Sunday, 22 February 2015

ANDAINYA MALAYSIA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH!!!


Sebagai sebuah kerajaan sudah semestinyalah 
banyak perkara perlu dilihat dan diuruskan 
untuk memastikan segala-galanya berjalan 
lancar.

Cabaran pasti ada dan disinilah kepakaran 
serta tahap profesional pimpinan serta 
seluruh saf pentadbir ditagih.

Bukan mudah sebenarnya dan kerajaan 
di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib 
Tun Razak juga tidak dapat lari dari 
berdepan dengan pelbagai cabaran 
dan rintangan.

Dari segi ekonomi , sosial , pendidikan , 
agama , keperluan asas , pengangkutan , 
pelaburan , pembangunan , kewangan , 
infrastruktur , kebajikan dan ratusan lagi 
keperluan-keperluan yang sewaktu 
dengannya perlu diurus dengan bijak 
malahan kadang-kalanya jauh lebih penting 
daripada politik itu sendiri.

NAMUN kita harus menerima hakikat 
bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada 
perang politik yang saban hari dipenuhi 
dengan pelbagai isu-isu terkini yang 
kadang-kalanya mampu membuatkan 
sesetengahnya terkulai di tengah jalan.

Semua sedia maklum bahawa Anwar 
sudah pun dihumban ke Penjara Sungai 
Buloh disebabkan perlakuan LIWAT yang 
telah diBUKTIkan dengan FAKTA di 
mahkamah oleh pihak pendakwa.

Maka serentak dengan itu jugalah maka 
iklim politik tanahair akan sedikit berubah 
daripada sebelumnya.

PERUBAHAN yang MMI maksudkan itu 
bukanlah satu perubahan drastik tetapi 
ianya sedang berlaku secara perlahan-
lahan dan perubahan ini jika tidak 
ditangani dengan baik mampu 
menyebabkan PERUBAHAN seterusnya 
iaitu kekacauan dan boleh menyebabkan 
situasi politik negara berada dalam keadaan 
tidak stabil.

Percaya atau tidak perubahan ini 
sebenarnya berlaku akibat daripada 
gerakan yang telah disusun sebegitu 
rupa untuk memusnahkan reputasi 
kerajaan Malaysia.Malahan gerakan 
ini sebenarnya mempunyai dalang 
mahupun sokongan pihak-pihak luar 
yang mahu melihat Malaysia tunduk 
kepada KUASA DUNIA.

Secara jujurnya kita harus bersyukur 
kerana warga Malaysia mempunyai 
pemikiran dan minda berkelas dunia.
Walaupun di tekan dan dilanyak dengan 
pelbagai tohmahan , ugutan , sabotaj 
dan lain-lainnya warga kita masih 
mampu menilai bahawa untuk bertindak 
melebihi batas-batas kemanusian 
bukanlah sesuatu yang baik.

Mereka tahu untuk menggulingkan kerajaan 
melalui jalanraya bukanlah sesuatu yang 
HALAL !

Merampas kuasa melalui kekerasan 
mahupun dengan senjata tidak akan 
mampu memberikan mereka kelebihan 
kerana telah tercatat negara-negara yang 
memiliki sejarah ini tidak akan pernah 
aman !

Mereka juga tahu bersekongkol dengan 
anasir-anasir luar merupakan mala petaka 
besar bukan sahaja kepada rakyat tetapi 
juga kepada negara !

Mereka juga sebenarnya tahu malah jauh 
lebih bijak untuk membezakan antara 
pembohongan dan realiti !

MAKSUDnya warga Malaysia memiliki 
kekuatan dan keupayaan MENILAI yang 
jauh mengatasi bangsa-bangsa lain didunia 
waima bangsa YAHUDI dan sekutu Uncle 
Sam sekalipun !

Begitulah hebatnya warga Malaysia yang 
secara tidak langsung turut sama 
berganding bahu memajukan bumi 
Malaysia demi kesejahteraan semua 
pihak.

Pakatan Haprak Perintah ?

Cuba bayangkan sekiranya hari ini 
Malaysia diperintah dan ditadbir 
oleh Pakatan Haprak selepas PRU13 !

Agaknya apa jadi ?????????? 




Sudah pastilah Anwar Ibrahim tersenyum 
sumbing menjadi Perdana Menteri dan 
dengan angkuhnya akan mula melakukan 
perubahan.

Agaknya perubahan apa yang beliau 
lakukan ?

Rasanya perkara utama yang pasti 
beliau lakukan adalah mengotakan 
janjinya kepada setiap individu yang 
selama ini bersama-sama dalam 
perjuangan reformasinya.

Nama-nama seperti Lim Kit Siang , Lim 
Guan Eng , Mat Sabu , Wan Azizah , Azmin 
Ali , Husam Musa , Mahfuz , Ambiga dan 
lain-lain akan segera mengisi jawatan-
jawatan utama dalam pentadbiran negara.

Dan jika itu berlaku barangkali Hishamudin 
Rais pun dilantik Anwar sebagai Menteri 
Luar Malaysia !!

Siapa tahu ?

Maka bermulalah era kerajaan Pakatan 
Haprak di bumi Malaysia dan seluruh rakyat 
akan diajar bagaimana untuk menjadi 
seorang warganegara yang baik mengikut 
acuan mereka.

Kes LIWAT yang membabitkan Anwar 
selaku PM itu akan terus dianggap sebagai 
satu KONSPIRASI POLITIK dan rakyat akan 
disogok dengan pelbagai pembohongan 
lain untuk meyakinkan mereka bahawa 
segala yang berlaku itu adalah FITNAH !

Mungkin di kala ini beberapa nama akan 
segera di sumbat ke dalam dan pelbagai 
cerita rekayasa akan segera muncul 
dengan beberapa individu ( yang baki 
akaun mereka tiba-tiba melonjak) tampil 
membuat kenyataan kononnya semua 
yang berlaku itu adalah satu 
KONSPIRASI menjatuhkan 
ANWAR IBRAHIM.

Tidak cukup dengan itu SIRUL yang kini 
berada di bumi Australia akan segera 
kembali ke tanahair apabila pihak 
kerajaan memansuhkan hukuman mati.

Kepulangan itu pastinya dinantikan kerana 
disinilah satu pendedahan khas akan dibuat 
bagi menyabitkan Najib Razak dan beberapa 
nama lain sebagai terlibat dalam 
pembunuhan model Monggolia Altantuya.

Tak cukup dengan itu , satu akta baru bagi 
menggantikan ISA akan segera diwujudkan 
dan kemungkinan ianya menyamai dengan 
PATRIOT ACT ( satu akta yang hampir 
serupa dengan ISA yang wujud di negara 
Uncle Sam ) kononnya bagi melindungi 
Malaysia daripada sebarang perlakuan 
mahupun tindakan yang boleh 
mengganggu-gugat keselamatan 
negara.

Dan sudah semestinya ramai dikalangan 
ahli politik khususnya daripada UMNO 
akan diangkut masuk ke dalam atas 
pelbagai alasan antaranya menyemai 
fahaman RASISME !!!!

Kepelbagaian budaya di Malaysia bukan 
sahaja diteruskan tetapi akan muncul pula 
hak sama rata yang diperbincangkan 
diperingkat pentadbiran kerajaan kerana 
mengambil kira kedudukan bangsa-bangsa 
lain sebagai warganegara Malaysia.

Maka disaat itu kedudukan agama Islam 
kemungkinan akan sama tarafnya dengan 
agama-agama lain dan semua pihak berhak 
untuk menyebarkan agama masing-masing.

Tidak ada lagi nama ISLAM dalam 
perlembagaan negara dan jika ada 
sekalipun ianya hanyalah sekadar 
pelengkap perlembagaan kerana 
yang jauh lebih penting bagi mereka 
ini adalah SAMA RATA !!!!

Tidak akan ada lagi sebarang protes dan 
rapat umum mahupun demontrasi kerana 
tindakan sedemikian akan dianggap 
sebagai perosak perpaduan dan mereka 
yang terlibat akan ditahan dan dikenakan 
tindakan yang cukup tegas.

Bayangkan jika kesemua itu berlaku ???

Secara ringkasnya apa yang cuba MMI 
sampaikan adalah disaat mereka tidak 
punya kuasa dan menjadi kerajaan pun , 
gerakan-gerakan mereka ini sebenarnya 
sudah berlaku !!!

Jangan lupa bagaimana gerakan ini selama 
tempoh hampir 7 tahun BEBAS bergerak 
ke mana-mana sahaja dan terus menghasut 
rakyat agar mempercayai bahawa isu liwat 
Anwar adalah satu konspirasi !

Tidak ada satu pun FAKTA dikemukakan 
bagi membuktikan Anwar tidak bersalah 
sebaliknya mereka asyik dengan tempo 
KONSPIRASI dan pelbagai cerita rekaaan 
serta pembohongan untuk 
memesongkan pandangan rakyat.

KINI setelah Anwar di jatuhkan hukuman 
sebagai bersalah , kumpulan ini boleh pula 
mengecam tindakan Pemuda UMNO serta 
siri jelajah Tan Sri Shafiee untuk menerang
kan secara fakta bagaimana proses 
perbicaraan Anwar mengambil tempat.

Kenapa tindakan ini cuba dihalang oleh 
mereka ? Sedangkan mereka telah 
menggunakan tempoh 7 tahun sebelumnya 
untuk mengadakan siri jelajah yang sama 
untuk mengaburi mata rakyat ?

Tak perlulah MMI hurai panjang lebar 
kerana dalam isu ini sahaja kita sudah 
dapat melihat bagaimana mereka sering 
kali menghalalkan cara mereka tetapi 
mengharamkan cara orang lain !!!-MMI

Andainya Pakatan Haprak memerintah 
TIDAK MUSTAHIL bumi Malaysia akan 
jadi tapak semaian ISIS!!!

No comments: