Wednesday, 11 February 2015

10 TIP PENJAGAAN MUDAH PAYUDARA.KHUSUS UNTUK WANITA.LELAKI JANGAN MENYIBUK!!!






Memiliki tubuh yang cantik dan sihat adalah idaman setiap wanita . Suatu kewajaran jika mereka melakukan apa-apa agar mereka selalu kelihatan cantik dan sihat. Untuk tampil cantik, mereka pergi ke salon. Untuk tetap sihat, mereka pergi ke fitnes center atau tempat-tempat kecergasan lain .
Keindahan fizikal pada umumnya menjadi hal yang utama bagi setiap wanita. Tidak lepas dari itu, mereka terkadang sangatlah bimbang jika ada masalah yang mengganggu kesihatannya.
Di zaman yang moden seperti sekarang ini, kesedaran wanita akan kesihatannya sedikit berkurang. Hanya beberapa sahaja yang sangat memperdulikan kesihatannya. Dengan pelbagai alasan mereka tidak begitu mementingkan kesihatannya. 
Padahal kesihatan itu penting. Terutama perhatian khusus pada daerah-daerah tubuh yang rawan akan terjadinya suatu penyakit. Aset yang paling penting adalah payudara .
Segelintir kaum wanita yang tidak mengerti akan pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan payudara. Padahal, payudara itu sangatlah penting bagi kaum wanita. 
Payudara berisiko mendapat kanser payudara jika tidak terawat dengan baik. Seperti yang telah kita ketahui, kanser payudara adalah penyebab kematian kedua di dunia.
Untuk itu, lebih baik mulakan 10 tip penjagaan mudah payudara sejak awal untuk mencegah terjadinya risiko kanser payudara. 
Mengenai kesihatan payudara, pada kesempatan kali ini aku mempunyai beberapa tips untuk anda kaum wanita, yang ingin payudaranya tetap sihat dan tegang.  

10 tip penjagaan mudah payudara dengan mudah agar tetap sihat dan tegang dibawah ini :

1. Rajin sukan
Sukan itu penting. Penting untuk kesihatan tubuh, agar peredaran darah lancar dan otot-otot menjadi rileks. Sekurang-kurangnya, sempatkan untuk bersenam kurang lebih selama 45 minit sampai 1 jam lamanya secara rutin setiap hari. 
Selain dapat mencegah terjadinya penyakit berbahaya dengan bersenam anda dapat meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, menurunkan kadar hormone estrogen dan mengurangkan obesiti. Lebih baik lagi jika diimbangi dengan mengambil makanan sihat seperti sayur, buah, susu dan lain-lain.

2. Pilih Bra Sesuai Keperluan
Bra yang dikenakan sangatlah penting untuk menentukan kesihatan dan kecantikan payudara. Elakkan pemakaian bra yang berkawat kerana terbukti bra berkawat dapat merangsang tumbuhnya sel-sel berbahaya dalam payudara dan menimbulkan kanser payudara. 
Gunakanlah bra yang sesuai keperluan anda. Akan tetapi jika payudara anda terlalu besar atau turun kerana bertambahnya usia, gunakan bra berkawat. Jika anda akan bersenam , pakailah pakaian sport bra dengan cup khusus. Agar gerakan anda lebih fleksibel dan mudah apabila melakukan pelbagai gerakan dalam sukan.

3 . Gunakan Bra dengan Saiz Sesuai
Bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara dapat mengganggu aktiviti anda seharian tentunya. Jika bra terlalu kecil, boleh menyebabkan payudara lembab sehingga timbulnya rasa gatal dan merah pada payudara. Jika diteruskan boleh terjadi iritasi kulit pada payudara. Sebaiknya gunakan bra yang memang benar-benar sesuai dengan saiz payudara anda.

4 . Jaga Berat Badan
Menjaga berat badan agar stabil itu perlu kerana terlalu over weight atau terlalu kurus akan mengganggu penampilan anda nanti. Berat badan yang ideal, pada umumnya sangat diidamkan setiap wanita. 
Selain itu, berat badan yang berlebihan akan terdedah kepada penyakit. Jaga berat badan anda dengan rajin bersenam dan makan makanan yang mengandungi nutrisi tinggi namun tidak menggemukkan.

5 . Elakkan Stress
Masih belum terbukti dan teruji bahawa stress boleh mencetuskan terjadinya kanser payudara. Kanser payudara timbul kerana adanya peningkatan hormon yang diakibatkan stress yang dialami.

6 . Jangan Minum Alcohol
Menurut kajian yang telah teruji, menunjukkan bahawa setiap 2 gelas alcohol boleh mencetuskan tumbuhnya sel kanser payudara. Memang fakta, alkohol itu sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Untuk itu, kurangkan minum alcohol atau seboleh mungkin untuk mengelak dan berhenti mengambil alkohol.
Cuba alcohol tersebut diganti dengan buah anggur dan jus buah. Kenapa? Kerana terbukti bahawa kulit anggur yang mengandungi resveratrol boleh membantu mengurangkan kadar estrogen yang mengakibatkan terjadinya kanser payudara atau boleh juga minum air putih yang malah lebih baik untuk kesihatan anda.

7 . Pelembap
Seperti kulit tangan dan kaki, kulit payudara juga memerlukan pelembap untuk mencegah dan mengurangkan kedutan kerana dehidrasi. Pelembap khusus payudara disebut bust cream.

8 . Pakai Bedak
Kelenjar minyak pada payudara boleh mencetuskan tumbuhnya jerawat. Untuk itu, pakailah bedak tabur selepas mandi dan elakkan pemakaian bra yang basah kerana tempat basah banyak sekali bersarang kuman-kuman kecil yang tak terlihat oleh mata kasar.

9 . Jangan Tidur Meniarap
Tidur meniarap boleh merubah kedudukan payudara. Posisi tidur yang disarankan dengan posisi mengiring dan payudara di sanggah oleh bantal atau bantal peluk. Langkah paling baik ialah elakkan pemakaian bra saat tidur untuk melancarkan peredaran darah dan payudara boleh bernafas dengan bebas.

10 . Periksa Payudara
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri itu penting kerana untuk mengesan awal adanya tanda-tanda bahaya pada payudara seperti kanser payudara. 
Mulakan pemeriksaan payudara anda sekurang-kurangnya setiap 3 tahun sekali apabila usia mula mendekati 20 tahun. 
Bagi wanita yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai keturunan kanser payudara, lakukan pemeriksaan secara rutin. Jika pemeriksaan dengan mamogram dirasa belum cukup, anda boleh meminta doktor untuk melakukan Magnetic Resonance Imaging (MRI) atau sonogram. Anda juga boleh menyemak payudara melalui ultrasonografi (USG), cara tersebut lebih berkesan dari pada pemeriksaan mamografi.
Kesihatan payudara anda bermula dari kesedaran diri sendiri. Untuk itu, cegah kanser payudara seawal mungkin dengan melakukan 10 tips penjagaan payudara dengan mudah agar tetap sihat dan indah di atas sehingga mampu mengurangkan angka kematian wanita di dunia yang disebabkan oleh kanser payudara. Semoga maklumat diatas bermanfaat. 


No comments: