Thursday, 12 February 2015

AYAH DAN IBU,AYAH DAN IBU,ITULAH PERMULAAN KAMI!!!





Saya ketemu cerita ini di whatsapp. Saya lihat ia baik sebagai peringatan untuk semua... untuk saya sendiri, adik beradik, anak-anak, anak saudara, teman-teman dan siapa jua selagi masih ada insan yang namanya ibu dan ayah. Renungkan sebaiknya. Semoga Allah jadikan kita anak yang soleh, amin.

-----


Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yang menghantar saya untuk rawatan.Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya.



"Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ke?Soal saya memula bicara.



"Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dengan masam perasaan.Biarlah saya upah teksi."



Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.



"Sekarang saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."



Dia mula mengesat air mata.



"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.



"Allahuakbar!.Saya pula yg menitis air mata.



Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah emak ,bukan tak pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaan mereka,bukan tak pernah bermasam muka dengan mereka.


Ya.Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anak terjerumus dosa.


Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan.


Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yang saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa,yang teralpa bila sibuk mengejar dunia.



Ada anak yang hilang pertimbangan antara ibu dan bapa yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat.Ibu dan bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan,sehingga akhir hayatnya.


Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan semasa membesarkan kamu...!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Post yang teramat baik dari Admin berbanding sblum ini. Tahniah !!!. Teruskan mencari sesuatu yang memberi manafaat kepada org lain....