Ismail Sabri tidak sebodoh Presiden MCA yang menyerang secara terbuka.
Lokasi : Riverside, PWTC, Kuala Lumpur
Acara : Himpunan solidariti bersama Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh : 3/2/2015
Kira-kira 200 orang yang kebanyakan nya Pemuda UMNO telah
berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia, Ismail Sabri yang berhadapan
dengan back-lash dari kepimpinan MCA. Ianya berhubung saranan
beliau untuk memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga
barang walaupun harga minyak sudah turun.
+++++++++++++++++++++++
KENYATAAN AKHBAR MANTAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Kami merujuk kepada isu komen saudara YB Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli
Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia di laman FB dan media social
mengenai Isu Harga Barangan yang telah dipolemikkan dengan
hangat sejak tiga hari lalu.
Kami, mantan-mantan Pemuda Umno Malaysia berasa terpanggil
untuk membicarakan hal ini disebabkan Saudara YB DS Ismail
adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-
sama demi agama, bangsa dan Negara.
Ketika bergiat di dalam Pergerakan Pemuda Umno, beliau telah
memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda
Umno Bahagian Temerloh dan Exco Pergerakan Pemuda Umno
peringkat nasional.
Sehubungan itu, kami bukan saja sangat kesal tetapi berasa amat
marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan
terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti
MCA termasuk Ketua Pergerakan Pemudanya.
Kami menganggap kenyataan-kenyataan tersebut sebagai BODOH,
BIADAP dan TERSASAR!Bodoh kerana kenyataan beliau tersebut
bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan
yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.
Inilah intipati perjuangan YB Saudara Ismail Sabri yang kami kenali
selama ini!Apatah lagi bagi parti MCA yang survival politik kepimpinan
nya hari ini terlampau banyak bergantung kepada ehsan penyokong dan
pemimpin parti UMNO., serta orang-orang Melayu.
Maka kami sama sekali tidak dapat menerima apabila dalam isu ini
Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula dengan parti
pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada
Umno dan Barisan Nasional!
Pada hemat kami, sudah terang lagi bersuluh – wajah sebenar MCA
dan para pemimpinnya dalam konteks hubungan sesama parti komponan
BN kini amat terserlah.Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di
akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadang
kala lebih chauvinist daripada parti-parti pembangkang.
Hal ini sekali lagi tertonjol dengan kebiadapan Ketua Pemuda MCA,
bila mana beliau mempersoalkan kesesuaian Saudara YB DS Ismail
Sabri sebagai seorang anggota dalam Jemaah Menteri!!!
Pelantikan Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri!!!SIAPA dan
kedudukan MCA sebagai parti komponen yang tidak banyak menyumbang
kepada kekuatan BN harus dikaji semula.
++++++++++++++++++++++++++++++
Ismail Sabri tidak akan minta maaf atau tarik balik seruan untuk
pengguna memboikot barangan peniaga Cina yang berdegil enggan
menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun.
1 comment:
MCA sedar Melayu dlm amano tak tahu buat kerja.
Patutnya tugas menteri2 be end kawal harga atau bincang dengan peniaga2 cara kawal harga atau buat apa2 sistem adil kawal harga.
Sekarang menteri2 yg x tahu nak buat apa SURUH PULAK rakyat melayu buat kerja.
Kerja boikot.
Udahlah pekerjaan Melayu skrang kerja guard, cuci sampah, kerja kat pusat serenti, kerja merempit, kerja crita seks dll. (Bukan menghina. Keadaaan negara yg antaranya menyebabkan Melayu jadi gitu)
Kalau setakat suruh orang boikot nak selesai masalah, baik tak usah jadi menteri.
Eloklah MCA join DAP dan kuatkan Pakatan. Kasi Melayu pakatan pula try ketuai pemerintahan.
Post a Comment