Wednesday, 4 February 2015

Ismail Sabri Tidak Sebodoh Presiden MCA.Kedudukan MCA Sebagai Parti Komponen BN Perlu Dikaji Semula!!!



Ismail Sabri tidak sebodoh Presiden MCA yang menyerang secara terbuka.

Lokasi : Riverside, PWTC, Kuala Lumpur
Acara : Himpunan solidariti bersama Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh : 3/2/2015

Kira-kira 200 orang yang kebanyakan nya Pemuda UMNO telah 
berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian 
dan Industri Asas Tani Malaysia, Ismail Sabri yang berhadapan 
dengan back-lash dari kepimpinan MCA. Ianya berhubung saranan 
beliau untuk memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga 
barang walaupun harga minyak sudah turun. 

+++++++++++++++++++++++

KENYATAAN AKHBAR MANTAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Kami merujuk kepada isu komen saudara YB Datuk Seri Ismail 
Sabri Yaakob,  Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli 
Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia di laman FB dan media social 
mengenai Isu Harga Barangan yang telah dipolemikkan dengan 
hangat sejak tiga hari lalu.

Kami, mantan-mantan Pemuda Umno Malaysia berasa terpanggil 
untuk membicarakan hal ini disebabkan Saudara YB DS Ismail 
adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-
sama demi agama, bangsa dan Negara.

Ketika bergiat di dalam Pergerakan Pemuda Umno, beliau telah 
memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda 
Umno Bahagian Temerloh dan Exco Pergerakan Pemuda Umno 
peringkat nasional.

Sehubungan itu, kami bukan saja sangat kesal tetapi berasa amat 
marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan 
terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti 
MCA termasuk Ketua Pergerakan Pemudanya.

Kami menganggap kenyataan-kenyataan tersebut sebagai BODOH, 
BIADAP dan TERSASAR!Bodoh kerana kenyataan beliau tersebut 
bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan 
yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.

Inilah intipati perjuangan YB Saudara Ismail Sabri yang kami kenali 
selama ini!Apatah lagi  bagi parti MCA yang survival politik kepimpinan
nya  hari ini terlampau banyak bergantung kepada ehsan penyokong dan 
pemimpin parti UMNO., serta orang-orang Melayu.

Maka kami sama sekali tidak dapat menerima apabila dalam isu ini 
Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula dengan parti 
pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada 
Umno dan Barisan Nasional!

Pada hemat kami, sudah terang lagi bersuluh – wajah sebenar MCA 
dan para pemimpinnya dalam konteks hubungan sesama parti komponan 
BN kini amat terserlah.Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di 
akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadang 
kala lebih chauvinist  daripada parti-parti pembangkang.

Hal ini sekali lagi tertonjol dengan kebiadapan Ketua Pemuda MCA, 
bila mana beliau mempersoalkan kesesuaian Saudara YB DS Ismail 
Sabri sebagai seorang anggota dalam Jemaah Menteri!!!

Pelantikan Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri!!!SIAPA dan 
APA HAK Ketua Pemuda MCA untuk mempertikainya!!!Sebaliknya,  
kedudukan MCA sebagai parti komponen yang tidak banyak menyumbang 
kepada kekuatan BN harus  dikaji semula.


++++++++++++++++++++++++++++++

Ismail Sabri tidak akan minta maaf atau tarik balik seruan untuk 
pengguna memboikot barangan peniaga Cina yang berdegil enggan 
menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun.






1 comment:

Anonymous said...

MCA sedar Melayu dlm amano tak tahu buat kerja.

Patutnya tugas menteri2 be end kawal harga atau bincang dengan peniaga2 cara kawal harga atau buat apa2 sistem adil kawal harga.

Sekarang menteri2 yg x tahu nak buat apa SURUH PULAK rakyat melayu buat kerja.

Kerja boikot.

Udahlah pekerjaan Melayu skrang kerja guard, cuci sampah, kerja kat pusat serenti, kerja merempit, kerja crita seks dll. (Bukan menghina. Keadaaan negara yg antaranya menyebabkan Melayu jadi gitu)

Kalau setakat suruh orang boikot nak selesai masalah, baik tak usah jadi menteri.

Eloklah MCA join DAP dan kuatkan Pakatan. Kasi Melayu pakatan pula try ketuai pemerintahan.