Friday, 16 January 2015

I LOVE U, U LOVE ME !!! KITA HADAPI APA YANG TERJADI!!!




Nakhon Ratchasima: Seorang anak perempuan 
pengusaha kedai pembekal bahan binaan semalam 
dikahwinkan dengan pasangannya juga seorang 
perempuan dengan hantaran simbolik bernilai 
THB200,00 (RM20,000) dan sedikit emas.


Majlis meriah itu diadakan di bandar Nakhon 

Ratchasima.


Bagaimanapun, disebabkan keanehan pasangan 
Piyanat Sae Kim dan Yupa Chanmuenwai itu, ia 
tidak lepas daripada diperkatakan orang ramai.


Yupa, 31, membawa sendiri hantaran itu untuk 
keluarga Piyanat.Menurut sumber, Piyanat, 25, 
menjalin hubungan romantik dengan Yupa sejak 
dua tahun lalu sebelum mereka bersetuju ‘disatukan’ 
sebagai suami isteri.


Yupa ialah seorang kakitangan bank tempatan.


Kata sumber, rumah mereka terletak berhampiran 
dan sering bertembung secara kebetulan.


“Lama-kelamaan, timbul perasaan cinta sesama 
mereka dalam diam.“Pada suatu hari Yupa 
memberanikan diri mengajak Piyanat keluar,” 
katanya.


Selepas mencurahkan isi hati masing-masing, 
pasangan terbabit masih berdepan cabaran untuk 
hidup sebagai pasangan bahagia.


Bagaimanapun, kata sumber, kesukaran itu dapat 
diatasi selepas Yupa memenangi hati ibu bapa 
Piyanat yang kagum dengan sikap berdikari dan 
tekun bekerja ditunjukkannya.


Warga Thailand berusia sekurang-kurangnya 20 
tahun boleh mendaftar perkahwinan sama jantina 
jika mereka boleh membuktikan kedua-duanya tidak 
bersaudara dan belum berumah tangga.- MetroOnline

No comments: