya.


Emma juga menyangkal jika ada yang menuduh dia 
sudah mengikis duit Zizan dan kemudian tergamak meninggalkan lelaki itu.


"Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja 
dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis 
duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.


"Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu 
tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya;" katanya-pingbusuk.

No comments: