Thursday, 12 February 2015

KASIH SAYANG DAN CINTA SEORANG SUAMI!!!





Taj Mahal 

(Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing SungaiJumna, berhampiran AgraIndia, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.

Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina ParsiTurkiIndia dan dan gaya senibina Islam

Arkitekutama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. 

Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagaiTapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Gunungan





Gunungan ini dibina oleh Sultan Iskandar Muda berbentuk gunung-ganang. Ia dibina untuk permaisuri beliau yang berasal dari Pahang, Tanah Melayu. Oleh kerana Pahang bergunung-ganang dan permaisurinya sentiasa merindui Pahang maka Sultan Iskandar Muda membina Gunungan ini supaya permaisurinya dapat menghilangkan rindu pada kampung halamannya. 


Di Gunungan, permaisuri bermain di situ, mandi-manda dan kemudiannya makan di situ. Dikatakan setiap kali permaisuri bermain dan mandi-manda di situ, seekor lembu disembelih untuk dibuat jamuan makan. Gunungan itu adalah campuran batu dan simen yang mempunyai anak-anak tangga, lubang-lubang dan lorong-lorong yang sempit.

Perlu melalui lorong-lorong dan anak-anak
tangga di Gunungan

No comments: