Thursday, 5 February 2015

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA!!!

TERPELIHARAKAH ANAK CUCU KITA NANTI DARI ANCAMAN KAFIR?





-Persatuan Melayu Murtad atau IFC International 
forum council sudah diluluskan register dan tidak 
keluar kat newz.



-Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!!

-Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan 
di Malaysia.

-Injil telah dicetak & diedar...

-IFC buat Roadshow besar-besaran sokong 
 kebebasan beragama...


Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA 
ALLAH(Agama Islam)...


Sila cari majalah millenium: 

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...ALLAHHUAKBAR.


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah 
ni??

Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de 
anak langsung!!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit 
dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam 
yang menurunkantandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt 
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. 


Datuk Harussani juga minta kepada semua 
penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar 
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya 
jangan lupa cakap benda nidalam kuliah-kuliah 
dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahawa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam 
di Malaysia.


Tuan-tuan tau dia orang IFC minta apa kat PM?...
Dia orang hantar memorandum kepada PM 
meminta 15 perkara berhubung dengan Islam 
supaya dimasukkan dalam perlembagaan 
Malaysia.


Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia 
jangan dikaitkan denganmana-mana agama 
sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, 
anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan 
dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama 
Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, 
baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya 
kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau 
dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. 
Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan 
dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan 
passport dihapuskan kolum identiti agama - 
maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat 
mykad kita itu,dia orang minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak 
kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu 
masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin 
dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar 
agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan 
dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan 
Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua 

rumah ibadat 
orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak 
orang Islam menutup aurat hendaklah 
dimansuhkan, kerana ia menghina agama 
bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga 
menghina agama-agama lain -mahkamah syariah 
kalau tak dak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun 
la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya
 mahkamah yang defence agama kita. Kalau 
mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid 
pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa 
semua tu macamana?...

Kalau tak dak mahkamahsyariah, maknanya, 
perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad
nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat 
secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk 
Islam, semua hartanya dikembalikan kepada 
waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, 
apabila masuk Islam, maka hak penjagaan 
anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio 
dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam 
dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu
juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga 
perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan 
Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa 
Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan 
sebagai agama rasmi diMalaysia? ...lagi 3 ana 
tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah 
Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita 
sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama 
kita sendiri?...

Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik 
Islam yang sokong pertubuhan tersebut 
supaya dibatalkan pertubuhan itu. 


Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, 
tak open minded langsung!'...


Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium
Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat
Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah 
hadiahnya!'...


Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. 
Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-
akhbar,macam ada benda dalam mulut sampai 
tak boleh nak buka!

-----------------------------
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' 
POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... 
KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... 


1 comment:

Anonymous said...

Orang Islam sendiri yang menghina bangsa lain dan juga bangsa Melayu (yang nak Islam sepenuhnya) sehingga Islam itu sendiri kini dihina kembali.