Tuesday, 24 February 2015

FOTO PM NAJIB RAZAK & SIRUL AZHAR DISEBAR OLEH PRO-PEMBANGKANG !!

DARI BLOG MiM


Sejak kelmarin, media sosial pro-pembangkang telah menyebarkan satu foto di atas.

So?

MiM percaya bahawa sesiapa pun mahu bergambar dengan Perdana Menteri termasuk Sirul Azhar. Maka, tiada isu pun apabila foto di atas disebar oleh pro-pembangkang. MiM pun pernah bergambar dengan DS Najib Razak.


Kita dapat mengagak motif mereka menyebarkan foto tetapi malangnya, tindakan mereka itu jelas menunjukkan betapa terdesaknya pihak pembangkang yang masih mahu menabur fitnah dengan mengaitkan DS Najib Razak dengan kematian Al-Tantuya.



Bukan sahaja fakta di dalam Mahkamah telah menafikan sebarang penglibatan DS Najib Razak dan isteri, malah beberapa penjelasan yang diberikan oleh individu-individu yang berlainan juga telah menafikan sebarang kaitan di antara Najib Razak dan Al-Tantuya.





Peguam Americk Sidhu.yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam telah menerangkan:

"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Kita jangan lupa bahawa pemimpin Pakatan pembangkang pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.


Begitu juga dengan pendedahan oleh bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat:


Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, Anwar sering mengaitkan Najib dengan kes itu dalam siri ceramah politiknya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. 
Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang. 
"Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali. seterusnya

Malah, propaganda kotor jahat yang kerap digunakan pihak pembangkang berhubung pembunuhan Altantuya dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara turut dinafikan sekeras-kerasnya oleh arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl.


Antara lain, beliau mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu. Beliau juga bersedia bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka sedang memuktamadkan perjanjian.seterusnya


Pokoknya, modus operandi pro-pembangkang yang mengedarkan foto DS Najib Razak dan Sirul Azhar ini akan menyebabkan rakyat bertambah muak dengan fitnah jijik Pembangkang ini. 


Sudahlah terbukti memfitnah, pembangkang langsung tidak meminta maaf kerana telah berbohong kepada rakyat selama ini. 


Kita tunggu dan lihat, berapa banyak lagi media pro-pembangkang yang akan memperbodohkan diri mereka dengan memainkan foto ini. SorosKini MalaysiaKini ? Malaysian Insider?


Satu lagi persoalan besar, apakah foto ini merupakan salah satu daripada konspirasi terbaru politik yang diskripkan untuk Sirul Azhar yang berada di Australia? 

No comments: