Saturday, 31 January 2015

PENGKHIANAT NEGARA WAJIB DIHUKUM MATI!!!




TONG KOOI ONG DALAM CUBAAN MEROMPAK BANK NEGARA MELALUI SPEKULASI MATA WANG!!!

TKO header

Nilai kejatuhan Ringgit Malaysia (RM) berbanding USD ketika ini sedang dimanipulasikan sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab. Ketika ini, Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memantau seorang individu bernama Tong Kooi Ong yang merupakan pemilik kepada syarikat The Edge dan The Malaysian Insider. 


Urus niaga pertama berlaku pada bulan Ogos 2014 dan kedudukan pendek seterusnya telah berlarutan hingga Januari 2015.
Tong Kooi Ong yang sebelum ini merupakan seorang broker saham, penganalisis kewangan dan juga merupakan antara individu yang betanggung jawab menubuhkan Phileo Allied Berhad yang ketika ini merupakan kumpulan perbankan kewangan yang paling berjaya dan inovatif pada era 90-an. Phileo Allied Bank kemudian diambil alih dan bergabung dengan Maybank pada tahun 2000.
Bagaimana Tong Kooi Ong Memanipulasikan Ringgit Malaysia?
Tong Kooi Ong telah melakukan pinjaman sebanyak RM4.48 Billion. Beliau kemudian membeli USD di Malaysia menggunakan pinjaman tersebut melalui proksi beliau di Hong Kong dan New York. 
Media yang dikuasainya kemudian memomokkan bahawa nilai Ringgit Malaysia semakin hari semakin teruk. Apabila nilai USD semakin meningkat maka beliau akan tukar kembali dalam bentuk RM untuk membayar semula pinjaman RM4.48 Billion tersebut.
Kegiatan yang dilakukan oleh Tong dikenali di dalam dunia pelaburan sebagai ‘short position’.
‘Short position’ mengikut definisi adalah penjualan kepada pinjaman sesuatu komoditi, matawang dengan jangkaan ia akan jatuh nilainya.
Sebagai contoh, A tidak mempunyai sebarang modal. A meminjam daripada B sejumlah aset bernilai RM100,000. A kemudian menjual aset tersebut kepada pasaran terbuka dengan harga RM90,000. 
Untuk sekian tempoh, nilai aset tersebut jatuh kepada harga RM60,000. A kemudian beli semula aset tersebut daripada pasaran terbuka dengan nilai RM60,000. A kemudian mengembalikan pinjaman aset tersebut kepada B dengan nilai RM60,000. A berjaya memperoleh keuntungan RM30,000 tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Apabila matawang tersebut sedang mengalami penurunan nilai, bank pusat akan mengeluarkan rizab untuk mengimbangi matawang sendiri berbanding nilai matawang yang paling aktif diurusniagakan.
Di dalam senario Malaysia, apabila nilai RM jatuh berbanding USD, BNM akan membeli lebih banyak RM dengan menggunakan rizab USD yang dimiliki BNM.
Spekulator yang ingin mengeksploitasi situasi ini akan mengambil pinjaman di Malaysia ataupun menukarkan simpanan RM mereka dengan USD. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa bank pusat akan kehabisan USD dengan melambakkan RM di pasaran. Akhirnya, bank pusat tidak mampu untuk mengimbangi pasaran matawang dan RM akan jatuh dengan teruk.
Pelabur yang mengambil pinjaman dari Bank akan membayar semula pinjaman mereka dengan menukar wang yang dipinjam itu kepada RM semula. 
Keuntungan berjaya diperoleh atas nilai USD yang tinggi berbanding RM. Memandangkan pinjaman dilakukan dalam bentuk RM, maka pembayaran semula juga dalam bentuk RM.
Tong Kooi Ong Dan Empayar Media Miliknya
Dengan akses media yang dikuasainya yang meliputi siaran radio, cetakan dan media online, Tong Kooi Ong berupaya untuk mempengaruhi sentimen awam melalui sebaran massa tentang artikel-artikel yang mencipta keraguan tentang kedudukan matarang Ringgit Malaysia.
Insider newsSelepas membaca tajuk-tajuk berita daripada The Malaysian Insider yang menggambarkan kejatuhan RM yang sangat teruk, adakah pelabur-pelabur, pemilik syarikat antarabangsa dan lain-lain akan menyimpan matawang Ringgit Malaysia?
Perlu diberikan perhatian bahawa dalam usaha untuk menjatuhkan matawang Ringgit Malaysia, BNM perlu ditekan rizab mereka sehingga mencapai tahap maksima. 
Empayar media sudah tentu menjadi saluran yang terbaik untuk memburukkan lagi persepsi terhadap RM secara efektif.
Dengan mengambil kira kepentingan kewangan peribadi dan juga penguasaan terhadap media seperti yang dimiliki oleh Tong Kooi Ong, ini akan mengakibatkan negara Malaysia mengalami inflasi yang sangat teruk dan yang terkesan adalah rakyat Malaysia sendiri.
Perbuatan-perbuatan yang tidak patriotik membuat jualan singkat ditambah pula dengan penyebaran media akan membawa Malaysia ke dalam kemelesetan yang menyebabkan penderitaan yang tidak terperi untuk kebanyakan rakyat biasa pada masa yang sama memenuhkan poket beberapa individu lain.
Untuk memberikan pembaca pemahaman yang lebih baik bagaimana pelabur membuat wang melalui jualan singkat (short selling) mari kita lihat 2 kajian kes diikuti dengan perbandingan bagaimana perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia-bersambung.

1 comment:

Anonymous said...

Beliau perlu ditangkap, pengkhianat.... hukumannya apa?