Thursday, 19 February 2015

KES LIWAT ANWAR KONSPIRASI PEMBANGKANG YANG DIDALANGI KARPAL SINGH!!!

BONGKAR! SIAPA SEBENARNYA YANG TAHU 
SAMADA ANWAR KAKI LIWAT] ... 



KARPAL SINGH DAH RANCANG ANWAR MASUK SUPAYA DAP KUAT. 

SIAPA SEBENARNYA YANG ANWAR DIPENJARA? 

Pendedahan pertama kali salahlaku liwat Anwar 
Ibrahim bukanlah didedahkan oleh mantan 
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.  Sebagai 
seorang mentor dan guru politik kepada Anwar 
Ibrahim, Dr. Mahathir tidak sesekali akan mudah 
mempercayai dan menelan bulat-bulat fitnah 
pembangkang terhadap Anwar Ibrahim. 

Berdasarkan hansard Parlimen Malaysia pada 
1997, mendiang Karpal Singh merupakan orang 
pertama yang menyatakan bahawa beliau 
mempunyai bukti bahawa Anwar telah meliwat 
pemandu peribadi isterinya, Azizan Ahmad. 



Saya suruh dia bertaubat dia degil 

Hj. Mohamed Sabu yang ketika itu merupakan 
ayam tambatan parti PAS dengan bangga 
mencanangkan ke seluruh negara dan memberi 
gelaran yang cukup jijik kepada Anwar Ibrahim. 

Justeru itu, apabila pelbagai bukti dan siasatan 
telah dijalankan, Dr. Mahathir kemudiannya telah 
memanggil satu mesyuarat Majlis Tertinggi dan 
mahu supaya Anwar Ibrahim membela diri serta 
memberi penjelasan terhadap salah laku moral 
beliau. 

Disaksikan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi 
UMNO, Anwar tidak membela diri dan 
membersihkan nama baik beliau, sebaliknya 
telah memaki hamun Presiden UMNO dan 
ahli Majlis Tertinggi yang lain. 

Kegagalan membela diri mengakibatkan beliau 
dipecat dari UMNO dan akhirnya kerajaan pada 
2 September 1998. Pemecatan ini membuka 
laluan kerjasama politik dengan para pemimpin 
pembangkang yang pernah membuat tuduhan 
bahawa beliau merupakan seorang peliwat. 

Mengimbas kerjasama dan pembelaan ini pada 
peringkat awalnya, ramai para pemimpin PAS 
tidak bersetuju cara UMNO mengaibkan Anwar 
Ibrahim dan bukannya kerana mereka tidak 
percaya bahawa jenayah liwat tersebut benar
-benar telah berlaku. 

Tambahan pula pendedahan Wikileaks secara 
jelas membuktikan pandangan-pandangan 
beberapa pemimpin dunia lain seperti Singapura 
dan Australia percaya bahawa kegiatan 
homoseksual dan Anwar sememangnya 
tidak dapat dipisahkan. 

Implikasi dari pemecatan tersebut telah 
menyebabkan beliau mengadakan 'road show' 
ke seluruh Malaysia dan pada akhirnya ditangkap 
dalam suatu peristiwa yang dikenali sebagai 
'The Black 14'. 

Penangkapan beliau membawa kepada 
pendakwaan mahkamah dan dipenjarakan 
selama 6 tahun. Bebas dari hukuman penjara, 
beliau sekali lagi mengulangi kegiatan tersebut 
dan mangsanya merupakan seorang staff dan 
pembantu beliau sendiri, Mohd Saiful Bukhari 
Azlan. 


Sengaja dikata untuk perangkap 

Sepanjang 7 tahun perbicaraan kes liwat 2 ini, 
penulis mendapati wujud keterangan yang 
konsisten di pihak Peguambela yang diketuai 
oleh mendiang Karpal Singh bahawa aktiviti 
liwat tersebut benar-benar telah berlaku. 

Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Ketua 
Pasukan Pembelaan, Gopal Sri Ram di dalam 
perbicaraan di peringkat Mahkamah Persekutuan. 
Di Barat, suka sama suka tidak salah 




Umum mengetahui bahawa mendiang Karpal 
Singh dan barisan peguambela Anwar yang lain 
merupakan tokoh-tokoh dan pemimpin kanan 
parti DAP. Apakah mereka sengaja merancang 
secara sistematik supaya Anwar didapati 
bersalah dan dipenjarakan? 

Apakah mereka mahu rakyat Malaysia tahu 
bahawa pemimpin Melayu Islam sememang
nya tidak dapat dipisahkan dari salah laku 
seks? Sama-sama kita nilaikan. 
Selangor Chronicle .



Tanya balik siapa peguam Anwar ... mula-mula 
Karpal Singh hingga dia mati tapi tiga anaknya 
terlibat , Gobind, Ram Karpal dan Sangeet Kaur. 
Mungkinkah memang mereka sabotaj untuk 
Anwar masuk .... 




Pastinya pas mahu Anwar masuk penjara dan 
DAP pun mahu tapi tak cakap. 

Senyum gumbira dalam diam Lim KiT Siang 
lihat kedatangan yang sokongan yang pasti 
bantu DAP Hanya Karpal yang berterus terang. 
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments: