CATATAN SRIKANDI
Di sini,Srikandi nak tunjukkan satu lukisan kuno yang menggambarkan seekor ular laut yang besar.Ular besar ini adalah lambang kepada seorang raja yang pernah memerintah Asia Tenggara beribu tahun dahulu.
Kisah pelayaran bertemu raja ini tersebut dalam kesusasteraan Mesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan 'Tale of the Shipwrecked Sailor',di mana pengembara dari Mesir Purba telah bertemu dengan raja ular ini.
Raja ini ketawa mendengar kata-kata orang Mesir itu yang menawarkan hadiah berupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahu bahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.
Si empunya peti telah mengajarkan kepada daku hikayat dari The Egyptian Book of Dead,tulisan-tulisan hiroglif yang menceritakan seorang raja bernama Hari.Raja ini mempunyai perdagangan maritim antara timur barat dan terkenal dengan perdagangan emas dan kemenyan.Empayarnya dikenali sebagai The King's Mines (Lombong raja) oleh penguasa Mesir Purba yang terkemudian.
Daku pada mulanya sangsi dengan semua ini.Namun rahsia tentang raja ular itu sebenarnya terpelihara dari mulut ke mulut,memakan masa beribu-ribu tahun,oleh pelbagai etnik dan bangsa yang bersilihganti.Jadi Srikandi telah menemui kunci bagi masalah ini,yang tersembunyi dalam riwayat Kaundinya dan Soma,atau Mera...anak kepada raja ular itu!
Ini memerlukan Srikandi membaca riwayat purba Khmer,dan rekod dari Champa di Myson,Vietnam.Namun Srikandi telah menemui satu keganjilan dalam riwayat Mera ini.Keganjilan ini adalah sesuatu yang pelik dan ini memandu Srikandi kepada khazanah yang lebih bernilai dari The King Solomon's Mines.Srikandi telah berjumpa lombong wangian kepunyaan The King of Serpent yang mengetawakan kekayaan raja Mesir Purba yang tidak setanding dengannya.
The Naga King's Daughter telah memberitahu daku siapakah Merong dan jalan ke King's Mines.
The Bloodline of Naga King's Daughter
(....she lives in a house on earth because the Nagas would die from the constants presence in the underworld.Preah Thong marries her.From Indra she received her son,Keto Mala...)
-Sejarah Diraja Khmer,terjemahan oleh Moura 1883
Benang-benang merah antara riwayat Khmer dengan sejarah bangsa Melayu akan dapat diketahui jika kita bijak 'read between the lines' sebagaimana membaca Hikayat Merong Mahawangsa.
Hikayat ini mesti dibaca bersama-sama Riwayat Diraja Khmer,atau kodeks-kodeks Mon purba yang kini telah disalin ke bahasa Thai era Klasik.Sejarah bangsa Melayu di Indochina amat tua,setanding dengan misteri sejarah Melayu di Borneo.
Beberapa rahsia akan dapat diketahui dengan berpandukan riwayat Khmer dan batu bersurat yang dipahat oleh raja-raja Cham.Apabila kita dapat memecahkan kod-kod di dalam riwayat-riwayat ini,kita akan dapat mengetahui siapakah The King of Serpent yang dicatat oleh pencatat istana Mesir Purba sebagaimana yang dicatat dalam Ameni-amenna Codex.
Rahsia pertama yang kita cuba untuk membongkarnya,ialah mengapa di dalam tradisi Khmer mengaitkan pengasas kepada Funan ialah anak perempuan kepada 'King of Serpent'.Juga kisah 'King of Serpent' juga tercatat di tempat suci Cham di Myson.
Kebetulan?Apakah rahsia yang sebenarnya cuba untuk dijelaskan di sini?Di dalam riwayat Khmer juga ada diberitahu,ketika Kaundinya (bapa bangsa Khmer) tiba Indochina,'Cham King' atau raja Cham sudah lama bertapak dan memiliki wilayah yang luas di Indochina.
Finot(1911,31) yang memetik dari rekod diraja Khmer:
Adityavamsa, king of Indraprastha, is discontented with one of hissons, Prah Thong, and expels him from his kingdom. The
prince arrives at Kouk Thlok, where a Cham ruler reigns.
The prince usurps the throne. One day, the tide comes up
sooner than expectedand the prince has to pass the night on a sandbank. A nigi of great beauty comes to play on the beach. Prah Thong falls in love with her and obtains her consent to marriage. The king of the nagas, her father, enlarges the land area by drinking the water that covers the land, builds him a capital, and changes the name ofthe land to Kambuja.
Di sini kita tahu bahawa nama 'Cham' muncul dalam terjemahan Finot dari rekod asal Khmer itu.Ini bermakna,dalam sejarah Khmer,orang Cham tidak mampu diketepikan sama sekali dan jika dalam sejarah Khmer (Khmer Annals) sendiri mengaku bahawa sebelum kewujudan bangsa Khmer,bangsa Cham telah lama wujud di Inddochina (KokThlok).
Persoalannya,mengapa kita mesti merujuk kepada 'Khmer' dan 'Cham' untuk menjejak sejarah bangsa Melayu?
Hubungan Antabangsa
Jika kita membaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu,SL) kita akan mendapati bahawa karya sejarah itu banyak menyebutkan beberapa kerajaan di sekeliling Melaka.Ya,SL adalah rekod sejarah yang ditulis untuk menceritakan tentang Melaka,sebuah negarakota-pelabuhan (seaport) yang pengaruhnya mengawal wilayah dari Singapura hingga Patani,dan sebahagian Sumatera.
SL seakan-akan kodeks atau rekod sebuah dinasti sepertimana dinasti-dinasti China dan sesungguhnya SL adalah karya yang amat berharga dan penting sekali bagi bangsa Melayu khususnya dan rumpun Nusantara/Austronesia amnya.
SL juga seperti Kakawin Negarakertagama,iaitu himpunan puisi yang menceritakan tentang Majapahit.Pendek kata SL adalah rekod tentang Kesultanan Melaka.Sebab itu,SL kerap dijadikan rujukan kepada sejarah bangsa Melayu dan ini mendatangkan satu kesan negatif,iaitu menyangka bahawa sejarah Melayu hanya bermula di Melaka.
Mujurlah,sebuah 'federation' yang wujud di Segenting Kra hingga ke Kedah,iaitu Langkasuka,telah berjaya menyimpan sejarah orang Melayu di utara di dalam satu prosa sejarah agung,iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.
Apa yang ingin ditekankan di sini,sejarah Melayu tidak boleh tidak pasti akan menyebutkan tentang hubungan antarabangsa mereka.Ini adalah WAJIB dalam karya-karya Melayu.Ini kerana,bangsa Melayu adalah pengembara,pelayar dan pedagang pada masa silam.Adalah pelik,jika kita mengkaji sejarah Melayu tanpa mengambil kira hubungan mereka dengan bangsa-bangsa sekeliling seperti Mon,Khmer, Burma,Dai-Viet,Thai mahupun suku-suku Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Dayak,Aceh,Bugis dan sebagainya.
Juga bangsa-bangsa yang selalu berdagang dengan mereka seperti China,India,Parsi,Arab dan lain-lain.Setiap bangsa yang membuat hubungan dengan satu-satu bangsa lain,pasti akan menyimpan rekod,setidak-tidaknya disebut dalam hikayat mereka.Jadi sekiranya kita mendapati sumber dari rekod sesuatu bangsa amat kurang atau tiada sama sekali,kita boleh mencarinya dari sumber kedua,iaitu rekod asing.
Inilah disiplin sejarah yang betul,namun yang anehnya,ramai sejarahwan Malaysia yang pemalas dan apabila tidak menemui apa-apa dari rekod yang ditulis oleh orang Melayu,maka dia akan berpegang kepada pemikiran 'inferior' nya.Jika dia rajin sedikit,dia akan berpegang kepada sumber penjajah,atau orientalis seperti Raffles untuk menafsir sejarah Melayu.Ini adalah sikap yang mengecewakan.
Jika kita lihat sejarah Eropah,setiap suku-suku Eropah seperti Danish,Frank,Norman,Celt,Druid,Norse,Saxons,Swedish,
Croat dan sebagainya mempunyai rekod sejarah yang saling berhubungkait antara satu sama lain.Ini kerana seperti biasa,bangsa-bangsa yang tinggal berdekatan dalam satu kawasan akan berperang dan berkahwin sesama sendiri.
Ini adalah lumrah.Seperti juga jika kita lihat suku-suku bangsa di benua kecil India,mereka berperang dan membuat hubungan sosial sesama sendiri.Misalnya kerajaan-kerajaan Tamil menyerang orang Sinhala di Sri Lanka seperti Chola dan Pandyan.Juga orang Moghul (clan) yang berkahwin dengan orang Telegu ketika dasar perluasan kuasa ke selatan oleh Aurangzeb.
Juga ketika Persekutuan Maratha ketika menjadi kuasa imperial terakhir India sebelum era British Raj.Ini adalah tabii biasa dalam sejarah manusia.Jadi yang peliknya,dalam buku teks sejarah Malaysia,tidak diterangkan hubungan Melayu dengan Khmer,Burma atau lain-lain.Malahan nama 'Khmer' sendiri adalah janggal kepada kebanyakan kita,mungkin kita selalu memanggil dengan nama 'orang Kemboja'.
Mengapa orang Khmer penting kepada sejarah Melayu?
Credit: John Fung |
Seperti mana kepentingan setiap rekod-rekod imperial China kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu dan Nusantara amnya,begitu juga kepentingan rekod dari manuskrip Khmer kepada kita.Ini kerana terdapat beberapa perkara penting tentang hubungan Melayu-Khmer:
1-pemerintah-pemerintah Angkor ada yang berdarah Melayu
2-kaum kerabat Angkor ada yang menjalinkan perkahwinan dengan Melayu Segenting Kra
3-'Siam Asli' dalam SL merujuk kepada suku-suku Mon-Khmer,bukan Thai
3a-Orang Asli di Malaysia bertutur dalam dua kategori bahasa,Proto-Melayu dan Mon-Khmer,menunjukkan sejarah purba yang kompleks antara Melayu dan Khmer/Mon.
4-panglima dan 'imperial guards' kerajaan Angkor adalah diambil dari kalangan pendekar Melayu
5-banyak pemerintah Angkor yang tinggal di kampung-kampung Melayu atau dibesarkan berdekatan dengan orang Melayu,malah pengasas Angkor,Jayavarman II sendiri dibesarkan di istana Sailendra.
6-Cham,satu bangsa yang bertutur dengan bahasa dan budaya yang mirip dengan Melayu,adalah serumpun dengan Melayu dan mempunyai sejarah panjang dengan Khmer.
Terdapat banyak lagi point penting yang mengaitkan kepentingan Khmer kepada sejarah Melayu dan ini perlu dibuat satu tesis mengenainya.Sebab itu usaha seperti yang dibuat oleh RAC (Akademi Diraja Kemboja) dan pihak-pihak di Malaysia seperti Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah usaha yang tepat.
Ingin dijelaskan di sini,dua kerajaan ini,iaitu raja-raja Thai dan Kemboja mempunyai 'secret vault'nya sendiri yang mempunyai sejarah penting hubungan mereka dengan orang Melayu.Ini yang diberitahu oleh rakan sejawatan kepada penulis (Srikandi) semasa acara oleh RAC itu.
Mengapa Cham?
Kita tahu bahawa Cham adalah satu bangsa yang pernah mempunyai kerajaan yang hebat pada masa lampau,Champa.
Kita boleh bayangkan kebanyakan suku-suku Austronesia mempunyai kerajaan mereka sendiri,seperti orang Sunda mempunyai Tarumanagara dan juga kerajaan Sunda Galuh,hasil penyatuan kerajaan Sunda dan Galuh.
Orang Jawa dengan Majapahit,Singhasari mahupun Demak.Malahan orang Dayak juga mempunyai sejarah Kerajaan Kutai.Begitu juga dengan orang Cham yang menubuhkan kerajaan Champa.
Sejarah tua dari rekod China dan Champa sendiri menyatakan bahawa peperangan antara orang Cham dan dinasti China pada zaman purba (beberapa dekad Sebelum Masehi) di kawasan selatan China (kemungkinan di utara Laos dan Vietnam) sehingga membawa kepada kekalahan tentera China.
Orang Cham juga disebut dalam rekod diraja Khmer ketika permulaan migrasi orang Khmer ke Indochina.
Moura (1883) dan Poree-Maspero (1950) dalam terjemahan mereka dari manuskrip diraja Khmer:
A few months before his death, Buddha arrives at the island Kouk
Thlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kind of lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as the son of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become king of a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era(commonly beginning with Buddha's death in 543 B.c.), the king of the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth, named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.
He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and
himself becomes king. Later he meets the daughter of the nciga
king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean kingdom, after which the nGga king creates a realm on earth for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is named Kampuchea. After nine months a daughter is born.
In the year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with an
army from Laos, but they are beaten back. The daughter of Preah
Thaong and the niiga princess then become pregnant by the god
Indra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace to
be built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist era
Preah Thaong dies.
Kita juga maklum bahawa orang Cham mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayu khasnya,jika kita lihat prasasti antara yang tertua di Indochina (prasasti yang paling tua juga dimiliki oleh Cham) iaitu Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam maka kita boleh lihat bahawa bahasa Melayu adalah 'the ancient language' di Indochina jika para sejarahwan Laos dan Thai menyebutkan Cham sebagai 'the ancient nation'.Dalam Prasasti Dong Yen Chau,dijangka dipahat pada awal abad ke-4:
"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"
Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,
uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini
Dalam kategori linguistik sekalipun,orang Cham adalah serumpun dalam kategori Malayo-Polinesia dan punya kaitan rapat dengan bahasa Aceh.
Ini benar kerana dalam sejarah,keturunan raja Acheh adalah berasal dari anak raja Cham,di mana ia dicatatkan di dalam SL sebagai Syah Pau Ling.Dipercayai Syah Pau Ling inilah raja Acheh yang pertama,iaitu Ali Mughayat Syah yang terkenal amat bijak dalam seni peperangan sehingga keupayaan tenteranya mampu mengalahkan armada Portugis di Aru pada tahun 1524.
Selain hubungan sejarah,bahasa dan budaya yang kuat,orang Cham dan Melayu juga mempunyai hubungan 'kekeluargaan' yang misteri.Apabila Melaka di dalam kesusahan,raja Champa sempat membantu menghantar tentera walaupun negerinya juga menghadapi ancaman Annam (Dai-Viet).
Acheh juga dibawah keturunan Cham berterusan menyusahkan Portugis di Selat Melaka.Apabila Champa sepenuhnya jatuh ke tangan Annam,maka pelarian Champa ini banyak lari ke semenanjung selain ke kawasan berdekatan seperti ke Kemboja.Kaum kerabat Cham banyak lari ke Melaka,ketika Kesultanan Melaka dan ini dicatatkan dalam SL.
Syah Indera Berman (Indravarman),saudara Syah Pau Ling telah dijadikan pegawai kerajaan kerana kebijakan politiknya oleh Sultan Melaka ketika itu.Ketika era Khmer Rouge,ramai juga pelarian Kemboja (orang Cham) yang disambut oleh kerajaan Malaysia atas persamaan agama dan bangsa.Fenomena ini tidak aneh,jika kita menyelusuri sejarah Melayu dan orang Cham yang memakan masa ribuan tahun.
No comments:
Post a Comment