Gambar Juruterbang Ukraine Yang Didakwa Menembak Jatuh MH17 Didedah.
DALANG disebalik tragedi nahas pesawat MH17
yang mengorbankan kesemua 298 penumpang
dan anak kapal masih belum terjawab meskipun
spekulasi terus tersebar dengan pelbagai dakwaan
tertentu.
Terbaharu, pemberontak pro-Rusia bertindak
mendedahkan buat pertama kalinya foto dan
identiti juruterbang Ukraine yang dituduh
sebagai individu bertanggungjawab menembak
jatuh pesawat milik Malaysia Airlines MH17.
Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia juga telah
menggesa dan meminta suspek, Kapten Vladislav
Voloshin menjalani ujian poligraf (mengesan penipuan)
dan sesi soal siasat rasmi dengan badan siasatan yang
setaraf dengan FBI ini.
Penglibatan Voloshin dalam tragedi nahas pesawat
tersebut didedahkan selepas seorang ‘saksi rahsia’
tampil dalam sebuah rancangan temu bual, ‘Malaysian
Boeng case’.
Lebih mengejutkan, saksi telah mendedahkan secara
terperinci perihal insiden berkenaan, termasuk
mengenai juruterbang itu merungut berkaitan sebuah
‘pesawat’ (dipercayai sebagai MH17) ‘berada di tempat
dan masa yang salah’.
Kenyataan saksi tersebut dipercayai boleh diterima
pakai selepas lulus menjalani ujian poligraf oleh
Jawatankuasa Siasatan yang diketuai Alexander
Bastrykin.
Namun Voloshin menafikan kepada pihak atasan
yang dia bertanggungjawab dalam insiden nahas itu.
Portal Mail Online melaporkan, Ukraine pula dilihat
terus menyalahkan Rusia dan menuduh ini adalah
propaganda yang dicipta bagi menyalahkan
juruterbang mereka.
3 comments:
Tak pasal2 mamat ni glamer.
Apa crita kotak hitam?
Kotak hitam Kpalterbang Indonesia di buka di negara sendiri.
Kotak hitam negara Bee nd?
apa bodoh dan bangang sanggat ni ? bukankah kotak hitam tu dah diambil oleh malaysia ? siap masuk tv dan paper ...
hdodh jijik betul la minda beruk pakatan samseng ni .
akal separuh tiang biasalah!itulah akibatnya memperdagangkan agama Allah bayar tunai dah jadi pak tuurut bengong!
Post a Comment