Thursday, 29 January 2015

ISLAM DI CHINA, SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN - PART 1.



KELIHATAN TENTERA ISLAM CHINA SEDANG KELUAR DARI KOTA ISLAM CHINA DI TAHUN 1598 YANG MANA BANGUNAN   ISLAM INI SUDAH PUN TIDAK WUJUD DAN IA ANTARA RIBUAN KOTA ISLAM YANG DI BOM OLEH TENTERA KOMUNIS CHINA ATAS ARAHAN KAFIR MAO TZE TONG


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda Tuntutlah Ilmu walaupun terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizi iaitu kawan karib Ibnu Taimiyyah. 


Ibnu Taimiyyah (1263 – 1328) juga salah seorang ulama besar yang menjadi mangsa orang yang tidak menghormati ulama, beliau mati di dalam penjara Damsyik di tangan raja-raja Arab yang mengaku layak menjadi Khalifah bagi Umat di masa itu. 



Hadis ini juga  diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis mengenai negara China ini. Di zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negara China kerana rakyatnya merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini kerana China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. 



Kehebatan, bijak di dalam hal  ehwal perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.slagi. 



Sebelum sampai ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar Arab akan melintasi kapalnya ke Laut Kedah atau Selat Melaka dahulu sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yangmerupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China. 



Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan pemerintahan di Madinah menurut catatan sejarah,  China sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah s.a.w.  

sebagai al-Madinah. Kota Xian  sebelum berpindah ke Beijing sekarang 
bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . 


China dan gelarannya di dalam penulisan moden sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali itu sebagai Negara SiamenIa salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . 



Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti  yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . 



Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'ansudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. 



Bangsa Sian ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari  4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Sian Lama ini sebagai ibunegara mereka.

BUNGA TERATAI DI KUBAH MASJID XIAN YANG MERUPAKAN SIMBOL MELAYU TUA KEKHALIFAHAN SHAH ALAM KESULTANAN KEDAH PASAI MA

Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai ribuan artifak yang berharga di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang. Di Xian dasar buminya terdapat juga beribu artifak purba, antaranya ialah Patung Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai Panglima Terakota. 


Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud  Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam bahasa  Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’  dan ‘Na’ ialah Datuk. Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus. 


Tai Zhong yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi dan seorang sahabat besar nabi s.a.w. sesudah beriman telah membina Masjid Raya Xian yang sangat besar dan unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arsitektur paling indah di dunia. 


Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai salah satu bangunan bersejarah terpenting di China. Ia mempunyai halaman berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai keluasan lebih dari 6.000 m2. 


Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang dari Timur ke Barat. Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ. Dari Kota Xian ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun, Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China. 


Selain berdakwah mereka juga bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat. Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah satu jejak asas aktifitas dakwah mereka. 


Kerajaan China selepas kematian Mao Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula  sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah. Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada sejarah zaman purbanya. 

PETA PENGHIJRAHAN PENAKLUK EMPAYAR PARSI SAAD BIN ABI WAQAS, USMAN BIN AFFAN DAN PARA SAHABAT R.HU KE HABSYAH YANG BETUL-BETUL BERHADAPAN LAUT MERAH TEMPAT SAUDAGAR-SAUDAGAR ARAB MEMBAWA BARANG-BARANG PERNIAGAAN MEREKA DAN EMPAYAR ROM KE CHINA

Selepas menerima Islam,  China mengalami zaman emasnya iaitu selepas ia menerima agama Islam dengan jujur dan saksama di dalam kehidupan rakyatnya. China terus menjadi salah satu daripada tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan kesenian. 


Zaman Dinasti Tang adalah zaman permulaan keemasan China dengan budaya kosmopolitan yang hebat dan ianya berlarutan daripada kurun ke 7 sehinggalah kurun ke 14 masihi. Peristiwa pengislaman Negara China berlaku dalam 3 peringkat dan ianya merupakan satu rahmat kepada dunia di sebelah timur dan pengislaman masyarakat China di dahului oleh bangsa Melayu Tua. Mari kita perhatikan kronologi ini…

Tahap Pertama :

Semasa peristiwa penghijrahan pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda s.a.w.  berhijrah. 


Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha  anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya r.hum ajmain. 


Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk Saad bin Abi Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau Ethopia  mengikut rombongan kapal-kapal yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China (Canton) sebelum pulang ke pangkuan nabi s.a.w.  pada tahun 631 masihi, untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. 


Beliau dan rombongan beserta Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan 300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam Hanif Ibrahim a.s. Di negeri (Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China. 


Agama Islam yang kita sangka di anuti oleh orang China dahulu sebelum bangsa Melayu sebenarnya di anuti dahulu oleh bangsa Melayu kerana mereka mempunyai Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan Pulau Langkawi Ulu Malaka.  Ini merupakan jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini. 


DI DINDING RUMAH ANA TERMAKTUB KALIGRAFI CHINA ‘ HUBBUL WATAN MINAL IMAN ‘ HASIL KARYA TOKOH KHAT TERKENAL CHINA YANG BERNAMA ABDUL HAKIM


Setelah berjaya sampai di daratan China, Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat r.hum menyebarkan Islam kepada masyarakat di Zaitun Guangzhou bersama-sama orang Melayu yang beragama Islam dengan gigihnya. Bangsa Melayu di China ini ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan di kenali dengan gelaran “Hui-Hui” ,  “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu campuran Arab-Parsi. 


Puak-puak Melayu campuran ini pula bergabung dengan puak-puak China yang telah beriman seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ini menjadikan ilmu mempertahankan diri atau Ilmu Persilatan Melayu di China dikenali sebagai “Kuntau Wushu” atau silat Gayong. 


Kelompok Melayu dan orang-orang Islam yang lainnya telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa gelaran lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man. Ini berlaku pada masa pemerintahan Dinasti Sui berkuasa (581 M – 618 M). Pelabuhan Zaitun atau Canton selepas itu menjadi salah satu pusat perkembangan Islam. 


Bandaraya Zaitun juga ramai dikunjungi penziarah Muslim dari Arab sekarang ini kerana wujudnya makam suci dua orang sahabat Rasullullah s.a.w. di situ. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su. Sekarang ini terdapat lebih kurang 10 ribu makam orang Arab dengan nama keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. 


Turut di hiasi di makam-makam ini tulisan huruf Cina dan Arab. Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Dinasti Tang di kuasai oleh orang Islam. Semasa berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Islam di China oleh Jeneral An Lu-Shan ianya telah dapat di patahkan dengan bantuan tentera Islam “Kuntau Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam . 


Kumpulan Melayu ini yang raja mereka di Nusantara akhirnya terpilih segagai Khalifah Amirul Mukminin Kota Star di gelar oleh orang tempatan sebagai para pendekar “Semutar Hitam”. Pihak kerajaan berjaya menawan kembali Bandar Kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan dari kumpulan para pendekar “Semutar Hitam” ini.

No comments: