Friday, 13 February 2015

SEGITIGA BERMUDA PENUH MISTERI!!!





Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. 


Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.




Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. 



Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh sahabat saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini. 


Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. 


Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi


Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life .Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.



Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. 



Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini


Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menjadi gila). 



Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.




Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. 


Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).


Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. 



Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. 


Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.


Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..



Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:







"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. 



Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. 


Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.


Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.



Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudut jiwa kita. 



Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita.


Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). 



Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. 


Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda.



penghargaan untuk AfterDarkWriters



Apa itu Lorong waktu (worm holes)?


Dalam sejarah, manusia, kapal-kapal, pesawat terbang dan lain-lain sebagainya yang hilang secara misteri seperti yang sering kita dengar di perairan Segitiga Bermuda, sebenarnya adalah masuk ke dalam lorong waktu yang misteri ini.



Seorang ilmuan Amerika yang bernama Ado Snandick berpendapat, mata manusia tidak dapat melihat keberadaan suatu benda dalam ruang lain, itulah objektif keberadaan lorong waktu.



Dalam penyelidikannya terhadap lorong waktu ini, John Buckally mengemukakan teori hipotesisnya sebagai berikut:



* Keberadaan lorong waktu adalah bersifat kebendaan (material), tidak terlihat, tidak dapat disentuh, tertutup untuk dunia fana kehidupan umat manusia, namun tidak mutlak, kerana kadang-kadang ia akan terbuka.



* Lorong waktu dengan dunia manusia bukanlah suatu sistem waktu, setelah memasuki seperingkat sistem waktu, ada kemungkinan kembali ke masa lalu yang sangat jauh, atau memasuki masa hadapan, kerana di dalam lorong waktu tersebut, waktu dapat bersifat searah atau pun berlawanan arah, boleh bergerak lurus atau sebaliknya, dan bahkan boleh berada dalam keadaan diam membeku.



* Terhadap dunia fana di bumi, jika memasuki lorong waktu, berarti hilang secara misteri, dan jika keluar dari lorong waktu itu, maka ia muncul pula secara misteri.



Disebabkan lorong waktu dan bumi bukan merupakan sebuah sistem waktu, dan oleh kerana waktu boleh diam membeku, maka meskipun telah hilang selama 3 tahun, 5 tahun, bahkan 30 atau 50 tahun, waktunya sama seperti dengan satu atau setengah hari.



Meskipun beberapa teori dilontarkan, namun tidak ada yang memuaskan sebab munculnya tambahan seperti benda asing bersinar yang mengelilingi pesawat sebelum kontak dengan menara pengawas terputus dan pesawat lenyap. (sebahagian sumber)



Satu lagi misteri untuk dikongsi bersama. Masih banyak rahsia alam yang belum dapat diteroka oleh makhluk lemah bernama manusia. Namun malangnya dalam kegelapan kejahilan, sebahagian manusia ini begitu angkuh berdiri cuba memakai pakaian Tuhan dan mengaku mereka pandai dan tahu segalanya.



Tiga Titik Aneh

Cuba buat satu garisan melintasi mukabumi (secara kasar) dan bahagikan dengan angka 3 (mengapa 3? tak perlulah kita fikirkan),  kita akan lihat ada tiga tempat yang mana dua darinya amat terkenal dan telah disentuh dalam artikel di atas. 


Satu titik lagi terus tersembunyi, walaupun ada yang cuba menyelongkarnya, namun ia terhenti begitu sahaja. Keganjilannya semakin bertambah dan siapakah yang berani (dengan ikhlas) cuba selesaikannya? 


Menghairankan, titik satu, sejuk tetapi panas di dalamnya, titik kedua panas diluar sejuk di dalamnya, bagaimana dengan titik ketiga yang pernah digelar Segitiga Naga? Bersifat panas-sejuk?


Semoga ada yang berani membuka rahsia ini.... atau ia akan terus kekal sebagai rahsia selamanya?


klik untuk besarkan

No comments: