Saturday, 14 February 2015

BOLEH DISANJUNG TAPI JANGAN SAMPAI ROSAK IMAN!


Hati-Hati Sanjung Nik Aziz Jangan 

Sampai Rosak Iman!!!






Jika ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan 

roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan 
takziah sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah 
Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul 

Bari Mat Jahya berkata orang ramai tidak perlu 
menceritakan apa yang berlaku di persekitaran 
seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia 
bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku apa yang berlaku 

di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, 

mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” 
katanya kepada Mynewshub.cc ketika dihubungi 
hari ini.

Beliau mengulas berkenaan kejadian di laman sosial 

apabila beberapa pengguna dilihat mengaitkan beberapa 
peristiwa di kawasan persekitaran kerana kematian 
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang 
meninggal dunia malam tadi.

Beberapa gambar di laman Facebook dikatakan 

menunjukkan kepulan awan membentuk kalimah 
Allah dan ratusan ekor burung didakwa terbang 
secara berkumpulan di sekitar rumah Allahyarham 
Nik Abdul Aziz.

Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi 

‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku 
susulan pemergian ulama yang cukup zuhud 
dan tinggi keperibadiannya.

Bagi Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu 

dikikis dari dunia orang melayu Islam.

Sememangnya…bukan hendak menidakkan 

kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia 
perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan 
kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim 

anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan 
matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan 

Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian 
menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana 

dan langit tidak hujan dengan kematian salah 
seorang daripada kamu”.

Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak 

pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu 
perkara termasuk menyanjung sesama manusia. 
MYNEWSHUB.CC








No comments: