Tuesday, 3 February 2015

Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz!!!







Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. So dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa aje yang ingin menikahinya dengan syarat:


1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. 
Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka itu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macam mana nak puasa setahun?"

"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kahwin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yang isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
Pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. 
"Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,
,
" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah".
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi tersenyum.

"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.
Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

Dia terus menyambung,
"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. 
Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun.
 "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..

*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendapatkannye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah Islam Itu Indah.
Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan untuk saya dan seluruh ummat beramal dengan nya...

2 comments:

Anonymous said...

Kita bukan antara 10 Sahabat di jamin Syurga,
Tp baca Ayatul Kursi setiap kali lepas solat fardhu, insyaAllah tiada yg memisahkan kita dr Syurga selain maut.
Baca Surah AtTakasur setiap malam, insyaAllah bertemu Allah swt dlm keadaan senyum.

ron said...

oops kompius sikit.. Yang memisahkan kita dengan syurga adalah hidup kita sekarang di dunia. Mautlah yg mendekatkan kita selangkah, alam barzah dulu sebelum kiamat dan kehidupan abadi di syurga