ANWAR IBRAHIM BERI ALASAN TIADA PENERBANGAN BALIK PUNCA DATANG LEWAT MELAWAT MANGSA BANJIR!
by wirakenyalang.
Hanya selepas banjir surut, baharu nampak kelibat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Kelantan.
Tanpa rasa malu, Anwar terus berucap dengan menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir.
Hebat ucapan Anwar sehingga tiada rasa bersalah berikutan ketiadaannya semasa rakyat Kelantan khususnya penyokong PAS dan PKR yang menjadi mangsa banjir.
Mereka yang terlalu taksub dengan Anwar dan pembangkang tidak mahu menerima sumbangan bantuan yang diberikan kerajaan BN kononnya tidak elok.
Tetapi, apakah mereka ini tidak sedar bahawa pemimpin pembangkang yang selama ini dipuja dan dijadikan model telah menghilang dan melarikan diri ke luar negara.
Yang pasti, yang nampak ketika rakyat dilanda musibah banjir ialah pemimpin kerajaan BN dan beberapa NGO pro kerajaan termasuklah komponen BN.
Muka dan wajah pemimpin PAS, PKR dan DAP yang lain pun tidak kelihatan. Jika ada sekalipun, semuanya hanya untuk ambil gambar kononnya mereka hulurkan bantuan.
Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat.
“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.
“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.
Bagus pula alasan yang Anwar beri kenapa beliau lambat balik ke Malaysia? Alasan itu tidak masuk akal dan sebagai pemimpin pembangkang beliau akan berusaha untuk cari jalan pulang segera ke Malaysia.
Kalau tidak silap, Anwar ada mempunyai jet yang sebelum ini pernah digunakan untuk pergi balik ke Sabah dan Sarawak?
2 comments:
Kah2x. Ini membuktikan jet tu bukan dia punya...
Dia ni akan terus memberi semangat untuk menjatuhkan bee end yang suka habiskan duit. banjir dah berpuluh2 tahun sejak merdeka tahun masih berulang masih tak tahu nak selesai...
ayat orang yang menidakkan kuasa Allah.ayat orang yang tergelincir akidah kerana cacat rukun imannya yang tidak percayakan qada' dan qadar Allah! ayat orang yang memuja umat nabi lut!
Post a Comment