Sunday, 25 January 2015

ORANG PAS PERLU CERDIK MACAM NIK ABDUH NIK AZIZ!!!

Tulisan Nik Abduh: Krisis harga minyak: Percaturan geopolitik kuasa besar.

Minyak telah menjadi satu subjek yang sangat 
penting ketika ini. Ia telah membina satu hubungan 
penting di antara satu negara dengan satu negara 
yang lain dan mereka saling bergantung di antara 
satu sama lain.

Ini bererti, perubahan pada polisi sesuatu negara 

terhadap pengeluaran minyak secara langsung 
memberi kesan kepada negara-negara lain sama 
ada kesan itu datang dalam bentuk yang positif 
kepada ekonomi domestik ataupun sebaliknya.

Krisis harga minyak sekali lagi melanda masyarakat 

dunia dan ketika ini, ia ternyata memberi kelebihan 
kepada pengguna kerana dapat menikmati harga 
minyak yang lebih rendah. Namun, situasi ini 
berbeza dari sudut pandang yang lebih mikro.

Di sana terdapat negara yang menikmati lebihan 

daripada harga minyak yang rendah dan pada 
saat yang sama, ada pula negara yang sangat 
sengsara.

Arab Saudi adalah kuasa yang mempunyai 

pengaruh yang cukup ampuh dalam mengawal 
pengeluaran minyak mentah dunia.

US Energy Information Administration 2012 

melaporkan pengeluaran minyak mentah dunia 
oleh Arab Saudi adalah berkadar secara 
langsung dengan harga minyak mentah West 
Texas Intermediate (WTI). Tambahan lagi, Arab 
Saudi adalah pengeluar minyak terbesar dunia 
dengan kira-kira 12 juta tong sehari.

Dunia hari ini sudah pasti akan memfokuskan 

kepada dasar luar dan polisi semasa Arab Saudi 
kerana ia akan memberi kesan kepada kedudukan 
pengeluaran dan harga minyak mentah dunia 
pada hari ini.

Perbincangan mengenai pengeluaran minyak 

mentah dunia dan organisasinya yang 
bertanggungjawab (OPEC) – dengan Arab 
Saudi sebagai negara utamanya – tidak hanya 
berkait soal ekonomi semata-mata, malah, 
segala percaturan yang berlaku adalah 
disebabkan faktor politik-ekonomi secara 
lebih mendalam.

Pada 1973, Arab Saudi – dengan sokongan 

daripada Mesir – telah menyekat pengeluaran 
minyak mentah sekaligus menyaksikan kenaikan 
mendadak harga minyak sebagai satu respon 
kepada US yang menyebelahi Israel dalam 
Perang Yom Kippur. Ia memberi kesan yang 
dahsyat kepada US dan langkah tersebut 
ternyata berhasil.

Hubungan politik-ekonomi terus berperanan 

dalam penentuan pengeluaran minyak mentah 
dunia dan keadaan ini berterusan sehingga ke 
hari ini. Beberapa perubahan kepada harga 
minyak berlaku terutamanya pada musim krisis 
politik berada pada kemuncak seperti Perang 
Iraq-Iran 1980, Perang Teluk 1991 dan krisis 
ekonomi 1998. Pada 2008 pula, harga komoditi 
minyak naik pada paras USD147 setong.

Dalam krisis hari ini, Russia dan Iran menjadi 

sasaran, sama ada secara terancang mahupun 
tidak. Sekatan ekonomi kuasa-kuasa besar dunia 
terhadap dua negara ini semakin diperhebatkan. 
Arab Saudi, sekutu kuat Barat, melihat ini peluang 
terbaik untuk melumpuhkan ekonomi negara 
berkenaan.

Rusia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. 

Kedudukan nilai mata wang ruble yang tidak 
kukuh ditambah lagi harga minyak mentah 
yang rendah memberikan kesan negatif 
kepada ekonomi domestik Moskow.

Pada Disember 2014, Moskow telah menaikkan 

kadar faedah (interest rate) sebanyak 17 peratus 
bagi mengembalikan keyakinan pelabur namun, 
disebalik sasaran mengukuhkan nilai matawang 
ruble, ia terus merudum jatuh.

Iran juga tidak ketinggalan menjadi mangsa 

akibat polisi luar biasa Arab Saudi terhadap 
pengeluaran harga minyak. Presiden Hassan 
Rouhani menganggap tekanan Arab Saudi ini 
adalah satu konspirasi menjatuhkan kepentingan 
masyarakat Islam seluruhnya.

Negara yang bergantung dengan hasil eksport 

minyak ini juga menjadi mangsa harga minyak 
mentah dunia yang rendah dan dalam masa 
yang sama bercadang untuk bersama 
Venezuela yang juga anggota OPEC untuk 
menstabilkan kembali harga minyak pada 
tahun ini.

Hubungan tegang Rusia, Iran dengan negara

-negara barat terutamanya US dipercayai 
sebagai faktor utama berlakunya keadaan 
sedemikian.

Rusia musuh lama kepada US sejak dari Perang 

Dingin bermula manakala Iran adalah negara 
yang boleh mengancam keselamatan dan 
penguasaan US di Timur Tengah dan 
permusuhan itu bermula sejak penggulingan 
kuasa pemerintah pro-barat Shah Iran pada 
1979.

Sekatan ekonomi terhadap Tehran bukan 

perkara baharu apatah lagi kedegilan Tehran 
untuk meneruskan program nuklearnya sangat 
mencabar hegemoni US di Timur Tengah.

Arab Saudi tidak begitu terkesan dengan harga 

minyak mentah yang rendah meskipun ia adalah 
negara pengeksport terbesar minyak di dunia.

Simpanan matawang luar Arab Saudi bernilai 

sekitar USD740 bilion dan itu sudah cukup kuat 
untuk menampung bajet defisit Arab Saudi jika 
kedudukan harga minyak terus kekal rendah.

Atas dasar itu, Arab Saudi terus kekal dengan 

pengeluaran minyak mentah dan ini sudah pasti 
mendapat 'restu' US yang pada masa yang sama 
adalah negara pengguna minyak  (oil-consuming) 
terbesar dunia.

Percaturan kuasa-kuasa besar dunia terhadap 

pengeluaran harga minyak telah memberi kesan 
drastik kepada ekonomi domestik di negara 
seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali 
daripada menerima serpihannya.

Penstrukturan bajet oleh kerajaan kita 

membuktikan keadaan tersebut. Namun, 
persoalan yang belum terjawab, sampai 
bilakah Arab Saudi mampu bertahan?

Saat artikel ini ditulis, Arab Saudi kini 

diambang politik baru dengan mangkatnya 
Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz. 
Polisi politik dan ekonomi mungkin berubah 
lagi dan warga dunia terus berada dalam 
kancah percaturan kuasa-kuasa besar yang 
saling bercakaran. 

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

*Nik Abduh Nik Abdul Aziz ialah Timbalan Ketua 

Pemuda PAS dan Ahli Parlimen Pasir Mas.

1 comment:

Anonymous said...

Tak de le cerdik sangat. Essay pengetahuan umum je. Cerdik lagi si rafiji ke apa ke namanya tu.....