Monday 23 February 2015

BENARKAH INI? ATAU HANYA SEKADAR MAHARAJA LAWAK MEGA???








Pas tidak lagi berlapik apabila secara terbuka mengaitkan 
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Pengarah 
Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang 
kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul 
Hadi Awang.


DATO SRI HADI HARUS TEGAS DAN BERANI BERTINDAK..


Pas kini berdepan krisis perpecahan dalaman yang makin kronik apabila Dewan Ulama parti itu mengakui wujud cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut.


Punca kepada masalah yang kian membarah sehingga menyaksikan kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang makin tergugat itu pula dikaitkan dengan kepelbagaian aliran pemikiran ahli Pas sendiri yang menyertai parti tersebut selepas era reformasi 1998.





Pengakuan itu yang hadir sehari selepas Abdul Hadi menuntut ke­setiaan selain mengingatkan kepada 

seluruh ahli Pas supaya jangan mengkhianati jemaah, 
me­nimbulkan persoalan berapa lama kepe­mimpinan ulama dalam Pas mampu bertahan daripada asakan kumpulan Anwarinas.








Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara terbuka mengakui, jika serangan ke atas Majlis Syura Ulama dan Abdul Hadi yang digerakkan ahli parti sendiri tidak dihentikan dengan segera, Pas bakal menghadapi kehancuran.



1 comment:

Anonymous said...

Pecat la kalau berani, takat cakap je, takder maknernyer.