EMPAT Gadis Ketakutan Tidur Dalam
Kereta EMPAT Hari
Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir
di bandar ini bertekad untuk ‘berteduh’ di dalam
kereta masing-masing dek bimbang paras air terus
naik.
Siti Mariah Ab.Majid, 28, yang bekerja di sebuah
agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakan
nya mengambil keputusan untuk tidur di dalam
kereta masing-masing di tempat letak kereta
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian,
Kota Baharu, Kelantan.
“Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta
apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM
tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh
sejak beberapa hari lepas,” katanya.
Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat
beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di
dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak
kereta tersebut.
dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak
kereta tersebut.
“Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis,
saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini,” kata
Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat
Machang.
saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini,” kata
Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat
Machang.
Siti Mariah berkata beliau dan rakannya telah empat
hari tidak mandi dan hanya mencuci muka berbekal
kan sebotol air mineral.
“Setakat hari ini ada beberapa kedai makan masih
menjual makanan namun saya bimbang apabila
pemilik kedai makan memberitahu mereka akan
tutup kedai tengah hari ini.
“Sekiranya itu berlaku saya tidak tahu bagaimana
untuk mencari makanan bagi mengalas perut hari
ini,” katanya.
Lebih malang, Siti Mariah berkata beliau kehilangan
dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika
menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang
Kerian.
dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika
menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang
Kerian.
“Mujur ada rakan yang sudi membantu namun hati
saya masih risau dengan keselamatan mak dan ayah
yang difahamkan kini berada di pusat pemindahan
banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai
Chondong,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir di Kota
Baharu, Shira Che Zakaria, 26, berkata beliau juga
terpaksa tidur di dalam kereta miliknya kerana tiada
pilihan.
Penjawat awam itu berkata beliau reda dengan ujian
yang menimpa dirinya dan berharap air akan semakin
surut dan pihak berwajib tidak terlepas pandang dalam
membuat agihan bantuan banjir kepada warga Kota
Baharu.
“Saya faham kesukaran yang dialami pihak berwajib
namun kami di sini telah kehabisan wang tunai untuk
membeli makanan dan minuman… saya berdoa agar
semua mangsa banjir selamat,” katanya.
Shira berkata air di Kota Baharu tiada tanda untuk
surut dan beliau dan rakannya bercadang untuk
berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan tempat
perlindungan serta makanan. - Mstar
No comments:
Post a Comment