BAGI makhluk bergelar lelaki, sebaik terpandang seorang gadis yang mengenakan hijab atau tudung labuh maka secara automatis apa yang terlintas di fikiran adalah ‘gadis tersebut pasti seorang yang menjaga akhlak serta mengikut tuntutan agama.’
Bagaimanapun pada masa kini, pemakaian tudung nampaknya telah diselarikan dengan fesyen mengikut aliran zaman.
Lihat saja di pusat beli-belah misalnya, anda pasti dapat menyaksikan fesyen bertudung berwarna-warni, ada yang tinggi melilit seperti turban dan sesetengahnya, ada juga macam dah nak terlondeh.
Apa pun tak salah berfesyen dalam pemakaian tudung, asalkan menutup aurat dengan sempurna.
Itu baru cakap pasal kesempurnaan aurat melalui tudung yang belum tentu tertunai kalau mengikut arus fesyen.. belum disentuh lagi bab pakaian ketat dan sebagainya walaupun kepala molek tertutup rapi.
Bagaimanapun kalau dilihat gambar di bawah, kami percaya perkataan tudung kepala itu sendiri membuatkan anda malu nak menyebutnya.
Apakah jenis manusia begini agaknya, tidakkah sedar mereka sedang ‘kow-kow’ punya menghina agama sendiri!!
Jangan terkejut ya, lihatlah gambar di bawah, apa yang anda fikirkan sekarang?
Sungguh memalukan!
Malah bagai trend pula, semakin ramai gadis bertudung di Malaysia menunjukkan belang akhlaknya yang sebenar akhir-akhir ini.
Nampaknya manusia munafiq pada zaman sekarang turut berada dalam banyak jasad perempuan yang dilihat seolah-olah ‘tahu agama’.
Paling malang, manusia yang tahu hukum menutup aurat ini sendiri yang menghina tudung yang diwajibkan agamanya.
Mana perginya perempuan Melayu Islam yang manis bertudung serta terjamin akhlaknya..? - MYNEWSHUB.CC
4 comments:
Inilah hasil tarbiah be end selaku pemimpin negara..
Ini bukan salah be end. Ini salah mak bapak di rumah. termasuk kau.
kerajaan tadbir negara! mak bapak jaga akhlak anak2. mak bapak gagal bentuk anak kerana sibuk dengar ceramah memaki hamun dan mengumpat orang.duit di derma untuk menggalakkan maksiat mengumpat dan memfitnah! duit tu kalau bagi guru agama untuk didik anak2 kan bagus!
vimax asli canada
vimax
ciri vimax asli
obat kuat
jooss ok..THANK..
Post a Comment