Kerana disyaki curang, lelaki paksa teman wanita pakai cawat besi pada kemaluan.
Seorang lelaki di China dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci.
Dia mula memaksa teman wanitanya memakai cawat besi berkunci itu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dia kemudiannya menyerang dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.
Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.
Setiap malam apabila pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya.
Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu.
Dia mengikat tangan dan kaki dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.
Wanita itu berjaya juga melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan mencampakkannya keluar dari tingkap.
Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah itu untuk menyelamatkannya dan menahan lelaki itu serta-merta.
Lelaki itu disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah.
No comments:
Post a Comment