Tuesday, 24 February 2015

MENGAPA MAJORITI PEMINAT BOLA SEPAK TANAH AIR BENCI DAN MENYAMPAH DENGAN JDT???


LIGA SUPER : Mehmet pertikai 

sikap pemain JDT.


Sekadar hiasan.



Hanya satu perkara yang menjadi topik 
perbualan sebaik sa­haja aksi Selangor 
dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir 
di Stadium Shah Alam kelmarin, iaitu 
kontroversi jaringan penya­ma­an import 
Harimau Selatan oleh Luciano Figueroa 
pada minit ke-62.

Dari segi peraturan, jaringan itu 
sememangnya sah tetapi tinda­kan 
pemain JDT yang enggan menyepak 
keluar bola ketika Azmi Muslim 
mengadu kesakitan di bahagian perut 
selepas berlaga dengan penjaga gol 
Norazlan Razali membuatkan situasi 
di kem bangku simpanan 
kedua-dua pasukan cukup panas.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas 
perlawanan, jurulatih Selangor, Mehmet 
Durakovic tidak mahu memberi mengulas 
terlalu banyak atas apa yang terjadi 
sebaliknya menyerahkan kepada mereka 
yang menyaksikan perlawanan tersebut 
untuk membuat penilaian sendiri.

“Sebagai jurulatih, saya rasa dalam sukan 
bola sepak, apa yang betul dan apa yang 
salah...semua orang boleh melakukan 
penilaian sendiri dan bola sepak adalah 
sukan yang mementingkan semangat 
kesukanan.

“Saya masih ingat lagi bagaimana reaksi 
seorang pemain berkelas dunia Paulo Di 
Canio dalam satu perlawanan Liga England 
pada masa dahulu telah memberhentikan 
permainan apabila ada pemain lawan 
mengalami kecederaan biarpun dia 
mempunyai peluang yang cukup cerah 
untuk menjaringkan gol.

“Itulah yang sepatutnya terjadi dalam 
perlawanan hari ini (kelmarin), ada 
pe­ma­in sedang terbaring dalam ka­wa­san 
penalti dan anda patut ber­hentikan 
permainan walaupun tidak pasti 
(kecederaan itu) serius atau tidak, 
namun memang terbukti dia (Azmi) 
cedera teruk di bahagian rusuk dan 
terpaksa dibawa ke hospital bagi 
mendapatkan rawatan,” katanya.

Mehmet juga dalam pada itu menyerahkan 
kepada pihak pengurusan sekiranya mahu 
membuat aduan rasmi terhadap insiden 
Safiq Rahim yang kelihatan menye­rang 
bek kanan Selangor, Mohd. Azrif Nasrulhaq 
tetapi pengadil tidak melayangkan sebarang 
kad kepada pemain tengah JDT itu.

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa, takut 
nanti kena denda kerana mempertikai 
keputusan penga­dil...semua orang boleh 
nampak apa yang terjadi dan saya mahu 
serah kepada pihak pengurusan jika mereka 
mahu buat apa-apa tindakan, hendak 
mengadu sekarang pun, saya rasa sudah 
terlewat dan tidak boleh ubah apa-apa,” 
katanya.

Bojan Hodak pula mempertahankan 
tindakan pemain-pemainnya kerana 
mendakwa Selangor sudah mula 
melengah-lengahkan masa permainan 
bagi mempertahan kelebihan satu 
jaringan.

“Kami layak mendapat satu mata 
daripada aksi malam ini dan saya 
tidak fikir jaringan itu kontroversi 
kerana pemain-pemain saya melihat 
pemain Selangor sengaja melakukan 
taktik membuang masa.

“Itu sebab mereka tidak mahu membuang 
bola walaupun tahu ada pemain Selangor 
yang terbaring dan daripada segi statistik 
pun, kami lebih baik kerana melakukan 13 
percubaan berbanding tiga oleh Selangor.

“Bukan sesuatu yang mudah mendapat 
satu mata dari sini dan saya rasa kedua-
dua pasukan telah mempamerkan aksi 
bola sepak yang cukup menghiburkan,” 
katanya.

Itulah kenyataan jurulatih yang langsung 
tak ada semangat kesukanan.

Selangor membuka tirai jaringan 
menerusi bintang import dari Indonesia, 
Andik Vermansah hanya 35 saat selepas 
sepak mula apabila dia berjaya melepaskan 
diri dari kawalan pertahanan JDT dan 
melepaskan rembatan lencong.

Jaringan penyamaan JDT diperolehi 
selepas percubaan Safiq Rahim yang 
diselamatkan oleh Norazlan mengenai 
tiang dan Figueroa pantas melakukan 
tindakan susulan untuk memastikan 
pasukannya membawa pulang satu 
mata ke Johor Bahru-lamiafamilia.

Bermula daripada atas sampai ke bawah 
pasukan JDT memang bermasalah!

Perangai pemimpinnya,pemainnya,
jurulatihnya hinggalah ke penyokongnya 
penuh bermasalah!

Tengok aje pemainnya baik pemain 
tempatan mau pun pemain importnya 
terutama yang berkepala botak licin tu,
nampak sangat keangkuhannya.

Tengok jurulatihnya aje,angkuh semacam.
Kalau kalah mesti padang yang dipersalahkan!

Nampak jelas pasukan ini hanya pentingkan 
kemenangan.Semangat kesukanan 
humban ke laut!

Yang peliknya banyak kali kita lihat 
Safiq Rahim sering melakukan 
kekasaran dalam mana-mana 
perlawanan pun tetapi pengadil 
macam takut aje nak beri kad 
malah takut juga nak tiup.

Sebab itu kita lihat Safiq Rahim 
sering terbawa-bawa perangainya 
itu ke perlawanan peringkat 
antarabangsa!

Lagi satu,ingatlah mana-mana pasukan 
yang menentang JDT nanti,kalau ada 
mana-mana pemain JDT cedera terbaring 
di atas padang,jangan sepak bola keluar!
Teruskan permainan dan jaring aje ke 
dalam gol kalau berpeluang!Sebabnya 
pemain JDT itu mesti sengaja membuang 
masa!

Nampak sangat jelas Azmi Muslim 
berlanggar dengan penjaga golnya,
tapi JDT tuduh sengaja nak buang masa.

Lantak kau lah labu!!!!!

1 comment:

fuad costacurta said...

Tulisan orang kecewa....tektik lama dalam bola sepak, lambat2 perlawanan. Hanya ada dalam liga Malaysia. Pasukan lihat ke hadapan bukan ke belakang. Semua pasukan dalam dunia nak menang...masa permainan semakin suntuk....jika pasukan ini diamalkan oleh semua pasukan...tiada perlawanan yang dikira berkualiti dan adil...Cuba kena dengan pasukan kebangsaan berlawan dengan pasukan Singapura atau Thailand atau Indonesia....pasti pemain yang memberhentikan perlawanan akan dicerca...jangan sentimen kenegerian..JDT memang terbaikkkk!!!